SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH TONGOD 2009

Tuesday, May 19, 2009

Daerah Tongod 19 May 2009: Perayaan Pesta Kaamatan peringkat Daerah telah dilangsungkan dengan penuh kesederhanaan namun cukup meriah. Pelbagai aktiviti atau acara yang telah dipertandingkan seperti perlawanan bola sepak, tarik tali, pertandingan sugandoi dan acara yang tak asing lagi ialah pertandingan "Unduk Ngadau". Antara barisan kehormat yang hadir ialah YB Masiung Bana ADUN N47 Kuamut, Mantan YB Kuamut, Johnny Intang, Pegawai Daerah Penuh Tongod, Pegawai2 Kerajaan dan swasta, Ketua-ketua Kampung dan JKKK seluruh Daerah Tongod. Pesta ini diceriakan lagi dengan kehadiran 2 Artis Tempatan KadazanDusun (Artis Jemputan khas) yang juga merupakan Artis Evergreen idola Ocoi... Hahaaa.. siapa lagi kalau bukan....
Saudara George Lian
Francis Landong (GaAd)
George Lian Dengan Francis Landong sedang berentap.. sama-sama hebat, sama-sama mantap.

Persembahan Francis Landong memang mantap habis pada waktu ini. Beliau telah menyampaikan 4 buah lagu-lagu evergreennya secara non-stop sebelum menjemput saudara George Lian naik ke stage untuk berduet dengan Francis Landong dan seterusnya persembahan non-stop diteruskan oleh George Lian dengan beberapa buah lagunya., cukup hebat, tak sia-sia pegerusi penganjur menjemput mereka ni. Memang cukup terhibur sehinggakan VIP2 yang ada naik ke stage untuk menari bersama para peserta Unduk Ngadau.

Inilah sebahagian daripada aksi2 kedua-dua artis idola Ocoi ini. Mantap. Seluruh masyarakat Tongod rasa amat bertuah kerana kedua-dua artis yang amat dikenali oleh penduduk di kawasan ini melalui lagu-lagu mereka kini benar-benar di depan mata mereka. Tahniah kepada kedua-dua artis ini kerana menjadi penggerak utama kepada keceriaan dan kegemilangan pesta kaamatan peringkat Daerah Tongod 2009.

Ini pula adalah barisan peserta Unduk Ngadau sedang menunggu nama pemenang diumumkan oleh pengacara majlis.
Dan akhirnya.. inilah peserta yang mendapat tempat ke 3, ke 2 dan Unduk Ngadau Daerah Tongod 2009. Namanya nanti di Hongkod Baru kamu tahu.


Peserta Unduk Ngadau tempat ke 5,4,3,2,dan Johan.

Yang ini pula adalah Johan Sugandoi Daerah Tongod 2009, namanya kamu tahu juga di Hongkod nanti... heheee...
Yang ini si Ocoi dan kawan-kawan tangkap gambar bersama artis Idola Ocoi
Sempat lagi pi kacau dia orang buat persembahan ni... jangan marah ya george n GaAd. You are the great artis
Kawan-kawan bersama George Lian.

Kenangan Bersama Artis Idola Ocoi ni. Thanks a lot Mr. George and Mr. Francis. All the best a both of you. Sorryla, pic tangkapan guna hp murah ni tak pula terang. Ocoi belum mampu beli camera canggih ni...heheee

9 comments:

Don MS said...

Fuulamakkkk... bukan main lagi ko Ocoi...
Dapat peluang ko bersama si GaAd dan George Lian ah... Jelesnya urang-urang macam saya ni.... hu..hu..

Bah, apapun... itulah kelebihan perayaan Pesta Menuai bila disambut mengikut Konsep tradisional yang masih "suci" dari segi nilai dan originality perayaannya. Kita akan rasa bahawa itulah budaya kita... milik kita... yang diwarisi dari zaman nenek moyang kita...

Jangan haraplah jumpa kemeriahan seperti ini dalam sambutan perayaan Pesta Menuai peringkat kebangsaan. Nilai keasliannya saya jamin tidakpun sampai 20%... kerana kebanyakannya telah dibuang... diganti... ditapis... dan disesuaikan dengan nilai yang kononnya bersifat "kebangsaan"... Tapi sebenarnya, tidak lebih daripada sekadar perayaan "hambar" yang dibentuk mengikut acuan aspirasi politik dan politikawan.

hu..hu..hu... :-( Harap-harap keaslian Perayaan Pesta Menuai ini mampu bertahan sedekad lagi... dalam suasana kecelaruan identiti bangsa Malaysia yang kian ketara di negara kita....

Don MS said...

Ocoi... macam dalam gambar tu ada gambar YB AP Kinabatangan... adakah dia datang? Macam tiada dalam senarai VIP yang ko sebut ja...

gracie said...

wah nmpk lagi meriah daripada peringkat sandakan punya (10 Mei '09)

betul blg c malaikatsesat 2..sambutan pesta menuai peringkat yg lbh besar suda byk kena TAPIS, lama2 jadi boring..sbb suda jadi acara yg sama dgn acara kebudayaan yg lain..sedih aku tgk..

ocoi said...

Betul MS, sepatutnya AP Kinabatangan itulah yang merasmi kaamaatan itu tapi, entah mana dia menghilang, pi tandas perlimen kerana sakit perut kali.. Eh malas coi mau cerita hal ini org yg ocoi tak gemar langsung ni. Coipun tak banyak ikut perkembgn dia..

ocoi said...

Keaslian Kaamatan pkt kbgsan memang da banyak berubah dari asl perayaan itu. Itu tak ubah sebagai kaamatan org2 politik dan org tertentu aja. Mungkin lebih sesuai dikatakan kaamatan rampaian sahaja kali tu.

ocoi said...

Betul tu gracie, apa-apapun kena tapis kalau kita ni. kuat betul tapisan.. sehingga ia mengubah keaslian asalnya... bayangkan.. dalam pesta kaamatan tiba-tiba ada pula poco-poco yang keluar. Dulu mana ada semua tu. Mungkinlah ia satu pembaharuan yang mengikut tren semasa tetapi bagi ocoi ia hanya mencacatkan keaslian pesta itu.

Lala said...

hai ocoi...aramai and meriah kamu d sana ya...tida membawa lagi ba kan...tia pa yg penting hapi...hahaha..c runsab pun kelaparan..kanapa ko tia bawa dia p makan2kah!!!!apa2 pun hapi kaamatan..cuma sa jeles ko dapat paluk c GaAd penyanyi pujaanku...tia pa nanti sa jumpa c GaAd sendiri aja...hahahaha

de engineur said...

err..mcmana george lian pun ada sana Coi?
Sya mmng minat dgn suara dia tu.

oyok said...

kotobian tadau kaamatan kio..sna sni pon mkan free..hek3

 
 
 
 
Copyright © OCOI