KONVENSYEN NASIONAL UPKO 2009

Saturday, November 21, 2009

Seawal bulan Nov.09 yang lepas Ocoi berkesempatan menjadi pemarhati bebas kepada salah satu konvensyen Barisan Nasional di negeri ini. Bukan apa, cuma ocoi tertarik dengan frasa "luarbiasa" yang dimaksudkan. Lebih-lebih lagi ia dirasmikan oleh pemimpin no 1 negara. Dan diantara usul yang agak menarik perhatian ocoi dalam konvensyen ini ialah usul politik seperti berikut:

Memantapkan Imej Barisan Nasional Melalui Penginstitusisasian Kepimpinan Majlis Tertinggi dan Ibu Pejabat Barisan Nasional

Antara usulnya ialah:

Memperakukan hakikat bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai 13 parti komponen, iaitu UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, UPKO, PBS, LDP, PBRS, PBB, SUPP, SPDP dan PRS serta situasi semasa bahawa jawatan Presiden, timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda BN dipegang oleh UMNO serta ibu pejabat BN diletakkan di ibu pejabat UMNO telah mewujudkan persepsi bahawa BN adalah UMNO dan UMNO adalah BN yang tidak sihat di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Maka, Pegerakan Komulakan dalam konvensyen Nasional UPKO 2009 telah mencadangkan supaya Persidangan mengambil ketetapan untuk mencadangkan Ibu Pejabt BN pusat dan Pejabat Perhubungan Barisan Nasional Negeri dan Bahagian yang supaya struktur pengursan dan pentadbiran Barisan Nasional di peringkat Pusat, Negeri dan Bahagian dirombak semula untuk memasukkan parti komponen lain menerajui pentadbiran BN serta mewujudkan satu Bangunan tersendiri serta kakitangan yang dilantik hendaklah meliputi keanggotaan semua parti komponen Barisan Nasional.

Menyusun Semula Persempadanan Pilihanraya Berdasarkan Kepada Komposisi Kaum Di Negeri Sabah

Menyedari hakikat bahawa pertambahan penduduk yang luar biasa di Sabah yang meragukan telah mengubah landskap poilitk, sosial dan ekonomi negeri serta pengaruh kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam pilihanraya umum 1999 seperti yang terkandung dalam testimoni petisyen pilihanraya Likas serta keangkuhan UMNO yang gagal melaksanakan janji yang dibuat leh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri bahawa UMNO tidak akan bertanding lebih daripada separuh kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah telah mewujudkan ketidakstabilan politik di negeri ini serta memberikan persepsi negtif bahawa UMNO mendominasi segala-galanya di Sabah.

Maka, dalam usul politik, Pergerakan Komulakan dalam konvnsyen Nasional UPKO 2009 telah mencadangkan supaya Persidangan mengambil ketetapan untuk menggesa supaya persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sabah dilaksanakan dengan memperkenalkan bilangan kawasan yang lebih seimbang menggambarkan komposisi sebenar kaum di Sabah sepertimana kawasan pilihanraya sebelum tahun 1993.

Dan menggesa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan supaya tidak ada satu kaum di Sabah yang dominan atau mempunyai lebih daripada separuh jumlah kerusi pilihanaya negeri yang bermajoritikan kaum itu.

Serta menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memastikan bilangan kawasan sempadan pilihanraya bermajoritikan penduduk tulen Sabah seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan cina (dan juga Sungai bagi ocoi) lebih banyak berbandig dengan bilangan kawasan bermajoritikan Bumiputera Islam di mana ketulenan pendudukanya diragukan.

Juga menggesa Kerajaan Persekutuan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang ahli SPR dari kalangan rakyat tulen sabah, iaitu dari kalangan kaum anak negeri Sabah untuk memastikan supaya persempadanan semula ini dilaksanakn dengan lebih transparen dan tepat.

Dalam usul juga menuntut kepada barisan Nasional memastikan supaya tidak ada parti komponennya yang bertanding lebih daripada separuh jumlah pilihanaya di Sabah.Menyemak Status Pelaksanaan Dasar-Dasar Pembangunan Bumiputera Sabah dan Melaksanakan Pelan Afirmatif Bagi Masyarakat ini Dalam Rancangan Pembangunan Negara Yang Seterusnya

Disamping itu, usul politik dalam konvensyen itu juga telah menggesa kepada kerajaan Perekutuan untuk mempercepatkan penubuhan unit khas penyertaan dan pembangunan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri sepertimana yang pernah diumumkan oleh Tan Sri Bernard Dompok semasa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang lalu serta meminta suaya Pegarah unit ini dilantik di kalangan masyarakat sasaran kerana ia lebih memahami situasi dan isu sebenar mengenai masalah2 yang berkaitan dengan masyarakat dan negari ini.

Konvensyen menuntut kepada Kerajaa Persekutuan supaya melaksanakan dasar-dasar pembangunan lain yang mempunyai impak langsung kepada msyarakat Bumiputera Sabah seperti Lembaga Pembangunan Wilayah sepertimana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 31 Mac 2006.

Dan menggesa satu pelan tindakan alternatif khusus kepada masyarakat sasaran ini sesuai dengan bidang Hasil Utama (key) YAB Perdana Menteri Malaysia, iaitu meningkatkan pendapatan isi kelaurga dan meningkatkan kemudahan infrastrutur di luar bandar di Sabah dan Sarawak serta meminta supaya pelan ini dimasukkan di dalam dasar Rancagan Malaysia Kesepuluh (RMK10).Memperkukuhkan "Political Will" barisan Nasional Untuk Mendahulukan Isu-Isu yang Menjadi Keprihatinan Utama Rakyat.

Menyedari hakikat bahawa sokongan rakyat keada kerajaan Barisan Nasional semakin menurun sepertimana yang diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) sehingga ia kehilangan pengaruh di lima buah negeri serta kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen kerana kegagalan menengani isu-isu yang menjadi keprihatinan utama rakyat.

Maka, maka dalam konvensyen itu, pergerakan Komulakan dalam konvensyen Nasional UPKO 2009 itu telah mencadangkan supaya Persidangan mengambil ketetapan untuk menggesa Kerajaa Persekutuan- Barisan Nasional- supaya meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan ulung sesuai dengan konsep "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, pencapaian di utamakan" dengan mengambil keputusan-keputsan drastik berorientasikan kepentingan rakyat.

Dan menggesa supaya Barisan nasional mempunyai "political will" untuk:-

*mengkaji emula Akta Keselamatan Negeri(ISA)
*Mengkaji semula Akta Universiti dn Kolej Univeriti untuk membenarkan mahasiswa menyertai parti politik.
*membenarkan perhimpunan umum tanpa permit (contohnya di stadium atau dewan tertutup) untuk memberi peluang kepada rakyat menunaikan hak demokrasi dan kebebasan beruara.
*mewujudkan satu Mahkamah Perlembagaan bagi menangani ke-kes yang meibatkan pertindihan di antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah.
*Membenarkan engunaan istilah Allah di kalagan penganut agama Kristian.
*Menubuhkan lembaga Kemajuan Wilayah di Sabah.

Dipetik dari Usul Politik Yang dicadangkan Oleh Pergerakan Komulakan UPKO, dalam Konvensyen Nasional UPKO 2009 seperti pada 8 November 2009 di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang. Telah dirasmikan Oleh YAB Datuk Seri Penglima Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Namun sejauh mana usul-usul menongkah arus begini akan diberi perhatian oleh pemimpin tertinggi negara? Kita lihat dan tunggu sahaja.

 
 
 
 
Copyright © OCOI