SIAPA LEBIH LAYAK DAPAT GELARAN?(Review)

Thursday, December 4, 2008

Shah Rukh Khan
Jessica Alba
Ocoi yakin, ramai yang tertarik dengan isu ini dan tidak kurang yang mempersoalkan penganugerahan gelaran 'Datuk' kepada actor Bollywood itu. Shah Rukh Khan telah dianugerahkan gelaran ini di Melaka kerana dikatakan telah mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana berlakon di negara ini. Secara lojiknya adakah hanya Shah Rukh Khan artis dari luar Malaysia yang pernah buat penggambaran di negara ini? Kenapa mereka tidak dapat gelaran itu?? Atau pelakon-pelakon lain itu tidak sepopular beliau? Bagaimana dengan , Jackie Chan, ataupun Chief Wan yang telah mengembara ke segenap ceruk rantau untuk mempromosikan nama Malaysia atau Jessice Alba yang telah membuat penggambaran filem di Sarawak malah,menggunakan pelakon-pelakon orang iban . Jessice telah sanggup menjadi sebahagian Etnik Suku Kaum Iban, ini secara tidak langsung telah mempromosikan etnik itu di mata dunia, gaya hidup dan busana orang iban sarawak. Entahlah ocoi cetek sangat tentang anugerah-anugerah ala Malaysia ini. Ataupun kenapa tidak beri sahaja gelaran itu kepada badan pelancongan Malaysia?Mungkin ada alasan atau kriteria-kriteria yang tepat yang ocoi terlepas pandang. Tapi bukan kah penganugerahan 'Datuk' hanya untuk orang Malaysia sahaja?Kenapa dah tak adakah rakyat Malaysia layak dapat gelaran itu? hehehe.. susah-susah aja kan..bikin panas...Sorylah ocoi da takda cerita lain..singkap ajalah isu lapok ini.

0 comments:

 
 
 
 
Copyright © OCOI