TIKUS NOUNOS - BIKIN PANAS

Sunday, August 16, 2009

Petang tadi saya baru sampai di rumah tempat saya berteduh sambil cari makan selama ini. Rumah ini mempunyai 3 bilik. Malangnya hanya 1 bilik yang boleh digunakan sebagai tempat tidur. 2 bilik lagi hanya digunakan untuk stor serbaguna, itupun tak sesuai kerana bahagian atap dan lantainya bocor da. Pada waktu hujan memang tak selamat langsung. Buka pintu sahaja lubang hidungku diserbu oleh bau yang tidak menyedapkan. Pada mulanya saya hanya menyangkanya bangkai cicak. Namun bila saya masuk ke bilik tempat saya tidur dan tempat segala harta peribadiku.. saya terhidu bau itu semakin kuat dan lihatlah... itu dia.. punya besar itu ....Tikus tu tak sendirian, ia masih ditemani oleh anak bujangnya yang hampir-hampir pengsan. Kenapala tikus satu tu sanggup jaga tikus besar yang sudah dimakan ulat besar-besar tu? Kamu lihat ada seekor tikus sederhana besar di belakang bangkai tikus besar tu. Tikus tu belum mati lagi tu, tapi tak pandai lari sudah. Mungkin dia terlalu sedih tu.Itu semua tak kisahlah, tapi yang bikin panas, kenapalah tikus-tikus ini buat drama sedih di bilik saya nan satu itu? Kenapa tak buat di hutan ka, di pasar ka, di rumah sebelah ka...hehee...jangan marah ya orang sebelah. Atau sekurang-kurangnya buatlah di luar bilik saya.
Tikus-tikus, betul-betul kamu ini bikin panas. Kalau mau bunuh diri atau pun sakit tua janganlah buat di bilik saya. Tak berperibinatangan langsung tikus-tikus ini. Na.. kamu lihatlah dekat-dekat tikus nounos(basi) ini. Tak kan saya seorang aja yang melihatnya. Sudahlah saya hidu sorang-sorang.
Tak puas dengan jarak di atas? Naaaa.. saya zoom lagi kepala dia yang da mula mencair tu. Jangan takut, mata dia tak nampak lagi tu, sudah rosak. Tak perlu main tutup mata sudah.
Setelah saya buang bangkai tikus yang boleh membunuh wanginya itu, saya cari pula baldi untuk menyiram bekas tempatnya kerana aromanya bukan alang-alang. Rugi kamu tak terhidu. Bukan susah cari baldi. Na tu dia baldi warna diraja. Tapikan....., betul-betul bikin panas...
Tak sangka dalam baldi ini juga ada tikus yang mati lemas. Tikus nipun baunya bukan kepalang juga. Haiiyaaaa.... apalah drama yang tikus-tikus lakonkan di tempat tinggal ocoi ni... macam takda tempat lain pula. Jangan-jangan tikus nipun diancam oleh H1N1 kali...
Naaaa... kamu lihatlah jarak dekatnya. Da jadi gemuk tikus ini. Saya pun tak tahu macam mana tikus ni panjat pi bermandi-manda dalam baldi kuning yang masih berisi lebih kurang dua litter air sabun ni. Da tahu tak pandai berenang mau juga mandi sabun.
Bikin panas betul ni. Hilang terus selera makan ocoi. Harumannya tak pandai hilang-hilang. Macam manalah ocoi tidur ni. Macam tidur dengan bangkai pula ni. Waaaaaaaaaaa.... tolongggggg.. Takpala... anggap aja semua ini gurauan, tak ada kaitan antara yang hidup dan yang mati (tapi tikus tu tetap ada kaitan). Macam mana bagi hilang bau dia itu ya? Kawan-kawan tahu ka? Woahaaaaa... termuntah sudah saya ni... bau betul...

HIJAULAH SELAMANYA

Sunday, August 9, 2009

Ocoi kembali lagi dengan alam, fenomena, fotomorgana yang Ocoi sangat minati ini. Di sini segala keresahanku terungkai.
Malangnya tempat-tempat begini semakin sirna di muka bumi ini.
Yang ada inipun sudah dicemari dan kian cetek. 20 tahun ke hadapan ini pasti semua ini tidak akan kelihatan sebegini lagi jika langkah-langkah penjagaan dan pemuliharaan tidak diambil dari sekarang
Air ini umpama kaca, jernih berkaca dipanah mentari dinihari.
Nun jauh kelihatan hijau biru gunung dan bukit. Indah dipandang walaupun sebenarnya ia semakin tercekik dan terhempit dek kerakusan manusia.
Aku ingin bersatu dengan seluruh alam ini. Aku ingin kembali bebas berlari dari rimba ke rimba. Dari sungai ke sungai.
Aku ingin miliki selamanya kehijauan dan kejernihan ini. Biar musim berganti, biar waktu berubah, janganlah hendaknya fenomena ini berubah.
Biar kekal untuk selamanya.

Selamatkan Bumi ini. Moga Kita Bisa Santai Lagi Dengan Alam Ini.

Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS)

Saturday, July 25, 2009

25.07.2009 - Sabtu, Ocoi berkesempatan menghadiri perjumpaan Agung SABAS yang telah di adakan di Dewan Sri Libaran Sandakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Panglima Haji Musa, Aman Ketua Menteri Sabah. Beliau juga telah dianugerahkan gelaran sebagai "Tagajoh Gayoh" Dalam Majlis tersebut. Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat Ocoi rakamkan sepanjang majlis. Majlis ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di Daerah Sandakan sejak SABAS ditubuhkan lebih kurang 20 Tahun yang lepas.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh
seluruh kaum dari etnik Sungai di Negeri Sabah ini
termasuk Pitas, Membakut, Kinabatangan, Tongod, Sukau dan Sandakan Sendiri.
Sebahagian peralatan muzik Tradisional dari kaum ini.

Perjumpaan ini juga telah menjemput
beberapa artis tempatan yang tak asing lagi di Negeri ini.
Ampal ( Abu Bakar Ellah)
Connie Mickey Jangki
Patrick
Dan... tak ketinggalan Saudara George Lian yang sentiasa mantap.
Semoga terus sukses selalu tobpinai G.Lian

 
 
 
 
Copyright © OCOI