JANGAN NODAI ALAM INI

Saturday, May 2, 2009

Ini adalah sebahagian sahaja bumi Sabah yang diambil dari sepanjang jalan Ranau- Tamparuli.
Begitu indah sebenarnya bumi kita ini. Tapi adakah ia tetap menjadi milik pribumi Sabah untuk 1000 Tahun lagi? Berdasarkan fenomena dan taburan penduduk luar Sabah yang telah menjadi warganegara Malaysia di Sabah nampaknya bumi Sabah ini bakal menjadi sarat dengan penghuni luar yang turut berkongsi sama dengan keindahan dan keistimewaan yang dimiliki oleh pribumi tulen Sabah. Malah sesetengahnya lebih istimewa dan mewah daripada pribumi Sabah di pedalaman sana. Adakah mereka akan menghargai bumi ini? Adakah semangat patriotik mereka untuk negara ini? Adakah mereka sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negeri indah ini?
Ini jalan kecil peninggalan syarikat Balak di musim lalu. Jalan ini boleh menghubungkan Kg.Sinaron, Kg. Sinua, Tulid, Sook dan beberapa kg. lagi terus ke Keningau dari Kg. Maliau Tongod. Jalan ini juga pernah beberapa kali menjadi laluan konvoi 4X4 dari Keningau /Nabawan seterusnya ke Tawau atau Telupid. Kini jalan ini hanya menjadi jalan pemburu2 berlesen dan pemburu haram.
Ini pula adalah lautan kelapa sawit. Sayangnya ia bukan milik orang tempatan tetapi dimiliki oleh syarikat-syarikat dari luar Negeri Sabah khasnya dari Semenanjung.



Alangkah indahnya jika air ini terus jernih sejernih kaca dan embun pagi.
Sayangnya sungai ini juga telah menjadi mangsa kerakusan manusia. Di muara sungai ini telah diterokai oleh syarikat balak di musim lalu.., menyebabkan sungai ini menjadi cetek.
Selamatkan bumi ini dari kepudaran warna hijaunya.
Biarkan ikan dan burung-burung terus bebas menikmati hidupnya.

5 comments:

Don MS said...

Amat menakjubkan Bumi Sabah ini sebenarnya...
1. kaya dengan keindahan
2. kaya dengan pelbagai khazanah alam semula jadi dan..
3.kaya dengan kesuburan tanah.

Kekayaan ke 3 inilah yang merangsang "nafsu untung" syarikat-syarikat perladangan gergasi luar negeri ke negeri Sabah.Dan ada satu lagi kekayaan negeri...

4.kaya dengan PATI... yang ini mereka tentu tidak setuju, walaupun kenyataannya mereka akui (secara diam-diam..)mereka suka kos buruh yang murah.

Saya kira, kemasukan banyak syarikat dari pada luar negeri Sabah ke bumi Sabah ini adalah satu rahmat (pada dasarnya..)terhadap perkembangan ekonomi negeri. Namun itu semua hanya "di atas kertas" kerja kerajaan negeri sahaja. Memang benar, pembukaan banyak ladang oleh syarikat swasta di negeri ini memberi pulangan kepada pendapatan kerajaan negeri melalui kutipan pelbagai cukai. Namun dengar khabar... banyak juga yang masuk ke poket individu/pemimpin tertentu berbanding ke akaun kerajaan negeri. Entah benar ataupun tidak... mereka sahaja yang tahu. Yang pasti khabar ini sering bertiup ke sana ke mari.

Jika dihubungkaitkan dengan elemen-elemen patriotisme dalam dasar yang diamalkan syarikat-syarikat ladang di negeri ini, dijamin memang BOLEH DIPERSOALKAN!

Seperti yang dikatakan oleh saudara Ocoi, dan seperti yang diperkatakan oleh komuiniti setempat di ladang-ladang berkenaan... peluang kerja yang ditawarkan sememangnya lebih berpihak kepada tenaga kerja asing berbanding tenaga kerja tempatan. Dan yang harunya, ramai pekerja asing yang diambil bekerja ini menggunakan "lorong-lorong belakang" untuk menyusup masuk sebagai pekerja sah. AKA mereka ini adalah berstatus PATI.

Jika demikian keadaannya, di manakah letaknya tanggungjawab membela nasib anak bangsa sendiri ?? Keadaan ini tidak ubah seperti perumpamaan/pepatah-petitih "KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN". Tidak salah menyusukan "kera-kera" berkenaan, tetapi sekurang-kurangnya utamakanlah dahulu "anak sendiri"!

Anehnya, di semenanjung pun ada ladang kelapa sawit juga. Di sana ada FELDA.... di Sabah pun ada FELDA juga.Di sana ada Sime Darby... di Sabah pun ada juga. Tapi, di sana pekerja tempatan tiada ataupun kurang rungutan. Bermakna mereka masih menjadi keutamaan di sana. Di Sabah pula.. lain ceritanya. Mengapa perlu ada "double standard" oleh syarikat yang sama?

Perkara ini perlu difikirkan semula oleh pihak kerajaan dalam proses menganugerahkan "kebenaran" menggunakan tanah-tanah milik negeri kepada syarikat-syarikat perladangan gergasi ini. Pihak syarikat pula perlulah bijak mengimbangi antara keuntungan dengan tanggungjawab sosial mereka terhadap rakyat Malaysia.

Lala said...

odoi dogo anaru gia ti karangan nu MS. Obuli no spm nu d gulu kio. nokolobi kanto iso. hahaha...apapun lala juga setuju dengan apa yg MS perkatakan d atas...memang etara laba benda2 seperti itu berlaku...

ocoi said...

Trima kasih MS, hal inilah yang sebenarnya membelanggu minda anak sabah tulen. Hal yang tidak pernah ada titik akhirnya.

Hasil bumi ini dirobak disantap dengan rakusnya oleh orang lain.

Kekayaan bumi ini turut dinikmati oleh manusia2 yang tidak berhak. Akhirnya mereka yang jadi kaya raya di negeri ini. Mereka hirup kekayaan bumi ini sehingga hampir habis...dan tinggalkan satu bentuk kekayaan yang anak pribumi sabah tidak mahu sebenarnya...iaitu, anak2 PATI yang akhirnya akan mengambil tempat anak2 anak jati Sabah.

Wadooooh, malang sangat nasib bumi dan generasi sabahan....

HoneyBUZZin said...

Saya suka air sungai yang jernih...untuk jangkamasa 3 tahun?..mungkin sudah lenyap keindahan itu.
Yang tidak pernah lenyap...cerita basi dan janji janji yang tidak laku sah tarikhnya lagi. Sungguh mengecewakan!~

ocoi said...

Betul kata kamu tu HoneyBuzzin. Coi pun rasa begitulah keadaannya. Semakin hai semakin banyak yang hilang di muka bumi ni. Alam semulajadi sedikit demi sedikit akan hilang, timbul pula pelbagai jenama penyakit.

 
 
 
 
Copyright © OCOI