Malangnya tempat-tempat begini semakin sirna di muka bumi ini.
Yang ada inipun sudah dicemari dan kian cetek. 20 tahun ke hadapan ini pasti semua ini tidak akan kelihatan sebegini lagi jika langkah-langkah penjagaan dan pemuliharaan tidak diambil dari sekarang
12 comments:
AIR INI
Air inilah
Jika sebuah kampung menjadi bandar besar...
Jika sebuah keluarga menjadi sebuah komuniti...
Jika sebuah kebun menjadi sebuah ladang...
Jika sebuah warung menjadi restoran besar...
Jika sebuah bengkel menjadi sebuah kilang gergasi...
Jika seorang fakir megah dengan status jutawan...
Jika sebuah negeri megah dengan pencakar langitnya...
Jika sebuah negara dikenali dengan kemakmurannya di seluruh dunia...
Segalanya bermula daripada setitis air bersih...
yang kita pinjam cuma
dari jasad bumi...
Kini, mengapa kita tidak ingin
menjaganya...
memuliharanya...
mengekalkannya...
mempertahankannya...
melanjutkan kelangsungannya...
demi
generasi manusia dan segenap makhlukNya di muka bumi ini
sampai bila-bila...
Nukilan Khas untuk Ocoi dan Semangatnya, oleh :MS@BS 10 Ogos 2009
MS, coi terharu betul dengan Nukilan yang kamu beri di atas tu. Terima kasih MS. Ocoi rasa amat bangga sekali dapat nukilan seindah ini. Tak tahu apa mau cakap lagi ni. Pounsikou2...
Ocoi harap2 keadaan sungai dan hutan dalam gambar tu akan kekal untuk generasi akan datang walaupun ocoi tak berapa optimis tentang itu.
Wah!!puitis juga guru sejarah kita MS ni kan....sumarabak id ginawo..koguyu do tunundu...
coi...biru subur selalu, yang hijau...hijaulah selamanya..
lala.. memang bakat semulajadi c ms tu. persiapan mo jd guru sastera ting 6 nanti....
keep up the spirit ms!....
bah coi... jan lupa ajar bebudak mdeklamasi ni puisi....
Ya lala, burung biarkan tinggal di hutan, ikan biarkan tinggal di sungai. Yang biru biarkan biru subur selamanya, yang hijau biarkan terus hijau forever.
Si MS, setakat sastera form 6, tak perlu persediaan ba kan MS. Dia memang seorang guru yang serba boleh.
JF, coi sendiri mau belajar mendeklimasi ini karya si MS ni sebelum ajar itu bebudak.
wah cantik o coi..
mana gia tempat ni ah..
yg boy jadi model tu ocoi junior ka..hehehe
hahahaha JF....sa sangkakan hanya guru BM aja yg boleh berpuisi, rupanya hebat2 ni sifu membikin puisi ah...tahniah MS.....dan ko pula JF, tak maw bikin puisi BI ka??? ada tu yang di simpan2, bulum kuar lagi...sa tunggu ni....hehehe
hai Weljain@dark...ko teka mana c ocoi tangkap ni gambar?...sana kawasan tanah bin ladang sawit ko baitu....nah kan rupanya cantik juga ni alam semulajadi yang kamu pelihara sekian lama kan....nanti kita p berkelah di sana lain kesempatan kio...
coi....mana suda gambar jambatan gantung yang lawa tu...
ocoiiiiiiiiiiiiii...balas balik ba puisi c MS tu...hehehehe
Hai dark, hehee di jabatan gantung terbaru di sungai Karamuak ba itu,di bawah kita punya jalan raya. Hehee..model seksi tu siapa lagi kalu bukan Ocoi junior..hehe
coi tak pandai buat puisi macam c MS ba Lala.. ko buat bagi pihak coi ba...hehee
Post a Comment