HIJAULAH SELAMANYA

Sunday, August 9, 2009

Ocoi kembali lagi dengan alam, fenomena, fotomorgana yang Ocoi sangat minati ini. Di sini segala keresahanku terungkai.
Malangnya tempat-tempat begini semakin sirna di muka bumi ini.
Yang ada inipun sudah dicemari dan kian cetek. 20 tahun ke hadapan ini pasti semua ini tidak akan kelihatan sebegini lagi jika langkah-langkah penjagaan dan pemuliharaan tidak diambil dari sekarang
Air ini umpama kaca, jernih berkaca dipanah mentari dinihari.
Nun jauh kelihatan hijau biru gunung dan bukit. Indah dipandang walaupun sebenarnya ia semakin tercekik dan terhempit dek kerakusan manusia.
Aku ingin bersatu dengan seluruh alam ini. Aku ingin kembali bebas berlari dari rimba ke rimba. Dari sungai ke sungai.
Aku ingin miliki selamanya kehijauan dan kejernihan ini. Biar musim berganti, biar waktu berubah, janganlah hendaknya fenomena ini berubah.
Biar kekal untuk selamanya.

Selamatkan Bumi ini. Moga Kita Bisa Santai Lagi Dengan Alam Ini.

Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS)

Saturday, July 25, 2009

25.07.2009 - Sabtu, Ocoi berkesempatan menghadiri perjumpaan Agung SABAS yang telah di adakan di Dewan Sri Libaran Sandakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa, Aman Ketua Menteri Sabah. Beliau juga telah dianugerahkan gelaran sebagai "Tagajoh Gayoh" Dalam Majlis tersebut. Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat Ocoi rakamkan sepanjang majlis. Majlis ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di Daerah Sandakan sejak SABAS ditubuhkan lebih kurang 20 Tahun yang lepas.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh
seluruh kaum dari etnik Sungai di Negeri Sabah ini
termasuk Pitas, Membakut, Kinabatangan, Tongod, Sukau dan Sandakan Sendiri.
Sebahagian peralatan muzik Tradisional dari kaum ini.

Perjumpaan ini juga telah menjemput
beberapa artis tempatan yang tak asing lagi di Negeri ini.
Ampal ( Abu Bakar Ellah)
Connie Mickey Jangki
Patrick
Dan... tak ketinggalan Saudara George Lian yang sentiasa mantap.
Semoga terus sukses selalu tobpinai G.Lian

I HAVE NO IDEA

Monday, June 29, 2009

ANDAINYA KEMBALI (Nung Koguli Da)

Dari rimba ke rimba, dari gunung ke gunung,
Aku akuri bumi ini amat indah..
Nun jauh di sana, aku melihat hamparan biru..
Berselimutkan kabus embun pagi.. keindahan yang tak terungkap.
Namun semalam, mimpi ngeri menyapa....
Aku seakan hilang di bumi sendiri.. Ditenggelami kabus kesuraman
Bumiku pudar warna.., Pribumiku hilang takhta..
Hari ini aku terus mencari.. Erti nikmat di bumi damai
Meski kabus kian pudar.. Jauh menjauh ke lereng pergunungan..
Aku rindukan kehijauan.. tika usia di pagi hari..
Bumi ini mengasuhku.. mendodoiku..
Irama dan lagu kehijauan.. lembut mendamaikan..
Akan kembalikah damai itu????
Aku mencarinya..walau di hujung bumi..
Tolong bebaskan aku... Kembali ke lembah penuh kehijauan..
Aku ingin bebas berlari.. di celah-celah benir dan akar berjuntaian..
di lereng-lereng gunung..

Budak Hutan-30.06.09
Adohhh! pening kepalaku mau cari idea untuk update ini blog.
Ini ajalah idea yang ada ini. Tak ada informasi langsung, sekadar buka kerat fhoto yang da bertegar tak tertukar-tukar sekian lama. Apapun adanya, Ocoi masih percaya bahawa sekeping gambar boleh menceritakan sejuta rasa, peristiwa dan emosi insan.

 
 
 
 
Copyright © OCOI