KEMALANGAN TIDAK KIRA TEMPAT

Saturday, February 28, 2009

28.02.2009-Jalan Tongod-Telupid:
Benarlah kata bidalan bahawa malang tidak berbau dan kecelakaan tidak mengira tempat..di jalan lebuhraya yang mempunyai banyak kenderaan mahupun di jalan yang lengang, sunyi sepi. Kemalangan juga berlaku tidak semestinya melibatkan perlanggaran dua kenderaan. Dua simpang jalan yang
terlihat dalam gambar di sebelah kanan di atas merupakan penyebab kepada kemalangan ini. Menurut pemandu kereta Viva ini, hati beliau berbelah bagi mana satu simpang yang perlu di ikutinya. Pada awalnya beliau mahu mengikut jalan sebelah kanan ( Jalan dalam proses pembinaan ) namun entah bagaimana beliau tiba-tiba memilih jalan sebelah kiri .(laluan sepatutnya kerana jalan sebelah kanan itu telahpun dipacak papan tanda "Jalan Ditutup) Keadaan ini menyebabkan sipemandu tidak dapat mengawal keretanya lalu bergolek sebanyak 3 kali sebelum terhumban ke bahu jalan. Ocoi lihat teruk juga kereta baru dia ini.
Kepada anda yang pandai atur nombor itu.., aah.. ini dia.. 1940. Apa-apapun..inilah yang dikatakan malang memang tidak berbau. Sebenarnya jalan Tongod - Telupid ini sedang diupgredkan..entahlah sepanjang pengetahuan Ocoi semenjak jalan yang menjadi jalan utama penduduk dari pedalaman Sabah khasnya dari Pekan Tongod dan Penangah Kinabatangan ke pekan Telupid ini diperbaiki sudah lebih daripada lima kemalangan berlaku yang melibatkan kerosakan teruk kepada kenderaan, kecederaan serius kepada pemandu dan penumpang dan dua kemalangan jiwa. Itu yang Ocoi tahu, yang ocoi tak tahu, tak pastila pula. Entah apa akan jadi jika jalan ini betul-betul siap kelak.Kereta ini terpaksa diheret ke jalan raya oleh sebuah lori. Bertambah parahlah pada bahagian bawah kereta Viva ini. Apa boleh buat da tak ada jalan lain. Kenderaan yang banyak-banyak itu termasuk si Ocoi punya adalah pengguna yang berkongsi jalan yang sama. sekadar jadi pemerhati kejadian ajala tu.

MAKHLUK APA NI?

Sunday, February 22, 2009

22.02.2009-Sunday. Ocoi sedang berjalan-jalan di belakang rumah tempat Ocoi tinggal. Tetiba aja pandangan Ocoi tertumpu kepada makhluk tuhan ini. Nampak cantik. Sayang sekali camera Ocoi tak bawa, jadi capture guna handset murahan sahaja. Sebenarnya Ocoi mau tanya dengan si Malaikat Sesat (MS) dulu, jangan-jangan ini bug from D Hell yang terlepas dari kandang spider collection MS. Heheee..
Macam Ocoi pernah lihat aja ni tempat MS duluu..hehee.







Makhluk di bawah ini juga berkongsi habitat dengan spider itu. Makhluk ini agak kurang cute berbanding dengan spider di atas. Mungkin ia kelihatan biasa tetapi yang mengkagumkan makhluk ini boleh bertukar warna. Pertama kali ocoi shot ia kelihatan berwarna hitam berbulu, mungkin makhluk ini menyedari kehadiran Ocoi, tiba-tiba aja warna dan bentuknya da berubah berwarna putih. Eeeh apa nama makhluk ini ya?

Makhluk ini From D Hell juga MS?

LAWAT BMSD LAGI

Saturday, February 21, 2009


21.02.2009 - Sabtu. Ocoi sekali lagi berkunjung ke BMSD di Pejabat Pusat Persatuan Artis-Artis Tempatan Sabah (PERTISA). Sekali lagi dapat berkongsi dan timba ilmu dengan Bro. Badadang yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dalam bidang-bidang kesenian. Masa bersama Bro. Badadang banyak perkara yang ocoi perolehi khasnya dari teknik-teknik pengambilan video dan editing video.


Dalam masa yang sama, sempat juga meninjau-ninjau album-album artis tempatan yang terdapat di pusat ini. Di pusat ini terdapat pelbagai album lama dan baru artis-artis tempatan Sabah yang juga dibarisi oleh artis-artis lama dan artis-artis baru, artis yang namanya meletup-letup hinggalah artis yang jarang kita dengar namanya namun memberi sumbangan dan menjadi pemangkin kepada industri muzik di negeri ini khasnya dalam industri muzik Kadazandusun. Album terkini yang terdapat di pusat ini termasuklah album dari pendatang baru dalam arena ini iaitu Laura Perimus yang lebih dikenali dengan panggilan Lala. Hehee.. mestilah ocoi promote album dia ini sebab semua lagu-lagu dia Ocoi yang buat hehee..(disamping promote orang kena promote juga diri sendiri..hahaa...).
Selama beberapa jam di Pusat ini Ocoi sempat juga membelai-belai 'Somporing' ( Macam salah aja ocoi sebut ni..??) si Bro. Badadang. Malangnya Ocoi taklah sempat tiup try, test, cuba kinam.. Heehee..bukan tak da peluang, bukan juga Bro. Badadang tak kasih cuba...tapikan.. ocoi ni susah sikit bila sentuh dan tiup/sedut benda-benda yang diperbuat dari bamboo/buluh ini. Ingat lain ba..hehee..teringat pula duduk depan tajau sambil sedut buluh kecil..kekekekk..hahaa.. adalaan no kopio... Tak ba, ocoi buta muzik,tangan bangku... baik jangan cuba kalau dah tahu tak tahu apa-apakan..

BESI BURUK OCOI

Thursday, February 12, 2009

Ocoi nak luah rasa tentang besi buruk ocoi ini. 3 bulan yang lepas ocoi masukkan besi buruk(Land Rover) di sebelah dengan deposit pembaikannya 96% telah dibayar dari jumlah upah pembaikannya. Mekanik itu kata boleh siap dalam sebulan. Tapi hingga ke saat ini nampak gaya besi buruk ini masih belum siap-siap. Mekanik dia punyai pelbagai alasan setiap kali ocoi melawat bengkelnya.Besi buruk ini sebenarnya dari jenis land rover old model, sebab itu ocoi mahu upgred dia sebab tak mampu beli yang new model punya pasal.Lihatlah gambar di bawah ini, itu part yang dah di tukar ( leafspring ke coilspring-ejaan salah ni). Enjin 3B pasang Turbo (itupun dia belum mula pasang lagi. Entahlah bila mau siap tu. Kalau boleh ocoi nak tarik aja pi workshop lain, tapi tarikpun tak boleh sebab belum ikat part2 yang da dibuka. Bukan apa, ocoi da tak sabar2 main lumpur lagipun bayaran da 96% habis bayar. Masalahnya mekanik tu da cakap boleh siap sebulan. Da berapa bulan belum juga siap-siap..lepas ni mau perbaiki body dia pula. Nampak gaya lamalah lagi ocoi baru boleh main lumpur ni.
Banyak masalah lagi kereta ni. pass dia da mati 7 tahun entah masih boleh hidupkan atau tak, ocoi benar-benar tak da pengalaman tentang itu. Mungkin ada rakan blogger yang boleh tunjuk cara kepada ocoi macam mana mau kasih hidup pass jalan raya dia ni (roadtax). Nama pun masih nama cina. Kalau tak boleh hidupkan jadi kereta hantu ajala benda ni. Bilalah kereta ni boleh jalan dan beraksi????

MTV KARAOKE VOL.ONE DARI LAURA PERIMUS @ LALA

Thursday, February 5, 2009

'Auh Nodi Koguli' merupakan album terbaru yang menampilkan seorang lagi pendatang baru dalam seni suara Kadazandusun di negeri ini. Beliau ialah Laura Perimus Toyan @ Lala. Berasal dari Apin-Apin Keningau. Beliau merupakan pemegang Ijazah sarjana muda dalam IT. Walaupun Lala menganggap bidang ini hanya sebagai hobi sahaja tetapi kemunculan beliau diharapkan dapat menyemarakan lagi industri seni khasnya lagu2 kadazan dusun di negeri ini.

MAKHLUK KECIL, HIDUPLAH SEBEBASNYA

Ocoi da kering idea untuk update ini rumah. Macam tak larat da. Tak tahu apa mahu dikongsi bersama. Apa yang pasti.. Ocoi memang suka sangat dengan makhluk-makhluk kecil yang berkongsi sama dengan manusia dan haiwan lain di bawah kolong langit ini. Sayang sekali hidup makhluk ini juga semakin hari semakin terhimpit dan tersepit dek peredaran musim semasa.
Mungkin Sang semut hitam ini sedang merintih menjerit. Sayang sekali tiada siapa yang mendengarnya.
Entahlah..., sampai bila agaknya seekor semut itu boleh terus hidup. Kalau hari ini ia tidak terpijak dek kaki manusia atau kenderaan, atau tak terhempap dek batang tumbang... pasti esok ia akan terus hidup lagi..esok dan lusa macam mana? Tapi semasa cari kayu api untuk unggun malam nanti , Ocoi telah terpijak 2,3 ekor da tanpa sengaja. Kasihan pula semut hitam itu. Maafkan Ocoi wahai semut-semut. Ini pula seekor burung, entah Ocoi tak arif dengan jenis-jenis burung ini..tapi ramai orang panggil burung ni burung aji aja. Sang burung ini pun tak pasti hidupnya esok, lusa, dan hari-hari seterusnya...kerana beberapa jam yang lepas ocoi melihat beberapa orang murid cicir sekolah yang membawa lastik burung masuk ke kawasan semak di belakang rumah tempat Ocoi tinggal. Sampai bilakah makhluk-makhluk kecil ini terus diburu? Mengapa tak biarkan ia hidup bebas semahunya?

 
 
 
 
Copyright © OCOI