SELAGI ADA WAKTU..SATU KOLEKSI PERIBADI

Wednesday, April 8, 2009


Selagi ada waktu..Selagi ada nadi berdenyut.

Merupakan satu himpunan koleksi puisi dan cerpen hasil nukilan Ocoi. Latar waktu penulisan adalah di antara tahun 80an hinggalah ke masa kini. Segala persoalan yang cuba dikoreksi oleh penulis adalah berkisar secara langsung dengan sistem kehidupan masyarakat Malaysia selepas merdeka khasnya dari golongan muda (Pelajar). Ia juga memperagakan jiwa-jiwa romantis yang lahir akibat dari himpitan hidup yang serba kekurangan, kesepian dan perasaan rendah diri yang melampau.

Puisi-puisi yang terhasil berkisar secara langsung dengan rasa kecintaan kepada alam sekitar dan kehijauan yang holistik. Untaian rasa ketidakpuasan dengan hiruk pikuk politik semasa dan kebanjiran warga tanpa izin. Segala bentuk penolakan dan kesalan dihamparkan menjadi deretan bait-bait bahasa yang cukup lembut namun cukup menyentuh bagi mereka yang tak terlena.

Apapun adanya, catatan-catatan ini hanya mampu menjadi koleksi peribadi penulis, lantaran hanya satu dua dari puisi ini yang pernah diterbitkan oleh DBP Sabah suatu ketika dahulu walaupun kebanyakan puisi ini pernah menjuarai pertandingan puisi peringkat sekolah suatu waktu dahulu. Ia merupakan khazanah individu yang tak mungkin dapat diterbitkan. Melainkan wujud pihak tertentu yang meminatinya. Apapun bagi penulis, dengan terhimpunnya puisi dan cerpen ini sudah cukup manis dalam diari hidupnya. Seperti katanya,"Kita hidup kerana masa lalu yang ada, bukan masa yang belum tiba, kerana masa yang belum tiba, kita belum pasti masih ada" - Segala coretanku adalah ilmu yang telahku lihat dan pelajari. * Cover buku ini juga masih dalam evolusi penyudahan agaknya.

3 comments:

CJK said...

Ocoi, boleh komen sikit ka tu cover. Macam betapuk gia tu image penulis tu. Cuba ko kasi depan and biar tu gambar sumandak jadi background. Ops... siou, mengomen no ti ingga toilaa-laan.

Ba.. Bulih sudah ko jual buku tu. Belum try belum tau ka bogia tongoulun. Atau ko buat dalam bentuk cd. Mana tau pihak library mo ambil untuk rujukan sana multimedia section. Kos pun ada murah sikit berbanding cetakan buku.

Pendapat saya ja ni tau. He he.. kada kotogod kio tobpinai.

ocoi said...

Ponsikou tompinai..
Ya CJK, betul idea kamu tu. Walaupun sebenarnya ocoi sememangnya sengaja mahu sembunyikan imej penulisnya. Tapi mungkin ada baiknya juga jika imej itu diperjelaskan sedikit lagi dan kasih blur lagi imej sumandak tukan. Sedikit masa lagi.

Entahlah CJK, kalau jualpun rasanya takda yang mahu beli. Kata orang2 dari aliran sains, masa ni tak ada masa sudah mau baca2 puisi. Pruseder penerbitan bukupun Ocoi belum arif lagi. Buat dalam bentuk CD agak mudah tetapi tak pasti bagaimana buat agar ia kelihatan menarik. Nampaknya jadi koleksi peribadi ajala tu CJK.

Lala said...

betul komen c CJK 2 Ocoi...Saya setuju sangat andai cita2 ocoi ni menjadi kenyataan..saya memang meminati puisi2 ocoi ni...ada yang bikin kogogor tuundu undu, seperti dalam lirik2 lagu ocoi juga....satu permintaan saya, tolong upload cerpen ocoi yang pernah jadi juara di sekolah musim yang lalu..puisi?..boleh juga..andai kau sudilah...hehehe

 
 
 
 
Copyright © OCOI