PERJALANAN RUTIN OCOI

Friday, April 10, 2009

Ini adalah jalan-jalan utama Ocoi. Jalan yang menghubungkan perkampungan nun jauh di Ulu Kinabatangan ( Penangah, Masaum, Mengkawago, Alitang, Soguon,Tampasak, Minusuh, Namukon, Maliau, Menanam, Napagang, Langkabong, Tinopikon dan beberapa buah kampung lain yang tak tersebut) dengan Pekan Telupid. Sememangnya bagi mereka yang pertama kali melalui jalan ini pasti pelbagai keluhan dan sumpah seranah akan terlontar dari bibir mereka.
Apapun bagi Ocoi, keadaan jalan begini sudah menjadi satu rutin yang menyeronokkan. Ia akhirnya menjadikan Ocoi rasa tak best pula jika tak ada jalan-jalan yang kurang elok begini.
Banyak kebaikan juga bila ada jalan-jalan yang kurang baik ini. Antaranya, tak adalah haiwan seperti ayam, itik, anjing, kucing, arnab, tikus, biawak, katak, kambing atau lembu yang mati katak terbangkang di jalan raya kerana terlangar dek kenderaan yang mahu cepat sampai atau sengaja dipandu dengan laju. Satu lagi, jalan yang tak elok begini juga akan memberi peluang kita berkenalan dan menambah jumlah kawan disamping memupuk semangat tolong-menolong. Yalah, kalau kereta kawan dah tersangkut kenalah tolong dia, kalau tak berjam, bermalam lah jadinya.
Jalan-jalan begini juga akan menguji kelasakkan kenderaan yang kita pandu disamping menguji keberanian dan kecekapan pemandunya..hehehee.. Itu yang best tu. Kereta Ocoi juga sebenarnya kalau setakat terjun parit dan jatuh dalam lubang jambatan, masuk sungai dah menjadi kebiasaannya. Entah berapa lama lagilah Yellow Pearl itu bertahan dengan jalan-jalan begini.

8 comments:

D.L Sumunie said...

wah macam laluan camel trophy oh kan ocoi...viva sumunie enda bule lah kalau mcm itu...he he

ocoi said...

Hehehe..itu baru laluan camel trophy kelas 3 ba tu sumunie.. Viva? boleee..tapi kena tariklah hehee..

Lala said...

mungkin kereta 'kuyung@pagung' bule limpas...karas dia punya body...hahaha

ocoi, satu hari nanti, kalau panjang umur lah, boleh kah pergi jalan-jalan tempat kau?

CJK said...

Alala... Ocoi, Macam jalan pigi kebun saya oh. Bila saya nampak jambatan kayu balak tu, teringat saya jalan utama sebelum masuk pigi kebun saya tu. Mula nya patah dua batang, tapi masih boleh lalu lagi. Tapi sejak enam bulan yang lalu dah patah lagi sebatang. Habis tiada laluan. Kebun pun sudah tidak dapat masuk sampai sekarang. Terpaksa ikut laluan bawah jembatan tapi kalau banjir, putih mata lo...

Lala said...

haha ocoi...tenggelamlah keta kuyung kalo banjir kan...ish! inda bule pakai ni idea...hahaha

Don MS said...

Dipandang dari sudut positif, suasana kedaifan seumpama ini menggambarkan sifat-sifat alam semulajadi di sekeliling kita, yang perlu kita fahami dan selami asam garamnya... agar kita mampu hidup bersama-samanya; bukan untuk menaklukinya.
Dari sudut negatifnya... inilah kedaifan infrastruktur negeri Sabah yang sepatutnya perlu diperjuangkan oleh para pemimpin politik negeri kita, khasnya mereka (4 orang) yang telah diberi ruang dan peluang untuk duduk di "kerusi empuk" kabinet Malaysia yang terkini... YB-YB... fikir-fikirkan lah...

ocoi said...

Thanks atas semua komment2 rakan2 semua.

Kadazan man.., kecil tapak tangan negeri Sabah ini negara Malaysia Ocoi surungkan itupun kecil juga.. dengan kata lain Ocoi alu-alukan kedatangan Kadazan Man di tempat Ocoi ini.. Ocoipun kalau ada rezeki dipanjangkan usia nak juga jalan-jalan di kota New York tempat Kadazan Man.. Tapi entahlah bila peluang dan ruang itu akan tiba.

CJK,bagus kamu ada kebun..ocoi ni nama aja tinggal di pedalaman sekengkang kara tanahpun tak da.. apa lagi kebun. Pasti kebun CJK ni dipenuhi buah-buahan..bila musimnya tu ya??? atau pun dipenuhi oleh berhekter2 kelapa sawit atau getah...hehee...

Lala, kalau kerte kuyung..ko bagi aja kat Ocoi, nanti ocoi dapat juga pi pamer jadi kerte antik. Jangan bawa pi tempat2 mcm ni,nanti jadi kura-kura menyelam terus tak timbul2 jadinya..

MS, betul cakap kamu. Entahlah..amacam dengan 4 kepala kita dari sabah yang membarisi kabnt baru msia ini. Harap2 dapat sesuatu yang barula kita di Negeri Bawah Bayu ini.

 
 
 
 
Copyright © OCOI