BESI BURUK OCOI

Thursday, February 12, 2009

Ocoi nak luah rasa tentang besi buruk ocoi ini. 3 bulan yang lepas ocoi masukkan besi buruk(Land Rover) di sebelah dengan deposit pembaikannya 96% telah dibayar dari jumlah upah pembaikannya. Mekanik itu kata boleh siap dalam sebulan. Tapi hingga ke saat ini nampak gaya besi buruk ini masih belum siap-siap. Mekanik dia punyai pelbagai alasan setiap kali ocoi melawat bengkelnya.Besi buruk ini sebenarnya dari jenis land rover old model, sebab itu ocoi mahu upgred dia sebab tak mampu beli yang new model punya pasal.Lihatlah gambar di bawah ini, itu part yang dah di tukar ( leafspring ke coilspring-ejaan salah ni). Enjin 3B pasang Turbo (itupun dia belum mula pasang lagi. Entahlah bila mau siap tu. Kalau boleh ocoi nak tarik aja pi workshop lain, tapi tarikpun tak boleh sebab belum ikat part2 yang da dibuka. Bukan apa, ocoi da tak sabar2 main lumpur lagipun bayaran da 96% habis bayar. Masalahnya mekanik tu da cakap boleh siap sebulan. Da berapa bulan belum juga siap-siap..lepas ni mau perbaiki body dia pula. Nampak gaya lamalah lagi ocoi baru boleh main lumpur ni.
Banyak masalah lagi kereta ni. pass dia da mati 7 tahun entah masih boleh hidupkan atau tak, ocoi benar-benar tak da pengalaman tentang itu. Mungkin ada rakan blogger yang boleh tunjuk cara kepada ocoi macam mana mau kasih hidup pass jalan raya dia ni (roadtax). Nama pun masih nama cina. Kalau tak boleh hidupkan jadi kereta hantu ajala benda ni. Bilalah kereta ni boleh jalan dan beraksi????

MTV KARAOKE VOL.ONE DARI LAURA PERIMUS @ LALA

Thursday, February 5, 2009

'Auh Nodi Koguli' merupakan album terbaru yang menampilkan seorang lagi pendatang baru dalam seni suara Kadazandusun di negeri ini. Beliau ialah Laura Perimus Toyan @ Lala. Berasal dari Apin-Apin Keningau. Beliau merupakan pemegang Ijazah sarjana muda dalam IT. Walaupun Lala menganggap bidang ini hanya sebagai hobi sahaja tetapi kemunculan beliau diharapkan dapat menyemarakan lagi industri seni khasnya lagu2 kadazan dusun di negeri ini.

MAKHLUK KECIL, HIDUPLAH SEBEBASNYA

Ocoi da kering idea untuk update ini rumah. Macam tak larat da. Tak tahu apa mahu dikongsi bersama. Apa yang pasti.. Ocoi memang suka sangat dengan makhluk-makhluk kecil yang berkongsi sama dengan manusia dan haiwan lain di bawah kolong langit ini. Sayang sekali hidup makhluk ini juga semakin hari semakin terhimpit dan tersepit dek peredaran musim semasa.
Mungkin Sang semut hitam ini sedang merintih menjerit. Sayang sekali tiada siapa yang mendengarnya.
Entahlah..., sampai bila agaknya seekor semut itu boleh terus hidup. Kalau hari ini ia tidak terpijak dek kaki manusia atau kenderaan, atau tak terhempap dek batang tumbang... pasti esok ia akan terus hidup lagi..esok dan lusa macam mana? Tapi semasa cari kayu api untuk unggun malam nanti , Ocoi telah terpijak 2,3 ekor da tanpa sengaja. Kasihan pula semut hitam itu. Maafkan Ocoi wahai semut-semut. Ini pula seekor burung, entah Ocoi tak arif dengan jenis-jenis burung ini..tapi ramai orang panggil burung ni burung aji aja. Sang burung ini pun tak pasti hidupnya esok, lusa, dan hari-hari seterusnya...kerana beberapa jam yang lepas ocoi melihat beberapa orang murid cicir sekolah yang membawa lastik burung masuk ke kawasan semak di belakang rumah tempat Ocoi tinggal. Sampai bilakah makhluk-makhluk kecil ini terus diburu? Mengapa tak biarkan ia hidup bebas semahunya?

 
 
 
 
Copyright © OCOI