LAWAT BMSD LAGI

Saturday, February 21, 2009


21.02.2009 - Sabtu. Ocoi sekali lagi berkunjung ke BMSD di Pejabat Pusat Persatuan Artis-Artis Tempatan Sabah (PERTISA). Sekali lagi dapat berkongsi dan timba ilmu dengan Bro. Badadang yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dalam bidang-bidang kesenian. Masa bersama Bro. Badadang banyak perkara yang ocoi perolehi khasnya dari teknik-teknik pengambilan video dan editing video.


Dalam masa yang sama, sempat juga meninjau-ninjau album-album artis tempatan yang terdapat di pusat ini. Di pusat ini terdapat pelbagai album lama dan baru artis-artis tempatan Sabah yang juga dibarisi oleh artis-artis lama dan artis-artis baru, artis yang namanya meletup-letup hinggalah artis yang jarang kita dengar namanya namun memberi sumbangan dan menjadi pemangkin kepada industri muzik di negeri ini khasnya dalam industri muzik Kadazandusun. Album terkini yang terdapat di pusat ini termasuklah album dari pendatang baru dalam arena ini iaitu Laura Perimus yang lebih dikenali dengan panggilan Lala. Hehee.. mestilah ocoi promote album dia ini sebab semua lagu-lagu dia Ocoi yang buat hehee..(disamping promote orang kena promote juga diri sendiri..hahaa...).
Selama beberapa jam di Pusat ini Ocoi sempat juga membelai-belai 'Somporing' ( Macam salah aja ocoi sebut ni..??) si Bro. Badadang. Malangnya Ocoi taklah sempat tiup try, test, cuba kinam.. Heehee..bukan tak da peluang, bukan juga Bro. Badadang tak kasih cuba...tapikan.. ocoi ni susah sikit bila sentuh dan tiup/sedut benda-benda yang diperbuat dari bamboo/buluh ini. Ingat lain ba..hehee..teringat pula duduk depan tajau sambil sedut buluh kecil..kekekekk..hahaa.. adalaan no kopio... Tak ba, ocoi buta muzik,tangan bangku... baik jangan cuba kalau dah tahu tak tahu apa-apakan..

4 comments:

Lala said...

aina...napa tak d tarai 2 somporing 2...bukan mcm men recorder aja ka 2...mcm yakin aja aku pandai tiup ni...hahaha minta puji ni....

ocoi said...

Hehe..inaa lala,kalau setakat tiup tu, budak tabika pun blh buat.kekekek..hehe..ocoi tak pandai tiup, pandai hisap/sedut aja..haha..

hehe. teruskan membuat lirik kio!~ congratz to Lala.

ocoi said...

Ya Xang,Ocoi memang terus buat lirik ni dan da banyak lirik yang ada sekarang ni..cuma menunggu masa yang sesuai untuk keluarkan.

 
 
 
 
Copyright © OCOI