Benarlah kata bidalan bahawa malang tidak berbau dan kecelakaan tidak mengira tempat..di jalan lebuhraya yang mempunyai banyak kenderaan mahupun di jalan yang lengang, sunyi sepi. Kemalangan juga berlaku tidak semestinya melibatkan perlanggaran dua kenderaan. Dua simpang jalan yang
terlihat dalam gambar di sebelah kanan di atas merupakan penyebab kepada kemalangan ini. Menurut pemandu kereta Viva ini, hati beliau berbelah bagi mana satu simpang yang perlu di ikutinya. Pada awalnya beliau mahu mengikut jalan sebelah kanan ( Jalan dalam proses pembinaan ) namun entah bagaimana beliau tiba-tiba memilih jalan sebelah kiri .(laluan sepatutnya kerana jalan sebelah kanan itu telahpun dipacak papan tanda "Jalan Ditutup) Keadaan ini menyebabkan sipemandu tidak dapat mengawal keretanya lalu bergolek sebanyak 3 kali sebelum terhumban ke bahu jalan. Ocoi lihat teruk juga kereta baru dia ini.

