MENGHITUNG HARI
DETIK DAN WAKTU
Ocoi Facebook Badge
Ocoi On FB
Lala
CUACA SANDAKAN
!-end>!-weather>
LINK INI MUNGKIN MEMBANTU
BERITA TEMPATAN & LUAR
RAKAN BLOGGER SAYA
-
-
-
-
-
-
Kini ku kembali 2016.10 years ago
-
-
-
Kg. Tampasak Liwan, Tambunan12 years ago
-
RM75!12 years ago
-
-
-
Bontang : LOWONGAN KERJA PUPUK KALTIM13 years ago
-
-
Politik ooo Politik14 years ago
-
-
-
-
Happy Birthday To Me...14 years ago
-
-
-
-
-
-
RENUNGAN PESTA HARI KELUARGA KUDUS 27/12/200916 years ago
-
-
Cinta sejati....16 years ago
-
-
-
too serious too soon17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
PENGETAHUAN BARU MUNGKIN ADA DI SINI
MINDA
Keep your heart open to dreams.
For as long as there's a dream, there is hope,
and as long as there is hope, there is joy in living.
WAJAH-WAJAH PEDALAMAN
Tuesday, September 15, 2009












Daerah Tongod Kinabatangan:7 Sept.2009. Jika anda berkesempatan memasuki daerah Tongod - Jalan Penangah dan jalan Kironggu Tongod, anda akan melihat tompokan batu-batu di atas jalan raya ini. Sebenarnya himpunan batu ini diletak demikian rupa dengan tujuan memperbaiki jalan tanah merah yang menjadi jalan perhubungan utama para penduduk dari pedalaman Tongod keluar ke bandar Sandakan mahupun pekan Kecil Telupid. Masalahnya himpunan batu ini telah diletakkan demikian rupa berbulan-bulan lamanya oleh kontraktor terbabit. Akhirnya, jalan yang amat teruk ini bukan semakin mudah dilalui malah menyempitkan laluan ini.
Jambatan di bawah belumpun ada angin untuk diperbaiki, jambatan di atas ini pula menyusuli jambatan di bawah. Dan cerita yang sama, para pengguna terpaksa menggunakan jalan alternatif lain iaitu menyeberangi sungai yang pasti sahaja tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil. Jalan alternatif ini juga tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan pada musim hujan.
Satu-satunya jalan alternatif yang digunakan oleh penduduk dari Kg. Kironggu Tongod ke pekan Telupid. Berita tentang jambatan ini pernah menghiasi dada akhbar tempatan di negeri ini sedikit masa yang lalu namun sehingga kini tidak ada pihak yang bertanggungjawab tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah perhubungan para penduduk dan kakitangan awam yang ulang alik menggunakan jalan ini. Mungkin kerana ia hanya sekadar sebatang jalan pedalaman?
Ini merupakan sebahagian rumah penduduk kampung yang bergantung penuh kepada jalan-jalan di atas sebagai jalan perhubungan utama ke pusat-pusat kesihatan dan menjual hasil-hasil pertanian mereka.
Ini pula adalah tiang-tiang beruti yang telah dipacak selepas PRU yang lepas. Ia dikatakan tanda bagi tiang elektrik yang akan dipasang dalam masa yang terdekat. Maka pada waktu itu, ramailah penduduk dari pedalaman ini yang termimpi-mimpi akan sinaran lampu kalimantang. Hari berlalu musim berganti, sehingga kini cahaya elektrik yang dijanjikan belum kunjung tiba. Pada mulanya tiang-tiang ini berderetan dari Kg. Entilibon Tongod hingga ke Kg.Kironggu Tongod. Tetapi kini hanya tinggal dua tiga batang yang kelihatan terpacak. Mungkin sudah dijadikan kayu api atau penanda sempadan tanah oleh penduduk kampung berhampiran selain daripada jatuh dimakan anai-anai.
Posted by ocoi at 9/15/2009 11:26:00 PM 10 comments
IMPIAN 4 x 4
Monday, August 31, 2009
Tidak ada gambar sudah mahu bikin update ini blog. So, Ocoi pun ambil aja gambar-gambar yang Ocoi capture tahun lalu ini. Janji blog ada gambar baru.
Tidak ada gambar sudah mahu bikin update ini blog. So, Ocoi pun ambil aja gambar-gambar yang Ocoi capture tahun lalu ini. Janji blog ada gambar baru.Posted by ocoi at 8/31/2009 03:32:00 AM 6 comments
TIKUS NOUNOS - BIKIN PANAS
Sunday, August 16, 2009
Tak puas dengan jarak di atas? Naaaa.. saya zoom lagi kepala dia yang da mula mencair tu. Jangan takut, mata dia tak nampak lagi tu, sudah rosak. Tak perlu main tutup mata sudah.
Setelah saya buang bangkai tikus yang boleh membunuh wanginya itu, saya cari pula baldi untuk menyiram bekas tempatnya kerana aromanya bukan alang-alang. Rugi kamu tak terhidu. Bukan susah cari baldi. Na tu dia baldi warna diraja. Tapikan....., betul-betul bikin panas...
Tak sangka dalam baldi ini juga ada tikus yang mati lemas. Tikus nipun baunya bukan kepalang juga. Haiiyaaaa.... apalah drama yang tikus-tikus lakonkan di tempat tinggal ocoi ni... macam takda tempat lain pula. Jangan-jangan tikus nipun diancam oleh H1N1 kali...
Naaaa... kamu lihatlah jarak dekatnya. Da jadi gemuk tikus ini. Saya pun tak tahu macam mana tikus ni panjat pi bermandi-manda dalam baldi kuning yang masih berisi lebih kurang dua litter air sabun ni. Da tahu tak pandai berenang mau juga mandi sabun.
Bikin panas betul ni. Hilang terus selera makan ocoi. Harumannya tak pandai hilang-hilang. Macam manalah ocoi tidur ni. Macam tidur dengan bangkai pula ni. Waaaaaaaaaaa.... tolongggggg.. Takpala... anggap aja semua ini gurauan, tak ada kaitan antara yang hidup dan yang mati (tapi tikus tu tetap ada kaitan). Macam mana bagi hilang bau dia itu ya? Kawan-kawan tahu ka? Woahaaaaa... termuntah sudah saya ni... bau betul...
Petang tadi saya baru sampai di rumah tempat saya berteduh sambil cari makan selama ini. Rumah ini mempunyai 3 bilik. Malangnya hanya 1 bilik yang boleh digunakan sebagai tempat tidur. 2 bilik lagi hanya digunakan untuk stor serbaguna, itupun tak sesuai kerana bahagian atap dan lantainya bocor da. Pada waktu hujan memang tak selamat langsung. Buka pintu sahaja lubang hidungku diserbu oleh bau yang tidak menyedapkan. Pada mulanya saya hanya menyangkanya bangkai cicak. Namun bila saya masuk ke bilik tempat saya tidur dan tempat segala harta peribadiku.. saya terhidu bau itu semakin kuat dan lihatlah... itu dia.. punya besar itu ....
Tikus tu tak sendirian, ia masih ditemani oleh anak bujangnya yang hampir-hampir pengsan. Kenapala tikus satu tu sanggup jaga tikus besar yang sudah dimakan ulat besar-besar tu? Kamu lihat ada seekor tikus sederhana besar di belakang bangkai tikus besar tu. Tikus tu belum mati lagi tu, tapi tak pandai lari sudah. Mungkin dia terlalu sedih tu.
Itu semua tak kisahlah, tapi yang bikin panas, kenapalah tikus-tikus ini buat drama sedih di bilik saya nan satu itu? Kenapa tak buat di hutan ka, di pasar ka, di rumah sebelah ka...hehee...jangan marah ya orang sebelah. Atau sekurang-kurangnya buatlah di luar bilik saya.
Tikus-tikus, betul-betul kamu ini bikin panas. Kalau mau bunuh diri atau pun sakit tua janganlah buat di bilik saya. Tak berperibinatangan langsung tikus-tikus ini. Na.. kamu lihatlah dekat-dekat tikus nounos(basi) ini. Tak kan saya seorang aja yang melihatnya. Sudahlah saya hidu sorang-sorang.
Posted by ocoi at 8/16/2009 04:29:00 AM 15 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)











