KEMALANGAN TIDAK KIRA TEMPAT

Saturday, February 28, 2009

28.02.2009-Jalan Tongod-Telupid:
Benarlah kata bidalan bahawa malang tidak berbau dan kecelakaan tidak mengira tempat..di jalan lebuhraya yang mempunyai banyak kenderaan mahupun di jalan yang lengang, sunyi sepi. Kemalangan juga berlaku tidak semestinya melibatkan perlanggaran dua kenderaan. Dua simpang jalan yang
terlihat dalam gambar di sebelah kanan di atas merupakan penyebab kepada kemalangan ini. Menurut pemandu kereta Viva ini, hati beliau berbelah bagi mana satu simpang yang perlu di ikutinya. Pada awalnya beliau mahu mengikut jalan sebelah kanan ( Jalan dalam proses pembinaan ) namun entah bagaimana beliau tiba-tiba memilih jalan sebelah kiri .(laluan sepatutnya kerana jalan sebelah kanan itu telahpun dipacak papan tanda "Jalan Ditutup) Keadaan ini menyebabkan sipemandu tidak dapat mengawal keretanya lalu bergolek sebanyak 3 kali sebelum terhumban ke bahu jalan. Ocoi lihat teruk juga kereta baru dia ini.
Kepada anda yang pandai atur nombor itu.., aah.. ini dia.. 1940. Apa-apapun..inilah yang dikatakan malang memang tidak berbau. Sebenarnya jalan Tongod - Telupid ini sedang diupgredkan..entahlah sepanjang pengetahuan Ocoi semenjak jalan yang menjadi jalan utama penduduk dari pedalaman Sabah khasnya dari Pekan Tongod dan Penangah Kinabatangan ke pekan Telupid ini diperbaiki sudah lebih daripada lima kemalangan berlaku yang melibatkan kerosakan teruk kepada kenderaan, kecederaan serius kepada pemandu dan penumpang dan dua kemalangan jiwa. Itu yang Ocoi tahu, yang ocoi tak tahu, tak pastila pula. Entah apa akan jadi jika jalan ini betul-betul siap kelak.Kereta ini terpaksa diheret ke jalan raya oleh sebuah lori. Bertambah parahlah pada bahagian bawah kereta Viva ini. Apa boleh buat da tak ada jalan lain. Kenderaan yang banyak-banyak itu termasuk si Ocoi punya adalah pengguna yang berkongsi jalan yang sama. sekadar jadi pemerhati kejadian ajala tu.

10 comments:

D.L Sumunie said...

Bawa kereta "power steering" ni bahaya sikit kalau jalan gravel sikit saja pasti akan terbabas. mungkin kerana dua hati sipemandu gagal mengawal kenderaannya. kalau ocoi beli numbur dan kena saya minta belanja ah.buleh kah?.

ocoi said...

Heheee..betul tu Sumunie..tapi ada kaitan dengan pemandu juga tu...hehee...Nombor??? hehee..Ocoi tak pandai main nomborla Sumunie..kempunanla kamu tu.. hehee..Tapi apa kata kamu aja pi beli no tu? heheee..nanti sumuniela yang belanja..khakahaaa..

Don MS said...

Itulah namanya "pebangunan" yang kita dapat, perlu dibayar dengan harga yang mahal! Nyawa yang terkorban adalah satu di antaranya, selain kerugian harta benda di sana sini. Ada dua yang perlu semua orang ingat...
1. Road is not designed for
racing purposes kan..?
2. Ordinary car also is not
designed for racing purposes.

Ini yang kita selalu terlupa dan tidak tahu... atau, mungkin ada yang memang tahu pun, tetapi buat-buat lupa.. he..he..

saya simpati juga dengan pemilik kereta tu... tapi yang lebih penting,ini memberi ingatan serta pengajaran kepada saya supaya...."drive carefully - life endlessly"... errr... alamak.. betulkah yang sia cakap ni???? nda taulah.

Tapi satu hal lagi, yang "BIKIN PANAS" di sabah ni ialah... perbuatan kebanyakan kontraktor pembaikan jalan yang memandang remeh tentang peraturan tapak pembinaan.
Contohnya yang selalu saya temui... dan saya pasti semua orangpun selalu jumpa ialah...
*Penanda amaran. Pada papan penanda amaran tertulis "Awas! Jalan ditutup 100m di hadapan."
Ini betul. Tapi yang tidak betulnya ialah papan penanda ini biasanya diletakkan kurang 50m daripada kawasan sebenar! Ni yang bikin orang yang driving tu selalu tidak sempat bertindak mengelak... apa lagi kalau kereta tu dipandu agak laju....

ocoi said...

MS...200% Ocoi skong ko punya comment..hehee..betul,betul. Adakah, jalan raya yang belum kering sgt sementnya da ada budak2 kurang moral yang buat rempet, test power motorla konon bagus kalau hebat sangat..Ocoi masa muda2 dulupun masa kaki motor ambil 5 jam pulang balik Sandakan-K.Kinbalupun tak pernah buat cam tu...cissss!( Sekarang tak berani da ) pononombirang..hahaaa..bikin panas ba muda-mudi sekarang di kwsan Ocoi ni, bawa motor buat bunyi satu kampung bagus kalau motor besar...ni Honda 80 CC aja..Bila jalan da ok sikit tambah menambahlah mereka dengan exsn mat motornya.. Tanda-tanda jalan yang dipasang oleh kontraktorpun bikin panas juga..ada jalan yang tidak di letak papan tanda "jalan ditutup" tapi bila ikut sejauh 200m, tiba2 jalan mati...adui na, inda kau panas...hehee.. apapun thanks for the comment.

Lala said...

berhati hati d jalanraya...ingatlah orang tersayang....hehehe

Lala said...

Hehee kamu juga yang pontopot Lala..

ocoi said...

Hahaa..banyak betul Lala,biar lambat asal selamat..tapi kalau dikejar dek perompak di jalan raya amacam lala? Biar laju asal selamatlah kan?hehe..

Molly said...

hehe...itu la ba urg bilang...sentiasa berhati2 bogia...

ocoi said...

Yalakan sis Molly, selagi ada hati selagi itu berhati2..jangan sampai kehilangan buah hati..kekekek...tma kasih sudi tinggalakan komen..

Lala said...

hahaha...kalau ada perompak 'biar laju asal selamat'...mcm butul juga ...kha!kha!kha!...

 
 
 
 
Copyright © OCOI