KEINDAHAN TERSEMBUNYI

Tuesday, March 24, 2009



Sekali pandang pokok ini langsung tidak menarik perhatian sesiapapun. Namun orang yang peka dan boleh meletakkan dirinya jauh ke alam semulajadi sebenarnya boleh melihat dan menikmati keindahan yang dimiliki oleh pokok ini. Kita harus memahami dan menikmati alam bukan dengan pandangan mata kasar kita tetapi dengan naluri seni yang ada jauh di lubuk hati. Sememangnya hal-hal sebegini selalu terlepas pandang oleh makhluk bergelar manusia.








Lihatlah lebih dekat lagi pokok ini. Pasti sahaja ada insan yang bergelar manusia mengatakan bahawa pokok ini tetap tidak menarik dan boleh ditemui di mana-mana pun jua. Ya itu pasti, pokok ini bisa sahaja ketemu di mana-mana dan tak begitu sukar mencarinya. Namun cuba lihat gambar seterusnya..




Naaa...ini close up dia... Mungkin ia biasa-biasa saja bagi orang lain tetapi bagi Ocoi ini pemandangan yang cukup menarik. Melalui pandangan dekat ini Ocoi rasakan berada pada suatu tempat dan mungkin jua pada suatu zaman silam, dimana sistem semulajadi bumi ini belum diganggu gugat oleh manusia. Di suatu zaman dimana rimba raya belum dicekik dan dirogol oleh perubahan semasa yang pasti sahaja dibauri oleh kerakusan, keegoan, dan ketamakan makhluk bernama manusia.



















Manusia dan alam sekitar sebenarnya mempunyai pertalian simbiosis. Manusia juga tahu jika tidak mempraktikkan amalan mesra alam, alam sekitar akan lenyap bersama semua komponen yang ada di dalamnya. Justeru itu, kita sebenarnya tidak ada pilihan lain selain daripada berkerjasama dengan alam sekitar. Bagaimana caranya? Jangan memusuhi alam, dengan kata lain sayangilah alam ini (mesra alam). Ocoi bukan menolak pembangunan, tetapi kita mempunyai cara agar kedua-duanya berjalan seiring jalan. Ya, melalui Pembangunan Mapan.


Tidak pasti jika generasi akan datang masih sempat menikmati keindahan yang pernah dimiliki oleh bumi ini..
Ocoi rasa prajudis tentang hal ini.

Persidangan Bumi mengenai Pembangunan Mapan pernah diadakan di Johannesberg, Afrika Selatan pada tahun 2002 dan sepakat menyimpulkan bahawa manusia tidak kira, dewasa, kanak-kanak, tua dan muda sebenarnya memerlukan pembangunan mapan. Namun Ocoi melihat hal ini tidak mungkin berlaku seandainya tidak ada amalan Mesra Alam dari penduduk planet bumi ini. Ingatlah bahawa kita sebenarnya bergantung hidup secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan alam sekitar dalam banyak hal.


7 comments:

Don MS said...

Saya selalu dan akan sentiasa mempercayai bahawa alam semulajadi adalah sahabat dan "teman setia" kepada segala makhluk Tuhan di bumi ini, khasnya manusia.

Namun setakat mana kesetiaan kita dalam persahabatan ini? Setakat ini manusialah makhluk yang paling banyak melukai bumi.Bumi kita kini sering meraung kesakitan apabila wajahnya dirodok dan digondolkan oleh kerakusan nafsu manusia.

Kepupusan spesis-spesis tertentu dari muka bumi itu adalah satu amaran dan rayuan bumi agar manusia menyedari kesilapan dan menghentikan pemusnahan..Namun manusia tidak juga sedar akan kedangkalan segala tindak-tanduk mereka...

Akhirnya... bumi kini mula menangis... melimpahkan segala kekesalan dan kekecewaannya kepada manusia... mamuntahkan segala dendamnya yang terpendam sekian lama... hingga di sana sini manusia dibanjiri... dikeringkan... dipanggang dan dimamah sampai lumat oleh kuasa sebenar alam semula jadi... yang selama ini dianggap lemah dan boleh diperlakukan sesuka hati oleh manusia....

Namun setelah semua ini terjadi... apakah kita sudah mulai sedar ???

ocoi said...

Ocoi sealiran dengan kamu tentang hal ini Bentara Sakti.

Kekadang Ocoi sendiri sakit dan parah melihat kayu-kayu yang da hidup beratus tahun,menyimpan segala rahsia alam tumbang menyambah bumi dalam beberapa minit sahaja. Ocoi geram melihat,mendengar jeritan-jeritan kebanggaan manusia yang berjaya menumbangnya.Ocoi geram dan meluat melihat gelak ketawa touke2 besar dan ahli2 politik yang terus mengenggam gumpalan wangringgit hasil dari kemusnahan alam semulajadi ini. Ocoi sedih melihat lereng2 bukit nun jauh di pedalaman sana terus dirodok dan dihiris oleh jari jemari besi jentera2 pemusnah alam. Kalau boleh rasanya nak bakar nak letupkan sahaja jentera2 itu bersama touke2nya..apakan daya Ocoi sekadar semut kecil yang hanya mampu melihat dan meraung..silap waktu terjepit terhampap pula oleh tapak-tapak kaki manusia yang bergelar pemimpin.

Namun Ocoi optimis seperti kata Bentara Sakti (MS), alam mempunyai kuasa yang tak terbatas...dan boleh bertindak balas terhadap kerakusan manusia dalam pelbagai aroma dan cara. Manusia sebenarnya sedar tentang hal ini,tetapi ia selalu dikesampingkan, ditendang jauh dari kehidupan seharian mereka... disikan dari tindakan seharian kerana harta wang ringgit dan kedudukan mengalunkan gemala tari yang amat indah di mata dan telinga mereka.

Apakah ini akan terus berlarutan tanpa satu titik pematian???..Rasanya ya...sehinggala manusia sampai ke satu titik bernama "KEMATIAN"

Williborn said...

Gambar Ocoi mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak williborn dulu dimana tumbuhan sebegini memang benar-benar menggamit hati dan perhatian... Walaupun ia sekadar tumbuhan penumpang pada pokok-pokok lain tapi banyak pengajaran dan gambaran tentang keindahan alam ciptaan Tuhan serta kesedaran pada manusia tentang bagaimana berkongsi hidup atau kasih sayang sesama kita atau orang lain.

Sayangnya semua ini perlahan-lahan hilang dan pupus untuk selama-lamanya kerana tiada lagi hutan yang telah berusia 100 tahun atau lebih pada hari ini. Memang amat beruntung kerana Ocoi masih dapat menatap tumbuhan seperti ini dikala kerakusan Orang-orang besar terus meranapkan hutan-hutan kita di sabah.

Bagi saya, kalau kita hormat kepada alam semulajadi sudah tentu kita mendapat kebaikan sepanjang hayat dimana tiada/jarang sekali malapetaka atau fenomena banjir berlaku...Tiada pencemaran dan kita akan senantiasa dapat menghirup udara yang bersih....

ocoi said...

Terima kasih Williborn,benar apa kata kamu itu. Kita semakin kehilangan warisan alam ini. Suatu masa nanti anak-anak kita tidak akan ada kesempatan lagi untuk menikmati semua ini. Ia akan tinggal cerita dan gambar menghias dinding semata-mata.

D.L Sumunie said...

Itu gambar hutan mcm virgin jungle cantik mesti sejuk suasana disana tu kan ocoi...:D

Lala said...

hijau...hijau...sejuk mata memandang...

ocoi said...

Betul tu Sumunine dan Lala.. tapi negara kita semakin kehilangan hutan dara... yang ada hutan berdarah sahaja..hehee...

Baik kalau ada kesempatan capturela awal2 hutan2 yang ada di negara ini.. hanya itu caranya kita simpan dan jaga ia... capture dan masukkan ke dalam frame gambar... jadikan sejarah alam... 200 tahun akan datang ia akan menjadi terlalu berharga tu...

 
 
 
 
Copyright © OCOI