WAJAH-WAJAH PEDALAMAN

Tuesday, September 15, 2009



Daerah Tongod Kinabatangan:7 Sept.2009. Jika anda berkesempatan memasuki daerah Tongod - Jalan Penangah dan jalan Kironggu Tongod, anda akan melihat tompokan batu-batu di atas jalan raya ini. Sebenarnya himpunan batu ini diletak demikian rupa dengan tujuan memperbaiki jalan tanah merah yang menjadi jalan perhubungan utama para penduduk dari pedalaman Tongod keluar ke bandar Sandakan mahupun pekan Kecil Telupid. Masalahnya himpunan batu ini telah diletakkan demikian rupa berbulan-bulan lamanya oleh kontraktor terbabit. Akhirnya, jalan yang amat teruk ini bukan semakin mudah dilalui malah menyempitkan laluan ini.


Jambatan di bawah belumpun ada angin untuk diperbaiki, jambatan di atas ini pula menyusuli jambatan di bawah. Dan cerita yang sama, para pengguna terpaksa menggunakan jalan alternatif lain iaitu menyeberangi sungai yang pasti sahaja tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil. Jalan alternatif ini juga tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan pada musim hujan.


Satu-satunya jalan alternatif yang digunakan oleh penduduk dari Kg. Kironggu Tongod ke pekan Telupid. Berita tentang jambatan ini pernah menghiasi dada akhbar tempatan di negeri ini sedikit masa yang lalu namun sehingga kini tidak ada pihak yang bertanggungjawab tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah perhubungan para penduduk dan kakitangan awam yang ulang alik menggunakan jalan ini. Mungkin kerana ia hanya sekadar sebatang jalan pedalaman?


Ini merupakan sebahagian rumah penduduk kampung yang bergantung penuh kepada jalan-jalan di atas sebagai jalan perhubungan utama ke pusat-pusat kesihatan dan menjual hasil-hasil pertanian mereka.


Ini pula adalah tiang-tiang beruti yang telah dipacak selepas PRU yang lepas. Ia dikatakan tanda bagi tiang elektrik yang akan dipasang dalam masa yang terdekat. Maka pada waktu itu, ramailah penduduk dari pedalaman ini yang termimpi-mimpi akan sinaran lampu kalimantang. Hari berlalu musim berganti, sehingga kini cahaya elektrik yang dijanjikan belum kunjung tiba. Pada mulanya tiang-tiang ini berderetan dari Kg. Entilibon Tongod hingga ke Kg.Kironggu Tongod. Tetapi kini hanya tinggal dua tiga batang yang kelihatan terpacak. Mungkin sudah dijadikan kayu api atau penanda sempadan tanah oleh penduduk kampung berhampiran selain daripada jatuh dimakan anai-anai.

10 comments:

Unknown said...

Hai coi, cantik blog dengan kad raya tu, sya dah baca catatan baru ocoi..banyk cerita kita leh dibuat berunsurkan nasihat kpda umum.kita teruskan perjuangan laman maya ini. O! ya coi sila ambil lagi kad raya ciptaan saya sendiri ya..bule lah orang luar tengok sekali ..bye! salam damai.Moga ocoi sejahtera.from etuza peminat blog ocoi.

ocoi said...

Terima kasih etuza, coi akan ambil lagi ni.Tma ksih atas sokongan. Pada musim raya bandar sandakan tak menariklah etuza, tak da apa yang menarik yang perlu diceritakan. biasa sahaja. Apapun coi akan buat cerita juga tentang hari raya jika berkesempatan berkunjung ke rumah kawan2. Tapi nampak gaya kena bertugas pula semasa raya ini.

D.L Sumunie said...

Baru2 ini sumunie ada pigi kawasan kinabatangan meliputi telupid, beluran, nangoh, trusan sapi, paitan( naik bot lagi tu). Syok habis mcm sakai oh saya. sampai kawan saya cakap saya ni City Girl sebab berabis mau naik bot walaupun tempat yg di tuju boleh sampai kereta.he he he saya suka sangat2 masuk kampung pedalaman ada adventure....

ocoi said...

Sumunie,nanti coi bawa kamu dengan kawan2 kamu naik 4X4 masuk hutan pula,pasti lagi best cabaran dia. Tapi kena bawa samalah makan secukupnya mana tau ada jambatan putus. Heheheee..

Lala said...

sumunie, kalo nak masuk sekolah tempat lala kerja nah!!! itulah jalan2 yg perlu kamu lalui dan harungi.. hehehehe ocoi, berani kamu postkan bahan ni ye..takut ja wakil YB or Yb sana pengsan membacanya...hehehe apa2pun tahniah sebab blog kamu juga yg cuteeeeeeeee

ocoi said...

Memperkatakan apa yang benar memang menakutkan Lala. Tetapi membohongi kebenaran boleh mengecutkan jiwa kita. Ocoi bertanggungjawab sepenuhnya tentang apa juga yang coi hamparkan di sini.Segalanya Ocoi paparkan dengan cara berhemah dan pastilah coi mengharapkan pemikiran yang berhemah pula. Memang tak semua yang kita lakukan orang suka,namun tak semua orang tak suka dengan apa yang kita lakukan. Yang penting, lontar batu tunjukkan tangan.

Don MS said...

Sedih mendengar... sedih lagi melihat bukti ketidaktelusan dan ketidakcekapan pemimpin di kawasan itu yang telah diundi oleh rakyat di sana.

Janji sudah ditabur..Undi sudah diberi..kemenangan sudah diraih !

Malangnya setakat itulah sahaja yang ingin dicapai oleh wakil rakyat berkenaan. Benar! Mungkin ada usaha dibuat... tetapi jika sekadar "melepas batuk di tangga" sahaja, maka tiadalah impak maksimanya.

Wakil rakyat itu lebih gemar bercakap di Parlimen, dengan media dan dengan geng-geng dia sahaja... berbanding berjuang bermati-matian membawa perubahan di wilayah yang diwakilinya.Awal-awalnya memang seronok ditonton, tetapi jika begitu berpanjangan... semua orang akan bosan... dan mungkin akan "benci".

Sudah lebih semusim jadi wakil rakyat... PRU ke13 sudah hampir tiba. Tapi, gitu-gitu juga...

Melihat tompokan batu yang tidak diusik itu sebenarnya satu gambaran jelas tentang "ketidakcekapan" kepimpinan pemimpin politik di kawasan itu. Demikian juga dengan pancang penanda tiang elektrik itu. SUNGGUH MENYEDIHKAN.

PERLUKAH PENGUNDI DI KAWASAN ITU MEMBERI UNDI MEREKA LAGI KEPADA PEMIMPIN YANG BEGINI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI?
Sebaik-baiknya, JANGAN!

ocoi said...

Terima kasih atas lontaran idea kamu MS, ocoi memang minat dengan terjehan2 idea MS.Entahlah sampai bila kejelekan seumpama ini akan terus berlaku. Catatan2 ocoi nipun nampaknya tak lebih daripada coretan peribadi yang tak menarik perhatian sesiapapun, apatah lagi orang2 berwajib.

Don MS said...

jangan harap kesannya kita nampak sekelip mata Coi..
Apa yang kita lontarkan pada hari ini memang selalunya tidak dihargai esok hari...
Tapi Jangan putus asa... sejarah membuktikan bahawa idea-ida bernas Leonardi Davinci dulupun terima nasib yang sama. Tapi sekarang, ternyata idea itu sekarang amat dihargai oleh penduduk dunia sekarang..

ocoi said...

Betul tu MS. Ocoi tak mungkin akan berputus asa wlau tak ada siapa sekalipun yang dgr. Apa yang penting coi telah melontarkan pandangan2 dan coretan peribadi secara berhemah dan bertanggungjawab sepenuhnya keatas apa yang kita perkatakan. Meski adakalanya terdapat terjahan2 kontra yang di limparkan oleh individu tertentu yg suka baling batu sembunyi tangan dalam shoutmix coi. Heheee biasala tukan MS.

 
 
 
 
Copyright © OCOI