Lihatlah lebih dekat lagi pokok ini. Pasti sahaja ada insan yang bergelar manusia mengatakan bahawa pokok ini tetap tidak menarik dan boleh ditemui di mana-mana pun jua. Ya itu pasti, pokok ini bisa sahaja ketemu di mana-mana dan tak begitu sukar mencarinya. Namun cuba lihat gambar seterusnya..
Naaa...ini close up dia... Mungkin ia biasa-biasa saja bagi orang lain tetapi bagi Ocoi ini pemandangan yang cukup menarik. Melalui pandangan dekat ini Ocoi rasakan berada pada suatu tempat dan mungkin jua pada suatu zaman silam, dimana sistem semulajadi bumi ini belum diganggu gugat oleh manusia. Di suatu zaman dimana rimba raya belum dicekik dan dirogol oleh perubahan semasa yang pasti sahaja dibauri oleh kerakusan, keegoan, dan ketamakan makhluk bernama manusia.
Manusia dan alam sekitar sebenarnya mempunyai pertalian simbiosis. Manusia juga tahu jika tidak mempraktikkan amalan mesra alam, alam sekitar akan lenyap bersama semua komponen yang ada di dalamnya. Justeru itu, kita sebenarnya tidak ada pilihan lain selain daripada berkerjasama dengan alam sekitar. Bagaimana caranya? Jangan memusuhi alam, dengan kata lain sayangilah alam ini (mesra alam). Ocoi bukan menolak pembangunan, tetapi kita mempunyai cara agar kedua-duanya berjalan seiring jalan. Ya, melalui Pembangunan Mapan.
Ocoi rasa prajudis tentang hal ini.
Persidangan Bumi mengenai Pembangunan Mapan pernah diadakan di Johannesberg, Afrika Selatan pada tahun 2002 dan sepakat menyimpulkan bahawa manusia tidak kira, dewasa, kanak-kanak, tua dan muda sebenarnya memerlukan pembangunan mapan. Namun Ocoi melihat hal ini tidak mungkin berlaku seandainya tidak ada amalan Mesra Alam dari penduduk planet bumi ini. Ingatlah bahawa kita sebenarnya bergantung hidup secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan alam sekitar dalam banyak hal.