POKOK KRISMAS MALANG

Thursday, December 18, 2008

Ini POKOK KRISMAS yang Ocoi copy paste dari Blog si Ronny-Blog Bikin Panas ni... Apalah malangnya pokok krismas ni.. Menurut Blog Bikin Panas pokok krismas (dalam gambar) ini adalah hasil collectionnya dan teman-temannya yang merayakan Krismas. Pokok ini diletakkan di salah satu ruang pejabat mereka tetapi malangnya belum sampai 24 jam bos mereka dah suruh buka sedangkan gambar ketupat hari raya masih bergantugan di ruang pejabat mereka. Apalah salahnya pokok krismas itu diberi ruang paling tidak pun 7 hari sahaja. Maksud Ocoi biarlah sampai 25 Des. ini sahaja. Bukannya 7 minggu, 7 bulan atau 7 tahun pun. Ocoi pun tak faham, mengapa masih ada manusia jenis ini di bumi merdeka ini. Ocoi bukan melenting seperti yang dibuat oleh manusia-manusia lain di sebelah sana. Ocoi pasti, hal ini dah lama memanaskan dada akhbar jika bukan pokok krismas itu yang jadi objeknya. Dah banyak coretan dan jeritan BIKIN PANAS yang kita dengar di dada-dada media masa. Kitapun boleh buat macam itu juga tetapi jika kita yang bersuara pasti sahaja kita dicop sebagai memainkan isu sensitif, perkauman, sentimen keagamaan. Tapi Ocoi faham manusia profesional tidak akan berfikir sedemikian, tak profesional pun kalau memang memahami aroma etnik masyarakat Malaysia pun tidak akan bertindak dan berfikiran sesempit itu. Kalaulah semua ketua jabatan, menteri-menteri, atau bos-bos di Malaysia ini bersikap demikian hancurlah negara ini. Tidak hairanlah kalau keluar pelbagai jenama bentuk ketidakpuasan masyarakat minoriti yang wujud di Malaysia ini. Andai anda yang tidak secucuk dengan terpaan minda Ocoi dalam hal ini terbaca kenyataan ini, janganlah cepat melenting, jangan juga cepat memberi pengadilan moral yang cetek, cari punca dan kebenarannya dahulu. Malang sekali nasibmu pokok krismas, hadirmu tidak dialu-alukan malah dipandang sinis oleh manusia-manusia fanatik yang tak holistik hilang realistik tapi kata-kata penuh bombastik.

0 comments:

 
 
 
 
Copyright © OCOI