KATAKAN AJA


ShoutMix chat widget

Saturday, October 17, 2009

SODOP PISOMPURUAN

16.10.2009-Entilibon Tongod Kinabatangan: Sodop Pisompuruan merupakan program khas untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam pencarian bintang dalam Mukim Kuamut. Ia merupakan program khas yang diilhamkan oleh Ketua Bahagian UPKO P.187 Kinabatangan merangkap ADUN N.47 Kuamut, Y.B. Masiung Banah. Program ini istimewa kerana pencarian bintang ini adalah diberi kepada bahasa dan kaum minoriti yang terdapat di negeri Sabah khasnya bahasa atau etnik Sungai, Mangkaak, Minokok, Rumanau dan apa juga etnik yang berada di kawasan Mukim Kuamut selain daripada bahasa Dusun dan Kadazan. Bahasa Dusun dan Kadazan tidak dimasukkan kerana lagu-lagu dalam kedua-dua bahasa ini sudah terlalu banyak. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Y.B. Masiung Banah, ADUN N.47 Kuamut. Istimewanya juga program ini kerana setiap peserta dikehendaki membawa lagu bukan sahaja dalam bahasa ibunda mereka tetapi haruslah asli dari segi lagu dan lirik. Mereka yang telah pernah menghasilkan apa-apa album dalam apa juga bahasa juga tidak dibolehkan mengikuti program ini. Program seumpama ini juga merupakan julung-julung kalinya diadakan di kawasan ini. Pada malam tersebut seramai 8 orang peserta telah berjaya menyampaikan lagu-lagu mereka dengan kehebatan dan gaya tersendiri. Memandangkan program ini bukanlah satu sesi pertandingan maka tidak akan ada pemenang yang diumumkan. Walaupun ini bukan satu pertandingan, namun juri pengadil masih diadakan untuk menilai dan mencari peserta terbaik yang akan ditaja oleh Ketua Bahagian UPKO Kuamut dan orang perseorangan untuk menghasilkan Album dalam bahasa ibunda mereka.

Para peserta dalam Sodop Pisompuruan. Kelihatan Sifu Francis Landong berdiri di sebelah kiri berbaju hitam memberi komen dan pandangan beliau ke atas peserta malam tersebut.


Rose Jaibin dari Kg. Langkabong Tongod satu-satunya peserta wanita yang membawa lagu "Tadau Pirudunan" Lagu dan Lirik si Ocoi.

Hehee... siapa ni? Tak perlu diperkenalkan kerana anda pastinya kenal Mr. Sifu ini. Beliau merupakan artis undangan pada majlis itu. Mantappp. Sifu Francis Landong sebenarnya tidak berseorangan.

Na.. yang ini, mungkin anda di kawasan Kinabatangan tak berapa biasa dengan artis ini, tetapi bagi para pendengar radio Sabah VFM (Rancangan Bahasa Dusun jam 7.00-8.30 am dan 9.00-11.00 pm setiap hari) pasti kenal dengan artis Bamboo Sound ini. Artis ini juga amat terkenal dengan lagu "Piupusan Di Kosusuni". Pernah beberapa kali menjadi lagu Bontugan dalam carta lagu-lagu dusun. Siapa Artis ini? Ya siapa lagi kalau bukan saudara Jon Dautis.

Na ini lagi.. Seorang penyanyi dan pelakon. Peminat telemovie dalam bahasa dusun pasti kenal artis ini dalam lakonannya yang bertajuk "Piupusan" . Lagu beliau yang hit ialah "Valentine Day". Ya siapa lagi kalau bukan Mr. Helary Sembeh.

Gabungan artis lama dan baru menceriakan lagu majlis pada malam itu. Ocoi perhatikan, mereka bertiga ini enjoy betul malam itu. Francis Landong, Jon Dautis dan Helary Sembeh berentap di atas pentas. Memang bertenaga persembahan saudara Francis dalam majlis itu. Secara peribadi ocoi katakan bahawa vokalnya memang mempuyai kehebatan tersendiri yang tidak ada pada artis lain.

Pemimpin yang berjiwa rakyat dan amat meminati bidang kesenian. Mungkin ramai yang tahu dan ada juga yang tidak tahu bahawa Y.B ini telah mencipta beberapa lagu dalam bahasa sungai dan telah dinyanyikan oleh artis-artis suku kaum ini. Dalam majlis itu Y.B begitu santai berduet dengan saudara Francis Landong melalui beberapa lagu Saudara Francis secara 'non stop'.

Heheee.... sibuk sebagai artis undangan, dan juga sebagai juri persembahan, tetapi bisnes tetap berjalan. Belau sebenarnya tidak datang berseorangan atau berdua pada majlis tersebut tetapi dengan rombongan pemasarannya. FL juga membawa bersama beberapa unit kaset, CD dan VCD keluaran Bambo Sound Studio (Tambunan) dan Simphony Studio (SVS).Tawau.
TQ GaAD.

Tuesday, September 15, 2009

WAJAH-WAJAH PEDALAMAN



Daerah Tongod Kinabatangan:7 Sept.2009. Jika anda berkesempatan memasuki daerah Tongod - Jalan Penangah dan jalan Kironggu Tongod, anda akan melihat tompokan batu-batu di atas jalan raya ini. Sebenarnya himpunan batu ini diletak demikian rupa dengan tujuan memperbaiki jalan tanah merah yang menjadi jalan perhubungan utama para penduduk dari pedalaman Tongod keluar ke bandar Sandakan mahupun pekan Kecil Telupid. Masalahnya himpunan batu ini telah diletakkan demikian rupa berbulan-bulan lamanya oleh kontraktor terbabit. Akhirnya, jalan yang amat teruk ini bukan semakin mudah dilalui malah menyempitkan laluan ini.


Jambatan di bawah belumpun ada angin untuk diperbaiki, jambatan di atas ini pula menyusuli jambatan di bawah. Dan cerita yang sama, para pengguna terpaksa menggunakan jalan alternatif lain iaitu menyeberangi sungai yang pasti sahaja tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil. Jalan alternatif ini juga tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan pada musim hujan.


Satu-satunya jalan alternatif yang digunakan oleh penduduk dari Kg. Kironggu Tongod ke pekan Telupid. Berita tentang jambatan ini pernah menghiasi dada akhbar tempatan di negeri ini sedikit masa yang lalu namun sehingga kini tidak ada pihak yang bertanggungjawab tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah perhubungan para penduduk dan kakitangan awam yang ulang alik menggunakan jalan ini. Mungkin kerana ia hanya sekadar sebatang jalan pedalaman?


Ini merupakan sebahagian rumah penduduk kampung yang bergantung penuh kepada jalan-jalan di atas sebagai jalan perhubungan utama ke pusat-pusat kesihatan dan menjual hasil-hasil pertanian mereka.


Ini pula adalah tiang-tiang beruti yang telah dipacak selepas PRU yang lepas. Ia dikatakan tanda bagi tiang elektrik yang akan dipasang dalam masa yang terdekat. Maka pada waktu itu, ramailah penduduk dari pedalaman ini yang termimpi-mimpi akan sinaran lampu kalimantang. Hari berlalu musim berganti, sehingga kini cahaya elektrik yang dijanjikan belum kunjung tiba. Pada mulanya tiang-tiang ini berderetan dari Kg. Entilibon Tongod hingga ke Kg.Kironggu Tongod. Tetapi kini hanya tinggal dua tiga batang yang kelihatan terpacak. Mungkin sudah dijadikan kayu api atau penanda sempadan tanah oleh penduduk kampung berhampiran selain daripada jatuh dimakan anai-anai.

Monday, August 31, 2009

IMPIAN 4 x 4

Tidak ada gambar sudah mahu bikin update ini blog. So, Ocoi pun ambil aja gambar-gambar yang Ocoi capture tahun lalu ini. Janji blog ada gambar baru.
Lagipun inilah aktiviti lasak yang memang menjadi impian Ocoi.
Ini Land Rover yang baru hidup kembali selepas lebih 2 tahun terdampar di bengkel. Sekarang da ok. Da test powerpun. Sekarang ini ia dalam proses pemurnian warna dan pemasangan accessories yang sesuaila konon. Itupun kena check poketla juga.
Satu kepuasan yang sukar digambarkan melalui deretan kata-kata.
Peragaan kuasa enjin dan mental.
Keberanian dan kecekapan, jalan seiring dengan pusingan roda.
Mengharung dan menerjah lumpur, satu kepuasan peringkat tertinggi.
Naaa...kan da pun updated ini blog.