CURAHAN MINDA ABSTRAK

Saturday, March 14, 2009


Lukisan abstrak adalah antara lukisan yang Ocoi paling minati selain daripada lukisan alam semulajadi. Manakala, figure manusia adalah yang Ocoi paling tak gemari. Entahlah, sukar nak terangkan apa sebabnya, tapi mungkin lebih mudah memberi jawapan jika katakan sahaja tidak pandai/tidak tahu. Mana tidaknya, jika sepuluh wajah yang Ocoi lukis hanya satu atau dua sahaja yang jadi, selebihnya jadi penghuni tong sampah..hahaa...

Lukisan bagi Ocoi tak perlu cantik, apa yang penting ia boleh menyampaikan mesej atau aspirasi rasa pelukis itu. Ini kerana lukisan bagi Ocoi adalah umpama bait-bait puisi, dimana tidak semua orang akan faham apa yang cuba disampaikan oleh si pemuisi. Sebaliknya ia umpama rentetan dan rakaman cerita bagi si pelukisnya/pemuisi, kerana setiap lukisan yang terhasil di atas kertas lukisan atau kanvas adalah paparan minda si pelukis. Ia merupakan rakaman sejarah dari diari kehidupan si pelukis / penyair.

Dalam lukisan juga kita boleh ceritakan apa sahaja, boleh buat apa sahaja khasnya dalam seni lukisan abstrak. Kita boleh gambarkan apa sahaja walaupun mungkin hanya pelukis yang tahu dan memahaminya. Kita boleh gambarkan siapa sahaja, insan yang kita paling sayangi dan juga sebaliknya. Tidak ada siapa yang boleh halang atau dakwa kita kerana ia berbeza daripada kenyataan-kenyataan bertulis. Apapun aktiviti yang Ocoi paling minati ini, Ocoi sendiri sudah jarang sekali melakukannya secara live. Mungkin kerana semuanya kini boleh dilakukan di hadapan komputer sahaja. Tetapi hasilnya bagi Ocoi tetap tidak sama. Sesekali aktiviti ini Ocoi lakukan juga tetapi mengikut masa dan permintaan sahaja dan yang paling penting 'mood' di tahap yang terbaik baru boleh buat.

15 comments:

Lala said...

Nanti tolong lukis muka aku ya..biarlah muka kartun asalkan hasil sentuhan jari jemarimu...hahahaha....

ocoi said...

Hahaaa...ble bah kalau kau Lala..cuma takut2 muka kartun itu jadi muka keriut pula..hahaaa..maklumlah ocoi ni suka sangat kelainan...bagus jgn minta lukis..nanti kamu pingsan melihat hasilnya...kakakaaaa...

D.L Sumunie said...

sisumunie pun mau minta lukis ni...wah siok la siocoi..cipta lagu pandai, nyanyi pandai, melukis pun pandai...betul2 berbakat dalam seni...

Lala said...

hahaha...D.L Sumunie..kita terpaksa ikut giliran ni...Saya duluan bo...hehehe...kamu tingu dulu apa macam kejadian 'touching' c ocoi...tapi sumunie sy mo tambah satu lagi...ocoi juga pandai berkarya (penulisan:sajak,cerpen....).promote dia dulu..hehehe

ocoi said...

Hehee..jangan begitu ba kamu orang..macam tambah kembang pula hidung si ocoi ini.. tapi apapun cakap ajala tapi jangan minta lukis nanti kamu pingsan tengok hasilnya..hehee.. apa-apapun, thanks Sumunie,tq Lala..

shirley said...

ya2..lagi 1urang ni sini mo minta kna lukis.ba, apa kata ocoi buat kaunter, then rmi2 kta p amik numbur tggu turn kena lukis.hehhe..agree anyone?

Lala said...

im agree ni shirley...sy kan duluan minta lukis muka ni...ba marilah p manangkus sepa sampai dulu...ayuh...123!!!!

ocoi said...

Hahahaa...ada-ada aja kamu orang ni..ba mau sangat minta lukis ya..ba..setiap hari(Kecuali Ahad) ocoi buka kaunter kat pintu masuk Muzium Sabah silalah datang sana. Satu kali lukis ( bagi 1wajah aja) RM15.000. Siap dalam 15 minit.. Syaratnya, jangan tanya nama pelukis itu. kalau kamu tanya, wajah kamu tak jadi...kekekek..kalau tersasul atau tertanya juga..,jgn hairan jika dia tak kenal siapa Ocoi. Hahaaa....berbarislah kamu kat depan sana tu...hehee..( Tingdonggg!! Pesanan penaja: Kesahan maklumat ini diragui, sila abikan...tot..tot..tot..)

DrKong said...

atukkk....sa suka ni..
mau asah bakat lu menconteng...hehe

Lala said...

Sa tau sepa pelukis d muzium 2...pakai tupi ijau mcm songkok maitu urang Kota kinabatangn...mcmana sa tau sebab sa pernah minta lukis muka last year...hahaha..kalian kana tipu idup2 ma c ocoi.. tapi kalo mo butul2 minta di lukissss...jumpa ocoi aja...sebab baru aja c lala kana lukis ni..hehehe...memang muka macam kartun telebih lebih lawa,kiut,kimik pun ada...macam2 ada oo...kekeke...

ocoi said...

Hahaa..menconteng tukan Kong..Ocoi punya kegemaran ba..dulu time cikul pernah kena jemur kerana conteng bangunan dan buku rekod guru...lepas tu..tak pernah conteng mana2 lagi kecuali dengan kebenaran..hehee jadi baik la konon itu..pui! perasaan aja c ocoi ni.. Allaaa...Lala, ocoi baru mau buka kaunter kamu dah rosakkan..Oii..kami semualah bogia itu sana..kan kami sama2 datang dari UK..hehe..duluuu kami selalu buat di tamu minggu di jalan 2 Sandakan ba..kihoiiii aramai bo..

Don MS said...

alamak ocoi...
banyak betul permintaan sudah ni...
Sia pun macam minta juga lukis... tapi takut nanti "permintaan melebihi penawaran".. he..he..

Apapun, memang sesuatu yang unik ada pada Ocoi ni.... Itulah namanya artis. Bagi MS, seorang artis itu adalah yang tahu tentang keindahan... yang menghargai keindahan... dan yang mahu bercerita tentang keindahan... walau dengan apa cara sekali pun.

Bakat ko ni ocoi... sayang kalau terkubur begitu sahaja. Jadi, teruskan berkarya....

Mungkin kita tidak dilahirkan untuk menjadi "pemimpin" yang mampu menaburkan hujah dan kata-kata indah kepada orang lain di dunia ini... namun setidak-tidaknya kita masih ada ruang dan keupayaan untuk menimbulkan kekaguman manusia terhadap keindahan dunia ini melalui karya kreatif...

ocoi said...

Terima kasih MS..Ocoi berpegang kepada kepercayaan bahawa setiap insan dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan..'everybody have their own beauty' katakan.. Apapun.. bakat yang Ocoi miliki ini tidaklah seberapa berbanding dengan bakat2 yang ada pada MS,Badadang,Ronney,DD dan ramai lagilah yang lain tu. Bakat yang ada ini pun untuk santapan diri sendiri aja. Heheee..rakan2 di atas tu ada2 ada aja tu..jangan percaya..diorang kena kelentong oleh si Ocoi aja ba itu MS...hahhahaa..

checkout this work of art in new york. hanya mereka yang mempunyai permit dibenarkan meletak hasil karya mereka pada dinding bangunan ini.

http://kadazanmaninnewyork.blogspot.com/2008/05/grafitti.html

ocoi said...

Thanks Kadazan man..kerana memberi info pada ocoi yang pastinya tak tahu tentang hal itu. Sudi datang lagi k.

 
 
 
 
Copyright © OCOI