DAMPAK KERAKUSAN MANUSIA KE ATAS ALAM SEKITAR

Saturday, May 9, 2009

Cetek dan kabut. Memang tak cantik dipandang
Hujan tak sampai sejam pada waktu malamnya, tetapi air sungai ini sudah luar biasa kabutnya. Apa yang telah berlaku sebenarnya dengan alam ini? Anda pasti tahu sebabnya.

Pertembungan dengan sungai utama. (Sg. Keramuak Tongod)



Ini adalah sebahagian aktiviti memusnahkan alam yang dilakukan oleh manusia. Entahlah, aktiviti ini didorong oleh perasaan tamak haloba ka atau kerana terpaksa. Rasanya kedua-duanya ada. Apa kata anda pula?
Inilah akibatnya jika manusia terlalu mengejar keuntungan. Kalau dalam air atau tengah-tengah sungai itu boleh tumbuh Kelapa Sawit atau Getah, pasti kena tanam juga tu. Sepatutnya keadaan begini tidak berlaku kerana ia akan memusnahkan sungai itu dan penghuninya. Sebenarnya telah ada sukatan atau ukuran sejauh mana seseorang itu boleh meluaskan/membersihkan tanah mereka yang berhampiran dengan sungai. (Rakan Blogger yang tahu dengan pasti ukuran itu tolong gi tahu Ocoi dan mereka yang belum tahu ya)

Inilah dampak atau kesannya bila hutan-hutan di tepi sungai ditebang atau diganggu gugat.
Air yang dahulunya begitu cantik dan dalam tinggal batu-batuan sahaja kini. Tidak sampai sebulan kemarau, air sungai ni pasti menjadi kering kontang.
Sepuluh tahun yang lepas, Ocoi pernah bermandi manda di sungai ini. Airnya jernih dan dalam, anak ikan jelas kelihatan. Jadi persinggahan untuk mandi manda. Kini..., semuanya tinggal kenangan cuma. Waktu ini jangankan mandi, cuci tempurung lutut kaki pun tak dapat.

9 comments:

Don MS said...

Memang sedih melihat keadaan sungai dalam gambar-gambar ni, Ocoi. Beginilah realitinya di mana-mana tempat di negeri Sabah, yang kononnya masih luas kawasan hutan dan kawasan tadahan air... kata kerajaanlah. Saya yakin 90% daripada sungai-sungai di negeri ini telahpun menerima kesan pencemaran akibat daripada pelbagai aktiviti manusia.

Negara Malaysia dengan jelas memberi isyarat bahawa soal menjaga khazanah utama negara (sungai dan hutan) ini, perlu dipertahankan. Ini terbukti dengan penggubalan pelbagai peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Antaranya ialah:
1. Akta Air 1920 (Cap 146) (1989)
2. Akta Fungsi Kementerian (1969 (Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1990): Peranan JPS dalam pengurusan sungai berkenaan tebatan banjir dan pemuliharaan sungai
3. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974: (1985)
4. Akta Perhutanan Negara 1984 (Peraturan Perhutanan 1986)
5. erintah Kualiti Alam Sekitar 1987 (Penilaian Kesan Alam Sekitar – Aktiviti yang Ditetapkan)
6. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis, Pembentungan dan Efluen Industri yang Ditetapkan): Minyak Sawit Mentah (1977), Getah Asli Mentah (1978), Pembetungan Dan Efluen Industri (1979), dan sebagainya.
7. dan ada banyak lagi yang telah digubal, telah diluluskan oleh Parlimen ataupun DUN dan juga yang sedia untuk dikuatkuasakan.

Malangnya bila sampai ke peringkat penguatkuasaan semua peruntukan undang-undang ini, akan berlakulah "ketirisan" dan ketidak patuhan yang melampau. Kebanyakannya dari pihak berwajib yang telahpun diberi amanah oleh negara untuk melaksanakannya. Perkara yang sangat sukar untuk menidakkan "keingkaran" ini adalah "RASUAH"! Sekali lagi saya ulangi... KERANA RASUAH! RASUAH ! DAN RASUAH...!

Bagi masyarakat kampung atau luar bandar pula, bukannya mereka tidak mahu patuh. Sebaliknya ketandusan informasi dan juga kefahaman terhadap undang-undang sedia ada yang berkenaan sungai, hutan, tanah dan lain-lain lah yang memerangkap mereka sehingga pada suatu ketika mereka "terdakwa" kerana "terlanggar" undang-undang. Salah siapa?

Wakil rakyat sendiri kebanyakannya "buta maklumat" dan hanya "celik politiking". Sudah lah tu... jarang-jarang sekali "turun padang melihat ayam-ayam dan itik-itik" di kampung. Yang dijaga hanyalah ular-ular, harimau-harimau dan buaya-buaya di bandar! Akhirnya? Pegawai-pegawai kerajaanlah yang akan dipersalahkan pula kerana kononnya tidak keluar masuk kampung untuk memberi makan pada "ayam dan itik".

Seperkara lagi, soal mendapatkan naskah undang-undang dan peraturan dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkenaan pula SATU HAL. Ia lah... maklumat-maklumat seperti ini adalah rasmi... rasiah... sulit... terperingkat... dan lain-lain alasan lagi. Betul lah tu... Tapi tidak adakah cara lain yang boleh diusahakan untuk menyalurkan maklumat-maklumat penting ini secara terus kepada orang kampung? Ada sebenarnya, antaranya melalui JKKK! Bekalkan salinan undang-undang kepada JKKK...Beri kefahaman kepada pihak JKKK... dan biar JKKK yang menyelesaikan yang selebihnya. CUMA MASALAHNYA... kebanyakan JKKK sekarang ini adalah "LANTIKAN POLITIK"... bermakna mereka ini kebanyakannya lebih mementingkan tugas "Menjek Boss" mereka berbanding berkhidmat kepada komuniti setempat. Kalau begini keadaannya... buntu juga akhirnya!

Adusss...! Pening kepala dibuatnya. Tapi apa pun, memang ada jalan mengatasi masalah ini. Yang penting ada kesediaan, keinginan dan kesungguhan daripada semua pihak yang berkenaan... Wakil Rakyat... Menteri...Pegawai kerajaan... kakitangan... syarikat-syarikat...orang kampung dan anda sendiri!

ocoi said...

Terima kasih atas kommen dan curahan ilmu yang MS berikan.Sesungguhnya kita adakalanya menjadi mangsa keadaan. Entahlah segalanya sebenarnya telah tersedia. Undang2 ada, tapi tidak dipatuhi atau tidak dilaksanakan. Akhirnya org yg tidak tahu apa2 yg jadi mangsa.

de engineur said...

di mana tempat yg ko amik pic ni Ocoi?

ocoi said...

Coi ambik pic tu di jalan kironggu Tongod, pedalaman Sabah ba tu de Engineur. Napa? Berminat? heheee

"Ustaz Janggut" said...
This comment has been removed by the author.
D.L Sumunie said...

Sumunie sedih tengok keadaan macam itu..siok bah blog si ocoi ni pemandangan sabah banyak. tapi itulah akibat angkara ketamakan manusia air sungai yang jernih pun jadi kabut..walaupun hujan enda lebat.:(

HoneyBUZZin said...

Sad Picture! Uhuk uhuk

ocoi said...

Sebenarnya di Sabah sudah semakin luput sungai2 yang jernih. Itu yang menyedihkan itu. Suatu masa, coi pasti semuanya akan tinggal kenangan jika tidak ada langkah drastik yang diambil.

de engineur said...

oh..gitu kah Coi? sya pernah pi kwsn kironggu tu. Lebih tepat lagi di hujunnnnnng karamuak tu limpas lagi entilibon/simpang. Memang habis balak ditebang oleh entah siapa?

 
 
 
 
Copyright © OCOI