BESI BURUK OCOI

Thursday, February 12, 2009

Ocoi nak luah rasa tentang besi buruk ocoi ini. 3 bulan yang lepas ocoi masukkan besi buruk(Land Rover) di sebelah dengan deposit pembaikannya 96% telah dibayar dari jumlah upah pembaikannya. Mekanik itu kata boleh siap dalam sebulan. Tapi hingga ke saat ini nampak gaya besi buruk ini masih belum siap-siap. Mekanik dia punyai pelbagai alasan setiap kali ocoi melawat bengkelnya.Besi buruk ini sebenarnya dari jenis land rover old model, sebab itu ocoi mahu upgred dia sebab tak mampu beli yang new model punya pasal.Lihatlah gambar di bawah ini, itu part yang dah di tukar ( leafspring ke coilspring-ejaan salah ni). Enjin 3B pasang Turbo (itupun dia belum mula pasang lagi. Entahlah bila mau siap tu. Kalau boleh ocoi nak tarik aja pi workshop lain, tapi tarikpun tak boleh sebab belum ikat part2 yang da dibuka. Bukan apa, ocoi da tak sabar2 main lumpur lagipun bayaran da 96% habis bayar. Masalahnya mekanik tu da cakap boleh siap sebulan. Da berapa bulan belum juga siap-siap..lepas ni mau perbaiki body dia pula. Nampak gaya lamalah lagi ocoi baru boleh main lumpur ni.
Banyak masalah lagi kereta ni. pass dia da mati 7 tahun entah masih boleh hidupkan atau tak, ocoi benar-benar tak da pengalaman tentang itu. Mungkin ada rakan blogger yang boleh tunjuk cara kepada ocoi macam mana mau kasih hidup pass jalan raya dia ni (roadtax). Nama pun masih nama cina. Kalau tak boleh hidupkan jadi kereta hantu ajala benda ni. Bilalah kereta ni boleh jalan dan beraksi????

4 comments:

Don MS said...

Kereta lama begini memang tahan lasak. Macam badak sumbu lah dia punya tough tu..! Kesian ko Ocoi... tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan workshop akan guna taktik yang sama tu untuk menarik pelanggan... (stereo type... blue print... typical... dan apa-pa lah...) Pigilah di daerah atau negeri mana-manapun, semuanya guna taktik yang sama. Kita sebagai pengguna memang akan selalu jadi mangsa. Kes Ocoi ni... ko kena banyak besabar lah tu Ocoi. Sebab lebih 90% sudah ko bayar. Kalau tarik, rugi pula. Tapi kalau ada perjanjian bertulis dengan pihak workshop tu, bolehlah dituntut ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Kalau tiada... tiadalah bukti. Tapi Ocoi, kalau resit pembayaran ada.. bolehlah guna itu untuk buat tuntutan gantirugi "jika terpaksa" lah.
Soal cukai jalan tu... sepanjang pengetahuan saya, kereta lama (kalau kes sabah dan sarawak...) masih boleh perbaharui cukai jalannya. Cuma ada syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya...
1. Kereta mestilah masih dalam keadaan sempurna.
2. Kereta tu mestilah dalam keadaan asal... AKA tidak ada pengubahsuaian. Kalau ada pengubahsuaian pun, mestilah yang telah mendapat kelulusan JPJ dan PUSPAKOM terlebih dahulu.
3. Pemiliknya pula mestilah pemilik yang sah (sudah tukar namalah...) dan selebihnya...
4. Kenderaan tu tidak ada rekod disenarai hitam.Contohnya saman tertunggak. Tapi yang ni boleh diselesaikan dengan membayar segala saman-saman tu..

Lain-lain syarat dari yang dinyatakan di sini...itu saya kurang pastilah.

Jadi kes Ocoi ni, mungkin susah sikit. Sebab pengubahsuaian tu lah kali... susah mo lulus tapisan puspakom dan JPJ. Tapi mungkin boleh dipohon cukai jalan khas... iaitu yang hanya laku untuk kegunaan jalan-jalan OFFROAD sahaja. Cuba tanya kawan-kawan blogers yang lain...

Tapi ada jalan lain lagi Ocoi... jalan ikut pintu belakang. He..he.. Ko tau-taulah tu kan. Tapi yang ni... kena fikir dulu sedalam-dalamnya sebelum ambil. Jalan terakhir barangkali... setelah lain-lain cara sudah dicuba tetapi tidak berhasil...

ocoi said...

Tma ksih bnyk2 atas commen dan pengetahuan yang MS beri,saya daif betul dngan part2 begini. Nasib baik MS sudi jua kongsi ilmu. Nampak gaya terlalu muskhilla pula keadaan kereta ocoi ni sebab. 1. Pengubahan da 95% dari aslnya. 2. Nama pemilik dalam kad dia entah masih hidup ka tak cina tu. Salah ocoi juga main beli aja ari tu. Taktik mekanik ni pula satu hal,ocoi takla pula terfikir mina rasit pembayaran dan buat perjanjian sebab terlalu percayala ni.(Bukan orang lain juga ba da ini mekanik dia ni)Tapi ini masalahnya,dalam sesetangah hal keadaan itu tak mengenal saudara,kawan atau siapa jua.Thanks a lot MS. Kalau tertutup semua jalan2 utk hidupkan cukai jalan dia, alamt jadi besi buruk yg betul2 buruklah kata ni.Pintu2 belakang nipun ocoi tak nampak ada dan di mana.

Don MS said...

Ocoi, jangan putus asa. Cuba tanya orang-orang expert yang sudah lama berkecimpung dalam arena 4X4 ni... rasanya dorang sudah masak tentang hal-hal mendapatkan penyelesaian masalah macam ni. Sebap, dorang pun memang ada buat sana-sini pengubahsuaian kan... Lagi pula, ko mo pakai tu kereta kombet ko tu untuk kegunaan OFFROAD bah kan...?
Pa-apa pun jan dulu putus asa....

ocoi said...

Tq MS. ocoi akan pastikan semuanya ok nanti. sekarang ni apa yang ocoi nak pastikan kereta kombet itu siap sepenuhnya dahulu baru buat langkah2 seterusnya.Terima kasih atas nasihat dan motivite kmu MS.

 
 
 
 
Copyright © OCOI