BUDAK HUTAN

Monday, April 20, 2009

Wajah-Wajah Hijau... SK. Kirunggo 2009.
Ini adalah post Ocoi yang diambil dari dunia realiti. Gambar-gambar ini Ocoi capture di Sungai Karamuok Tongod, di bawah SK. Kirunggo Telupid Sekolah dia orang si Runsab, Tulun Sabahan dan Si Lala bertugas. Sungai ini juga adalah Zon Merah Tagal. Tetapi hutan dan kawasan sekitar sungainya entah bila dapat zon merah untuk tidak ditebang kayu-kayunya. Waktu gambar ini Ocoi capture baru sahaja hujan lebat sehari sebelumnya sebab itu airnya agak kelabu sedikit. Pada hari-hari biasa sungai ini tersangatlah jernih sehingga anak-anak ikan, udang dan ketam yang bermain kejar-kejaran di sebalik batu akan jelas terlihat. Ocoi memang sudah sebati dengan alam menghijau begini. Malangnya fenomena sebegini sudah semakin pupus di muka bumi ini amnya dan di negeri ini khususnya. Ocoi akan selalu mengunjugi tempat-tempat begini apabila rasa tertekan atau kecewa dengan sesuatu hal, dan terima kasih kepada Sang penciptanya.. Segala bentuk kecelaruan minda selalunya terlerai di sini. Adakalanya Ocoi akan duduk berjam-jam di tempat-tempat begini.. bermeditasi.. dan memerhati sepuasnya, di situ Ocoi temui tenang. Mungkin yang terlihat akan timbul pelbagai persoalan... tak pa.. di bumi merdeka ini kita boleh fikirkan apa sahaja, pokoknya Ocoi belum gila. Tetapi Ocoi amat sakit hati melihat sungai-sungai yang dahulunya amat indah di pandangan mata tapi kini sudah menjadi cetek dan dipenuhi lumpur... sayang sekali ocoi tak ada post untuk sungai-sungai yang sudah mati itu. Tapi pandangan itu 100% tidak menarik.Namun kebanyakan sungai malang itu di tengah-tengah ladang kelapa sawit syarikat-syarikat besar. Seperti Asiatic, IOI, MyCOM, Corak Nakhoda, Samudera, Kim Loong dan entah apa-apa lagi. Tapi itulah antara syarikat ladang kelapa sawit yang banyak menyumbang kepada kemusnahan alam semulajadi di negeri ini.

Budak Hutan:
Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Bersama unggas, di rimba raya..
Aku tak pernah sunyi di sini..
Bertemankan fotomorgana di rimba berbudaya

Biarkan kehijauan ini terus berlagu..
Tapi semalam kudengar lagunya sumbang
Meski tetap jua beralun lembut bersama bayu
Berhembus lesu di lereng-lereng gunung


Mengapa keindahan ini harus diragut????
Sedangkan ia milik yang maha Esa..
Mengapa kerakusan perlu bersalut..
Kemusnahan dan kehijauan yang binasa..
Sedangkan aku setia mendodoikan lagu
Walau kala sendu dan memilu..
Lantaran bayu lembut semakin berlalu
Menjauh, jauh..... di lereng Kinabalu

Buat budak hutan, yang sarat dengan cinta di dada..

Ocoi - Kinabatangan 21.Ap. 09

8 comments:

HoneyBUZZin said...

Telupid tu jauh di pendalaman tu..
Saya juga tidak menyokong penebangan berleluasa...sebab tempat kita ni semakin panas.
Bukan mudah sebatang pokok tumbuh sehingga besar. Ada yang mengambil masa berpuluh-puluh tahun..tapi mereka itu tebang saja atas nama pembinaan...
aduiiiiiiiii.....salah siapa? silapnya dimana?

ocoi said...

Thanks a lot HoneyBuzz. Ya betul. Kalau boleh Ocoi nak capture sebanyak mungkin gambar2 cam ni, sebab suatu masa dan ketika.. semuanya akan lenyap dari sentapan mata kita dan generasi akan datang.

Lala said...

Sa pun sokong korang pasal ni bumi hijau...pokok2 dlm pic c ocoi ni di belakang skul kami aja ni...lawa kan...

ocoi said...

Thanks Lala, dan selamat ari bumi 22 April 2009. Bumi lebih berharaga dari sebuah kereta ninja. So peliharalah bumi ini kerana kita sentiasa di atasnya.

Don MS said...

Bila Ocoi kata... air sungainya kabut kerana sebelum tu hujan lebat baru ja turun, maka... itu adalah tanda-tanda kesan pencemaran sudah bermula. Dengan kata lain, telah ada kawasan-kawasan lain yang menjadi punca sungai tersebut diterokai ataupun dimusnahkan. Seingat saya masa kecil-kecil dahulu, walau macamana lebatpun hujan turun... air sungai tidak akan keruh. Isipadu airnya sahaja yang akan bertambah.

Mungkin di kawasan tempat ocoi ambil gambar ni... pemandangannya masih indah, tapi... siapa tahu apa sudah jadi di hulu? Hantu-hantu balak ni memang banyak di kawasan nun jauh di dalam hutan rimba... kerana takut dajal mereka terbongkar dan diketahui umum. Malah, aktiviti mereka seolah-olah halimunan walaupun ada ribuan satelit GPS bertaburan di ruang angkasa kita pada setiap saat. Pihak Berkuasa pun tidak menyedarinya (ataupun pura-pura...) sehinggalah pihak media mendedahkannya. Pada ketika itu barulah mereka buka mata... tetapi sudah terlambat. Yang tinggal hanyalah lanskap merah dan kontang. Taukeh-taukehnya juga sudah lesap bersama jutaan ringgit keuntungan hasil rompakan kayu balak yang sebenarnya terancang.

ocoi said...

Betul kata kamu itu MS. Ocoipun sebenarnya rasakan hal itu. Kalau tidak masakan sungai itu keruh jika tidak ada sebarang aktiviti di muaranya. Setahu Ocoi tidak adalah pembalakan atau penerokaan di muara itu. Tetapi seperti kata MS terdapat aktiviti yang tidak diketahui dan sengaja disembunyikan dari mata umum.

Mungkin kayu-kayu balak dia keluar disebelah Ranau atau di Sook sana.

CJK said...

Mungkin juga keluar melalui Tambunan tu Ocoi. Selalu nya bila sebelah malam, banyak tu lori buta angkat kayu pigi Keningau. Lampu belakang langsung tak marak. tekejut saja ko tersuluh buntut lori yang sarat dengan kayu balak.

Off topik.

Sampion ko edit tu pohoto kan. Mo minta tunjuk sama sifu la ni.

ocoi said...

Heheee thanks CJK.. Tiang Tambunan.

Ba boleh ba CJK, kita bagi2 aja apa yang ada.. hehee.. belum ke tahap cifu ba CJK..heheee

 
 
 
 
Copyright © OCOI