SOKONGLAH ARTIS TEMPATAN KITA

Wednesday, December 10, 2008

Dapatkan di pasaran sekarang

Ocoi tak tahulah apa lagi yang hendak diupload dalam blog ini. Tak apalah Ocoi mahu kongsi dengan siapa aja yang sudi kongsi pendapat dan pengalaman dengan Ocoi. Dimulai dengan kisah diri ocoi. Ocoi memang dilahirkan dalam keluarga Kadazandusun dalam daerah Tamparuli Sabah, namun Ocoi membesar di dalam persekitaran rumpun yang berbeza. Kebanyakan rakan sepermainan,teman sepersekolahan ocoi bukan dari suku kaum Kadazandusun tapi 30% dari negara jiran kerana Ocoi membesar di pantai timur Sabah. Apapun Ocoi tak pula pernah hilangkan kehebatan Ocoi dalam berbahasa ibunda yang telah diwarisi sejak lama dahulu walaupun bahasa itu bukan diwarisi tetapi dipelajari.

Dewasa ini Ocoi amat terkilan, kerana ada anak muda (generasi lamapun ada juga) yang bukan tidak tahu bercakap dalam bahasa ibundanya (Kadazandusun) tetapi malu mengungkapkannya (yang benar-benar tidak tahupun ada juga). Lihat latar belakang bukan juga lahir di Eropah (ada juga yang lahir di Eropah tapi masih fasih berbahasa Kadazandusun).

Ocoi pernah menumpang kereta seorang teman dari Sandakan ke K.Kinabalu.Teman Ocoi itu 101% dari suku kaum Dusun. Sepanjang perjalanan dia hanya memainkan lagu-lagu Inggeris, Ocoi rasa bosan (bukan kerana tidak faham) lalu meminta dia pasangkan lagu tempatan. Malang sekali jangankan ada satu cd atau kaset, sepatah perkataanpun tak ada. Ocoi tanya kenapa tak beli? Dia kata memalukan saja kalau pasang lagu tempatan.. muziknya asyik sama saja.

Pernah pula Ocoi menumpang bas lanun (Pirate) milik bugis dari Telupid ke Sandakan. Ocoi hairan kerana lagu 'Proton Saga Kelabu','Sayang Kinabalu', 'Adaa' dan beberapa lagu tempatan yang lain yang Ocoi tak ingat tajuknya asyik berkumandang sepanjang perjalanan. Entahlah mungkin itu satu taktik business mereka kerana kebanyakan penumpangnya orang kampung. Hehee..mana silapnya orang kita ini????

Ocoi bukan artis, Ocoi juga buta muzik, dengan kata lain Ocoi tidak tahu apapun tentang lagu dan muzik, tetapi Ocoi masih boleh mendengar, boleh menilai, dan sekurang-kurangnya mata belum buta untuk melihat, belum bisu untuk berkata-kata, jari-jemari masih sempurna untuk menulis ( walaupun jari bangku untuk memainkan sebarang alat muzik)

Teman-teman artis dan yang berkemahiran tetapi belum terungkap dalam penghasilan karya, janganlah pula cepat lupa diri. Gunalah, ungkapkanlah, suarakanlah bahasa ibunda semanis dalam lagu yang pernah anda lagukan. Jangan berat hati menjawab SMS rakan dan peminat, jangan sesekali tak balas tanpa alasan. Jangan terlepas kata kerana butir bicara anda sentiasa jadi halwa di telinga pendengar khasnya peminat anda.

Sekali lagi, Ocoi bukan artis dan mungkin tak layak untuk berbicara tentang artis tetapi Ocoi rasakan Ocoi masih ada hak untuk berkata-kata kerana Ocoi adalah peminat di atas nombor 1 lagu-lagu tempatan Sabah. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah hakikatnya bahawa ocoi tak pernah tak beli album terbaru artis Kadazandusun di Negeri ini. Tak kiralah siapa artisnya. Ocoi juga mempunyai koleksi kaset lagu-lagu lama Kadazandusun yang jarang sekali kita dengar hari ini. Ocoi pasti artis-artis muda Kadazandusun yang ada sekarang ini sendiri tidak milikinya.



Syarikat-syarikat rakaman pula janganlah memilih bulu dalam mempromotekan artis-artis keluaran mereka. Jangan kerana artis A lebih dikenali, lebih dekat dengan pihak syarikat maka promosinya lebih-lebih daripada si artis B yang baru mencuba arus dalam industri muzik. Janganlah kerana lagu-lagu si B tidak berapa sedap didengar maka ia tidak perlu dipromotekan.

Bagi para pendengar lagu-lagu Kadazandusun di seluruh Malaysia amnya dan negeri Sabah khasnya, marilah kita sama-sama menyokong industri muzik tempatan kita khasnya muzik dan lagu-lagu Kadazandusun. Memanglah, terlalu banyak lagu-lagu dalam pelbagai bahasa yang sedap-sedap di halwa telinga kita tetapi jika kita cintakan bahasa ibunda kita beli dan dengarlah lagu-lagu dalam bahasa ibunda kita ini. Ini kerana, kalau bukan kita siapa lagi yang mahu membeli dan mendengarnya? Harapkan mereka yang tidak memahami makna dan erti lagu-lagu itu membelinya?

Sokonglah artis-artis tempatan kita, kerana kalau bukan kita siapa lagikan? Dapatkan CD Audio, VCD MTV Karaoke di atas (sebahagian sahaja), dapatkanlah di pasaran sekarang. Jangan hairan CD tempatan pun dah ada yang copysusu sekarang tetapi dapatkanlah yang ori demi kesihatan industri muzik tempatan kita.

Hahaa.. yang ni sebahagian lagi VCD Artis2 tempatan Sabah (Selain di atas) yang terdapat dalam koleksi Ocoi.

Naaa..kan, nilailah, kan Ocoi walaupun bukan artis tetapi masih menyumbang kepada perkembangan industri muzik tempatan di negeri ini.. sebab artis keluarkan album pun kalau takda pembeli tak ke mana jugakan? hehe..sorrylah Ocoi da melalut-lalut ni.. Ori? hehe..semua VCD dan kaset yang Ocoi ada tak da yang main bakar-bakar punya tauuu.. tak caya? silakan berkunjung ke mini CD Ocoi..hehe.. Saudara/saudari artis-artis yang lain amacam? ada tak beli album teman artis lain selain album sendiri? Hehe.. jangan begitu saudara/saudari, belilah juga album teman-teman artis lain walaupun mungkin lagu atau individu itu tak sepopular/sehebat anda.

0 comments:

 
 
 
 
Copyright © OCOI