COVER ALBUM LALA

Saturday, October 25, 2008

Ini adalah beberapa contoh Cover Album si Lala yang Ocoi buat dan cedangkan kepada si Lala untuk first Album dia. Depan
Tengah - Penghargaan. Ada wajah si Benn (Artis Nalap-Jemputan)Sebab dia juga ada sumbangkan 1 setengah lagu dalam album ini.

Belakang Album.
So..peminat-peminat lagu-lagu tempatan khasnya dusun di negeri ini, dapatkanlah album ini di pasaran selewat-lewatnya Jan.2009 ini. Mungkin anda temui kelainan dalam album ini.Dapatkanlah yang ori k.

CERITA DALAM LAGU




Lagu "Auh Nodi Koguli" merupakan diantara lagu-lagu ciptaan saya yang lahir secara spontan tanpa diduga. Lagu ini tercipta dalam masa yang terlalu singkat iaitu dalam masa kurang daripada 8 minit. Waktu itu saya hanya sendirian di rumah (Memang selalu sendiri kerana desakan tugas dan ruang bersama keluarga amat terhad). Waktu itu kesepian dan kekosongan amat menghimpit jiwa, tak tahu apa nak dibuat. Toleh kiri dan kanan hanya gitar usang yang ada di bilik yang turut usang. Saya capai gitar itu dan pasang pita perakam dan terciptalah lirik dan melodi lagu "Auh Nodi Koguli". Segalanya lahir begitu sahaja dan tidak ada editing lagsung. Apa yang anda dengar nanti itulah melodi dan lirik yang tercipta waktu kesendirian itu. Tidak dinafikan ada masa-masanya kita sebagai manusia biasa akan-amat merindui sesuatu yang telah jauh berlalu. Hinggakan kita teringin sangat waktu itu berulang kembali. Ada waktunya kita tidak akan terasapun air mata hangat jatuh membasahi pipi kita kerana merindui masa lalu yang tak mungkin akan kembali lagi. Kita pasti sahaja punya kesilapan dan kedangkalan di musim lalu, lantas kita terfikir, jika waktu itu bisa kuulangi pasti kesilapan serupa tak akan kuulangi.., kalau tidak peristiwa itu pasti saya tak akan jadi begini hari ini..,andai saya belajar sunguh-sungguh dahulu..., kalau ibu, kalau ayah, kalau kakak..masih ada....., dan macam-macam lagi akan menerobos kotak ingatan kita yang tersimpan dalam kotak bernama kenangan. Ya kita sebenarnya tidak pernah lepas dari masa lalu kita, dan kenangan masa lalulah yang terungkap dalam Lagu "Auh Nodi Koguli". Apakan daya... timpu nakatalib auh nodi koguli poh". Lagu ini amat istimewa bagi saya. Sentuhan dan adunan muzik komposer muda lagu-lagu kadazandusun saudara Benn S. Bukag telah menambahkan lagi momentom lagu ini. Bukan memuji atau masuk bakul angkat sendiri tetapi ia sekadar luahan rasa yang ikhlas lagipun kalau saya tak puji diri sendiri tak akan ada siapa yang puji. Tak kira apa orang kata lah, lagu ini benar-benar istimewa bagi saya terpulang kepada penilaian dan cita rasa pendengar semua. Nantikan kemunculan album ini di pasaran.Ingat dapatkan yang ori k.

THE REAL OCOI





Ni dia the real ocoi.

POINGKURO NUNG MIAGAL DITI


Saja-saja buat lawak bodoh ni..Baru aja 2 hari idup di Kota Metropolitan ini da boring betul.Kalau kat kampung boleh panjat kelapa ka, jambu ka, pokok lada ka..pagar jiran sebelah ka..ooops jangan nanti kana sumpit.. kat bandar ni panjat tembok ajalakan.hehe..

JALAN SAMBIL SHOOTING

Friday, October 24, 2008


Inilah kawan-kawan yang terlibat secara langsung dalam Making Of "Au Nodi Koguli". pasti ada yang anda kenal bangatkan??Hehe siapa lagikan...jawablah sendiri.


Rehat-Rehat Dulu Selepas Jalan-Jalan dan Shooting

Piginawaan Togirot



Fhoto ini saya ambil semasa jalan-jalan cari makan hilod Sunway Lagoon di bulan ke 8 taun 2008. Timpu diti nogi maso-maso shooting di Album Au Nodi Koguli.Miampai di Lala @ Laura Perimus Toyan.

 
 
 
 
Copyright © OCOI