Para peserta dalam Sodop Pisompuruan. Kelihatan Sifu Francis Landong berdiri di sebelah kiri berbaju hitam memberi komen dan pandangan beliau ke atas peserta malam tersebut.
TQ GaAD.
Keep your heart open to dreams.
For as long as there's a dream, there is hope,
and as long as there is hope, there is joy in living.
Posted by ocoi at 10/17/2009 07:18:00 PM
Kurenung bulu lentik matamu..
Di situ kutemukan rinduku..
Sepi..di dalamnya kita berbicara..
Membisikkan titis-titis kasih,
Pada sebuah renungan...
Benarkah itu seirama..??
Waktu ini...
Kunikmati lembut rentak tari rerambutmu,
Melambaikan cinta damai..
Pada rentetan-rentetan rasa..
Bisu tak terungkap..
Saat ini..
Kurenung.. seulas bibirmu..
Menghadiahkan segurun kerinduan..
Memercik selaut kehibaan..
Tika, waktu dan saat ini..
Kita... melukis, melakar kenangan..
Untuk kita usung hingga ke pusara esok..
Summer Cafe K'gau
08.05.1995
They have watered the street, It shines in the glare of lamps, Cold, white lamps, And lies Like a slow-moving river, Barred with silver and black. Cabs go down it, One, And then another, Between them I hear the shuffling of feet. Tramps doze on the window-ledges, Night
For Each Ecstatic Instant
For each ecstatic instant We must an anguish pay In keen and quivering ratio To the ecstasy. For each beloved hour Sharp pittances of years, Bitter contested farthings And coffers heaped
I See tahe Moon
I see the moon And the moon sees me; God bless the moon, God bless me and around the world..
Ocoi-08.12.08-Walai Sokid Liningkung Telupid
Id timpu-timpu osongulunan diti,
Pomusarahan gumuli kawagu,
Iso kinantakan e nakatalib,
D auh nodi koguli-guli..
Id timpu-timpu osongulunan diti,
Rumulan romou mato tumuru,
Kosorou nakatalib dipogulu,
D au nodi koguli-guli…
Timpu nakatalib,
Au nodi koguli poh,
Miagal sahap-sahap,
Norulun luyung tolinayad..
Id timpu-timpu osongulunan diti,
Karati oku do langadon oku,
Iso kinantakan ei nakatalib,
D au nodi koguli-guli….
Roiton/Sinding: Yaps PG @ Ocoi
Suminding : Lala@Laura Perimus@Toyan
Sk. Langkabong Telupid 2007
Semasa bersekolah lagu kebangsaan Negaraku akan dinyanyikan hampir setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Apabila melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi lagu ini akan dinyanyikan pada majlis-majlis yang tertentu sahaja. Apabila melangkah ke alam pekerjaan pula kekerapan menyanyikan lagu ini akan berkurangan melainkan syarikat tempat kita bekerja itu ada melaksanakan perjumpaan atau perhimpunan yang menyelitkan nyanyian lagu kebangsaan. Selain Bendera Jalur Gemilang, lagu Negaraku perlu dihormati sebagai tanda kebanggaan dan kesetiaan kita menjadi warganegara Malaysia. Di samping bangun dan berdiri tegak semasa lagu ini dimainkan, kita digalakkan menyanyikannya bersama-sama. Dukacita dikatakan tidak semua rakyak Malaysia yang menghormati lagu Negaraku. Masih ramai yang mengambil ringan malah ada yang secara terang-terangan memperlekehkannya. Ocoi selalu melihat fenomena ini berlaku di mana-mana juga majlis. Cubalah kita perhatikan reaksi orang di sekeliling apabila lagu Negaraku dimainkan. Kita pasti akan dapat melihat mereka yang dengan selambanya tidak menghiraukan lagu kebangsaan yang sedang berkumandang. Mereka ini akan terus duduk meneruskan apa sahaja aktiviti yang sedang dilakukan. Membaca, menghisap rokok, berbual atau sekadar duduk sahaja walaupun orang di sekeliling sedang berdiri. Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan perbuatan seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Taiwan telah memperlekehkan lagu Negaraku. Rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai taat setia dan hormat terhadap negaranya sendiri. Kitalah orang pertama yang mesti sentiasa bersedia untuk mempertahankan kedaulatan dan maruahnya bukan sebaliknya. Walaupun jika di negeri ini warga dari seberang lebih banyak dan besar saiz bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan pada setiap hari Kebangsaan ( 31 Ogos ) sama ada di rumah mahupun di kenderaan mereka. Tapi kita sebagai pribumi jenuin negeri dan negara ini ada alasan tersendiri mengapa harus masih sangsi dengan dasar patriotisme mereka.
Mengenang kembali asal usul lagu Negaraku membawa kita ke zaman sebelum merdeka. Lagu Negaraku sebenarnya berasal daripada sebuah lagu cinta, Terang Bulan. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memilih lagu itu untuk dijadikan lagu kebangsaan. Ahmad Merican, Lanthall, Croft, Bert Read, Alfonso Soliano dan Dol Ramli pula telah membantu mengolah semula lagu itu. Tunku jugalah yang mencadangkan supaya lagu tersebut dimulakan dengan pukulan drum. Sementara itu lagu Terang Bulan pula dipercayai berasal daripada sebuah lagu yang popular di Seychelles yang digubah oleh seorang komposer Perancis, Beranger sekitar 1870an. Lagu tersebut juga selalu dimainkan oleh kumpulan bangsawan Indonesia yang kenali sebagai Indra Zanibar atau Wayang Kassim semasa membuat persembahan di Singapura. Lagu yang diberi nama Stambul Satu itu menjadi amat popular dan turut dinyanyikan oleh kumpulan bangsawan lain sebelum namanya ditukar kepada Terang Bulan.Pada masa yang sama ketika itu lagu tersebut telah dijadikan lagu kebangsaan negeri Perak. Ini pun telah berlaku secara kebetulan ketika Sultan Idris dijemput oleh Ratu Victoria ke London pada tahun 1888. Ketika kapal yang membawa Sultan Perak berlabuh di Southampton, pihak kerajaan British telah meminta lagu kebangsaan negeri Perak untuk dimainkan semasa majlis sambutan diRaja. Raja Mansur yang mengiringi Sultan Perak memaklumkan beliau tidak ada membawa nota lagu tersebut tetapi boleh menyanyikan melodinya. Apabila Bandmaster tiba Raja Mansur telah menyanyikan melodi lagu kegemarannya yang pernah di dengar di Seychelles. Sebenarnya negeri Perak ketika itu tidak ada lagi lagu kebangsaan dan Raja Mansur berpendapat tidak berhemah jika memberitahu kepada kerajaan British sedemikian. Begitulah serba ringkas cerita di sebalik lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku-Ocoi
2 comments:
Fulamakkk... aramai tihhhhh!!
Apamacam Coi? Puas ati ni kali? dapat jumpa c GaAd kah?
Bagus juga program macam ni. Lagu Kadazandusun sudah banyak...betul tu. Cuma tidak kesemua masyarakat yang bertutur dan faham bahasa ini mengetahuinya. Mungkin adalah faktornya di sana-sini...
Bahasa kaum minoriti asli Sabah pula? Itulah yang perlu diketengahkan juga. Biarlah sikit-sikit... asalkan "sumikit" (menyala)sampai bila-bila...kan. Good Luck untuk usaha macam ni...
Belum puas ni MS, belum lagi sampai nekorulut sama si GaAD.Heheee... Puas hati ba.. adakah ocoi sedang sibuk ambil gambar dia sedang nyanyi tiba-tiba dia kata "Ocoikahhhh" Heheee.. orangpun heren siapa tu si ocoi.. heheee..tapi best juga sekurang2nya top juga nama ocoi.. cisss.. perasaan pula.
Betul tu MS, ocoi sendiri amat menyokong aktiviti sebegini untuk memperkenalkan bahasa2 yang terdapat di negeri ini. Apapun coi juga harap program seumpama ini dapat sambutan dari semua pihak.
Post a Comment