MAKHLUK KECIL, HIDUPLAH SEBEBASNYA

Thursday, February 5, 2009

Ocoi da kering idea untuk update ini rumah. Macam tak larat da. Tak tahu apa mahu dikongsi bersama. Apa yang pasti.. Ocoi memang suka sangat dengan makhluk-makhluk kecil yang berkongsi sama dengan manusia dan haiwan lain di bawah kolong langit ini. Sayang sekali hidup makhluk ini juga semakin hari semakin terhimpit dan tersepit dek peredaran musim semasa.
Mungkin Sang semut hitam ini sedang merintih menjerit. Sayang sekali tiada siapa yang mendengarnya.
Entahlah..., sampai bila agaknya seekor semut itu boleh terus hidup. Kalau hari ini ia tidak terpijak dek kaki manusia atau kenderaan, atau tak terhempap dek batang tumbang... pasti esok ia akan terus hidup lagi..esok dan lusa macam mana? Tapi semasa cari kayu api untuk unggun malam nanti , Ocoi telah terpijak 2,3 ekor da tanpa sengaja. Kasihan pula semut hitam itu. Maafkan Ocoi wahai semut-semut. Ini pula seekor burung, entah Ocoi tak arif dengan jenis-jenis burung ini..tapi ramai orang panggil burung ni burung aji aja. Sang burung ini pun tak pasti hidupnya esok, lusa, dan hari-hari seterusnya...kerana beberapa jam yang lepas ocoi melihat beberapa orang murid cicir sekolah yang membawa lastik burung masuk ke kawasan semak di belakang rumah tempat Ocoi tinggal. Sampai bilakah makhluk-makhluk kecil ini terus diburu? Mengapa tak biarkan ia hidup bebas semahunya?

3 comments:

Don MS said...

Inilah khazanah yang lebih berharga daripada emas sebenarnya. Emas boleh dicipta pada bila-bila masa dengan adanya teknologi sains yang dicipta manusia. Tapi makhluk-makhluk seperti ini tidak mampu diciptakan semula oleh manusia. Walaupun telah ada teknologi "klon", namun hasilnya tidak sama dengan yang semulajadi. Kadar kemenjadian pengklonan pun hanya sekitar 1:1000. Itupun, masih dalam zon percubaan. Oleh itu, kita perlu mempertahankan yang "original" ni secara berhemah...

uncledon said...

sa suka pic burung tu.. pose dia tu seksi hehe.. camera apa ko pakai amik gambar lawa ni.. nice shoot ocoi

ocoi said...

Betul tu MS,adalah menjadi satu kerugian besar kepada generasi akan datang jika hanya melihat makluk ini dalam gambar-gambar sejarah suatu masa nanti. Jumlah burung nipun da semakin kurang di negara kita.Dalam seminggu belum pasti kita dapat melihatnya berterbangan bebas,tidak kiralah kalau yang terdapat di dalam sangkar tuke-tuke cina di kedai2 mereka.


Hai don,tq sudi datang dan tinggalkan coretan. Alaaa shoot ocoi masih terlalu jauh ke belakang berbanding degan shooting2 don ambil. Kamera murah aja ba tu don, ditambah dengan tak pandai guna..berabis mau tiru shooting kamu orang tapi banyak yang tak jadi dari yang jadi. Kamera Sony DSLR-A350 aja ba itu don.

 
 
 
 
Copyright © OCOI