TERKURUNG LAGI

Monday, April 13, 2009

Ada jambatan pun kalau macam ni tak guna jugakan.
Tidak habis-habis Ocoi dengan posting cam ni.
Tapi Ocoi memang suka posting-posting macam ni.
Bukan seorang aja Ocoi yang terperangkap dek banjir ni. Tuuu..
Mat lori yang besar-besar pun terpaksa akur dengan kekuasaan alam.
Sang Kancilpun ada juga di sini.
Tak sebijak dalam cerita juga pula ni kancil bila berdepan dengan banjir.
Sabar ajalah geng, kena akur kepada kehendak alam.
Kena tunggulah sehingga air surut.
Buat macam mana lagi, kalau kereta tu boleh transfer jadi perahu ka,
sampan ka, buaya ka.. bolehlah terjah air banjir ini.
Tuuu..jalan sebelah sana tu..agak jauh juga.. dalamnya satu cerita, deras lagi lain cerita.
Triton nipun tak berani juga ba.. Naaa apa lagi Yellow Perl tu..terpaksa akur juga. Kalau setakat licin biasa juga, dalam air 3,4 kaki pernah juga redah, tapi kalau dah main deras-deras ni...angkat tangan jugalah... masih sayang ba sama itu kereta..nanti hanyut..hehe..

Sabar ajalah kawan, beramai-ramailah kita di sini dulu.
Paras air sungai ni semakin naik ni.
Itulah, manusia selalu tak endahkan alam, tak beri kerjasama kepada alam. Mengganggu sistem yang ada. Alam pun pandai juga tunjukkan kuasanya kepada manusiakan. Yang ni baru kuasanya di tahap terendah ni...1 + 1 kata orang.

8 comments:

CJK said...

Nampak nya jambatan Ocoi tu runtuh juga seperti menyusuli jambatan jalan utama ke kebun saya yang dah enam bulan musnah. Sebenarnya jambatan seperti ini adalah tinggalan atau hasil kerja syarikat pembalakan dan bukan nya daripada kerajaan. Apa boleh buat, Ocoi terpaksa lah meredah sungai setiap kali ke distinasi. Belum tentu jambatan ini mendapat perhatian oleh kerajaan.

Seperti yang di kampung tempat lokasi kebun saya, JKKK serta KK sudah pun mengemukakan permohonan untuk membaiki jambatan sebelum itu kepada kerajaan tetapi sehingga jambatan itu musnah sepenuh nya, belum ada lagi tindakan yang diambil apatah lagi respond. YB pun tak pernah muncul walau pun sudah dimaklumkan. Akibat nya aktiviti penduduk di lima buah kampung dalam menjalankan kehidupan harian menghadapi masalah.

CJK lihat dalam gambar yang Ocoi post tu kelihatan seperti ladang kelapa sawit ja. Kalau ada syarikat besar pengusaha ladang yang melalui jalan itu, mungkin ada harapan lagi untuk minta sponsor, tapi jika ladang yang ada kepunyaan individu (penduduk kampung) alamat nya kena tunggu lama la tu. Paling tidak pun bertahun juga atau sempat lagi Ocoi habiskan tempoh yang disyaratkan sebelum dibenarkan transfer ke tempat lain.

Nasip Ocoi tidak kena ditempat yang hanya boleh dihubungi melalui sungai. Ba... saya ucapkan selamat bertugas kio.

Don MS said...

Sebenarnya, dalam setiap bajet tahunan... kerajaan ada memperuntukan peruntukan yang besar juga kepada kerajaan negeri Sabah untuk tujuan pembangunan dan pembaikpulihan infrastruktur, khasnya kemudahan-kemudahan asas di kawasan luar bandar. Namun peruntukan ini tidak diketahui kemana dibelanjakan... atau mungkin kerajaan negeri tidak tahu bagaimana membelanjakannya...??? Entahlah... mereka sahaja yang tahu.

Kita tidak nampak pun manfaatnya daripada peruntukan besar ini. Namun bila musim berkempen... nah ! Ini...itu... sana.. sini... kata-kata dan hujah terhambur dari mulut para wakil rakyat kita... kononnya kerajaan yang ada sudah banyak membantu rakyat... jembatan... parit... jalan... dan macam-macam lagi. MACAMLAH RAKYAT SABAH DI PEDALAMAN INI BODOH-BODOH SEMUA !
Padahal, semua itu tidak benar. Betul ada jembatan. Betul ada jalan raya, parit dan lain-lain... Tapi ANDA tengoklah sendiri... adakah jembatan yang ada itu macam "jembatan"? TIDAK ! Itu bukanlah jembatan... cuma titi. Tidak tahulah kalau wakil-wakil rakyat kita ni kurang faham apa beza jembatan dengan titi. Adakah jalan yang ada itu pula boleh kita namakan "jalan raya"? Tidak ! Itu bukan jalan raya. Itu tidak ubah seperti "denai" semata-mata... tempat haiwan-haiwan seperti kerbau, gajah dan badak lalu.

Betul kata CJK. Jalan itu bukan jalan kerajaan... itu jalan Kompeni! Yang hairannya, wakil-wakil rakyat kita yang sekali semusim datang ke kawasan-kawasan kampung di pedalaman... masih "tidak tahu malu" mengaku itulah hasil titik peluhnya... ADUSSS...!

Williborn said...

Betul,betulll... saya sokong pendapat kamu tu CJK & MS,..keadaan seperti ini kita sudah lihat dan rasa sejak kita kanak-kanak dahulu lagi. Maknanya sudah berdekad-dekad perkara ini tidak diperhatikan dan tidak dibuat perubahan oleh para pemimpin kita yang dipilih malahan pemimpin pun sudah silih berganti.

Saya sangat sedih dengan keadaan seperti ini dan kesian si Ocoi sebap terpakasa menerima hakikatnya Alam yang juga berpunca dari kerakusan dan ketamakan manusia itu sendiri, Manusia yang hanya mementingkan keuntungan dan kekayaan. Sepatutnya merekalah yang harus bersimpati dengan keadaan disitu sekarang atau sebaiknya mencurahkan sedikit bakti (Membaiki jalan dan membina jembatan yang lebih kukuh)tanda terima kasih kepada orang kampung kerana menggunakan jalan dan jembatan ini sehingga mereka menjadi kaya-raya.

ocoi said...

Terima kasih atas komment2 kamu CJK, MS dan Williborn.

CJK, beginilah keadaan kita ni, ada jembatan..runtuh.. dan betul seperti kata CJK, jembatan itu hasil peninggalan kompeni balak yang telah meragut hasil bumi Sabah suatu masa dahulu. Biasanya jembatan2 begini tak akan mendapat perhatian pihak kerajaan..lainlah kalau jembatan itu terletak di tengah2 bandar KL. Pokok K.Sawit itu milik persendirian aja CJK. Sebenarnya laluan ini menjadi jalan utama oleh syarikat ladang tetapi semuanya tahu lalu sahaja.

MS, kita pun tidak tahulah pi mana peruntukan berbilion yang selalu menjadi tepukan hangat untuk pembangunan luar bandar di negeri ini. Rasanya setiap pembentangan kewangan ada sahaja itu ini peruntukan yang diumumkan tapi jangankan seratus hari... sehingga kini ungkapan sakti itu tak kelihatan pun hasilnya. Memanglah ocoi sendiripun rasakan pihak berwajib tidak tahu membezakan beberapa hal, asal kereta boleh lalu sudah dikatakan jalan raya, asal boleh meniti dikatakan jembatan, batang kelapa nan sebatangpun dikatakan jembatan, dua tiga pintu kedai sudah dikatakan pekan dan dijadikan daerah penuh...Apa punya penilaian begini???

Williborn, betul kata kamu, kerakusan para pemimpin politik, kompeni2 balak dan syarikat2 ladang ini sama sahaja. Mereka mengaut keuntungan berjuta ringgit hasil dari alam yang mereka binasakan. Mereka tak pandang keperitan orang kampung yang berhampas pulas mencari sesuap rezeki. Tak ada rasa terima kasih kepada penduduk kg yang mengundi dan memberi mereka kerja sebagai wakil rakyat. Setiap perhimpunan parti,setiap kali kempen pilihan raya bukan main lagi mengatakan bahawa di sana sini telah dapat dimajukan..sehingga ada MP yang sanggup mengatakan di kawasannya telah ada lapangan terbang..pada hal gelangang bola tampar yang dipohon oleh masyarakat kampungpun tidak mampu ditunikan. Inilah pembohongan peringkat tertinggi yang Ocoi pernah dengar.

Don MS said...

Memang YB yang sanggup berbuat demikian memang tidak layak menjadi "pemimpin" atau wakil rakyat. Kalau dia berani mengaku ada apa yang sebenarnya tidak ada.... maknanya dia ni memang jenis "pembohong besar" dan dia memang beranggapan bahawa rakyat yang memberinya undi kemenangan tu adalah "bodoh-bodoh" belaka.

Jadi, dalam PRU yang akan datang... tak payahlah undi dia lagi. Tukar ! Cari pemimpin lain yang lebih berwibawa memimpin dan membela rakyat. Bukannya pemimpin yang berwibawa dalam soal menipu... membohong... dan memperbodoh-bodohkan rakyat !

Cantas pemimpin yang macam ni !

ocoi said...

Ocoi setuju dengan pendapat MS. Sememangnya tidak layak jadi pemimpin. Pemimpin yang Ocoi maksudkan ini memang top, di dewan Perlimen pun dia bercakap macam dalam balai raya kampung2 aja. Waktu dia kata ada lapangan terbang di kawasan diapun di dewan perlimenla juga tu.. betul2 mau kasih bodoh2 rakyat.. sampai sekarang nipun Kinabatangan mana ada lapangan terbang???? Betul2 mcm2 ada.

DrKong said...

wah...bagus ko ni Ocoi...
macam wartawan di pedalaman sudah ni. teruskan kasi posting macam ni, orang lain terutama tu YB YB besar dapat nampak macam mana keadaan sana ..

ocoi said...

Hehee.. saja tak tahan melihat dan dengar bicara orang politik ni ba kong. Entahlah apa da jadi dengan politikus tempatan kita ni. Mungkin YB,YB kita ini anggap rakyat pedalaman ini bodoh sangat sehingga tidak dapat menilai mana yang betul dan tidaknya. Dulu betullah, rakyat di pedalaman ini dengan tangki dan tandas biru sahaja da jadi kelabu mata, tapi kini masayarakat pedalaman da berubah..

 
 
 
 
Copyright © OCOI