Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS)

Saturday, July 25, 2009

25.07.2009 - Sabtu, Ocoi berkesempatan menghadiri perjumpaan Agung SABAS yang telah di adakan di Dewan Sri Libaran Sandakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa, Aman Ketua Menteri Sabah. Beliau juga telah dianugerahkan gelaran sebagai "Tagajoh Gayoh" Dalam Majlis tersebut. Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat Ocoi rakamkan sepanjang majlis. Majlis ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di Daerah Sandakan sejak SABAS ditubuhkan lebih kurang 20 Tahun yang lepas.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh
seluruh kaum dari etnik Sungai di Negeri Sabah ini
termasuk Pitas, Membakut, Kinabatangan, Tongod, Sukau dan Sandakan Sendiri.
Sebahagian peralatan muzik Tradisional dari kaum ini.

Perjumpaan ini juga telah menjemput
beberapa artis tempatan yang tak asing lagi di Negeri ini.
Ampal ( Abu Bakar Ellah)
Connie Mickey Jangki
Patrick
Dan... tak ketinggalan Saudara George Lian yang sentiasa mantap.
Semoga terus sukses selalu tobpinai G.Lian

12 comments:

Don MS said...

Wah, bagus acara macam ni. Dapat menonjolkan identiti warisan kaum sungai dan... dapat mengeratkan perpaduan.
Tapi, Musa Aman rasanya bukanlah orang sungai kan, Ocio? kenapa pula dia diberi anugerah macam "huguan Siou" itu ahh..??

Apapun, setiap suku kaum di negeri ini sepatutnya ada usaha menonjolkan identiti kaum masing-masing.. macam ini. Supaya orang tahu dan sedar akan kewujudan kita dalam negeri ini... tidaklah dipijak-pijak dan diabaikan kelak.

ocoi said...

Thanks MS, Kita sebenarnya sehati sepersoalan dalam hal ini, dan coi juga punya persepsi tersendiri dalam pemberian anugerah itu kpd DSP Musa Aman. Apa yang coi tahu YAB kita tu bukanlah berbangsa sungai. Entahlah Coi tak berani cakap bnyak, takut coi pula ni yg terlepas pandang.

Lala said...

ba bila lagi kita punya mo di buat mcm tu ocoi. mcm RIMUP pula ceta kamurang ni.......hehehe

Lala said...

marila kita buat persatuan kadazan,dusun dan murut...KDM...setuju?..mo sora ramai juga ni...atau memang da ada ni persatuan kali..adaka???

Don MS said...

memang sia sah dan pasti pasal tu Ocoi... setahu sia dia tu ada tali persaudaraan dgn YB Ayub Aman yang pamous masa PBS berkuasa dulu...

Orang Sabah lah tu... tapi ada keturunan Shah Rukh Khan bah tu... bukan sungai...he..he..

Don MS said...

ngam tu lala... KDM... jadi apalah rasanya anugerah tertinggi yang akan diwujudkan kelak???

Luguan Maayoh kali... he..he..

qarma said...

Untuk makluman semua, nenek perampuan CM adalah Nenek Miga, dari Kinabatangan, orang sungai campuran suluk. Manakala nenek lelaki beliau adalah orang afganistan bukan pakistan atau benggali. Bapa beliau adalah campuran afganistan/orang sungai/suluk, manakala ibu beliau adalah orang dusun.

Lala said...

ba sa tunggu c bro MS ja bertindak...sa jadi penyukung aja ni...heheheheheeeeee sa sangka c YBAyub aman ni adik beradik dengan CM..hehehehe

Lala said...

hai qarma, jadik CM kita ni apa bangsa dia?

ocoi said...

Entahlah apa sudah bangsa dia tu kalau cam tu qarma? Telampau susu da tu. Apa-apapun kalau dia pandai cakap sg blh kira dia org sg la kali kan.

Lala said...

alamak!! memang ada KDM ba kan, maksud sa kita mo kasi aktif ba...hehehehe

ocoi said...

KDM memang da wujud lala, da sekian lama tapi tak aktif, hidup segan mati tak mahu aja pertubuhan itu. Semua ini disebabkan tidak ada pemimpin di kalanan KDM yan benar2 komited dan berani memperjuangkan pertubuhan ini. Sehingga kini kebajiakn KDM di negeri ini seakan terus terabai sebagaimana pohon replika nunuk ragang di kg Tompios jalan Ranau-Telupid.

Ya MS, "Luguan Maayoh" heheee... coi kira kena cari satu nama lagilahkan MS.

 
 
 
 
Copyright © OCOI