KEMALANGAN JALAN RAYA LAGI

Saturday, January 31, 2009

Asyik-asyik kemalangan lagi. Benarlah kata orang bahawa malang tak berbau. Kelmarin 31.01.2009 di KM90 Jalan Sandakan - Telupid satu lagi kemalangan yang melibatkan pacuan 4 roda jenis double cab Toyota Hilux SR Turbo dengan sebuah kereta jenis Toyota GL yang dah agak berumur (Mungkin Seumur dengan kereta Ocoi tu kalau tak silap). Sayangnya ocoi lewat beberapa minit dari berlakunya kemalangan itu. Menurut mereka yang ada di tempat kejadian ini pada waktunya, Kereta pacuan 4 roda ini terlalu laju sehingga pemandunya gagal mengawal kenderaannya apabila tiba-tiba sebuah kereta (warna kuning itu ) keluar dari simpang ke jalan utama Sandakan - Telupid.


Ini dia kereta lawan Hilux double cap tu. Macam takda apa-apa ajakan kereta ni? Cuma nampak basah-basah aja, terkencing kali itu kereta itu terlalu terkejut mangkali itu kan. Ocoi tak sempat ambil maklumat lebih panjang sebab ocoi juga dalam situasi 'rush hours' time tu.

Sayang betul kereta inikan. Apakan daya semuanya tak mungkin termasuk dalam jadual perjalanan mangsa (pemandu). Melihat keadaan hilux ini nampak teruk juga sehinggakan siling atasnya dah rata separas dengan kerusi tempat duduknya. Tapi harap-harap tak ada kemalangan jiwa yang terlibatkan.

Nah itu no pendaftaran dia. Siapa yang suka main nombor boleh cuba-cuba nasib. Sorylah gambar-gambar yang ocoi ambil ni tak clear. Sebabnya 1. ocoi ambil gambar dalam kereta ( semasa memandu ), takut juga ambil lama-lama nanti tak semana-mana kereta ocoi pula ikut baring2 temankan hilux double cab itu...palis-palislah. 2. Ocoi memang tak minat ambil gambar kemalangan. 3. Ocoi memang tak campin mengambil gambar. ( mau berguru dengan rakan-rakan blogger yang da jadi photographer profesional itu ba, seperti si Dodon, Si Kong de Horizon, Si Ronney Bikin panas, si Dusun Aroma, dan banyak lagi. Bolehkah geng? dapat sikit2pun boleh ba..dengan kos lah k..).

5 comments:

Don MS said...

Kemalangan begini... patut salahkan siapa ah??? Susah juga mo jawab. Kalau undang-undang JPJ... siapa langgar dari belakang... walau alasan apa saja... tetap salah. Logik kah tu? Kalau kes ni... kereta keluar tiba-tiba dari simpang... patut pemandunya yang dipersalahkan. Sebabnya? kena tengok kiri..kanan...kiri... dulu sebelum bergerak masuk jalan utama. Tapi biasanya kebanyakan pemandu sekarang ini tidak menggunakan cara itu lagi. Apa yang mereka suka guna? Sambil bergerak, tengok kanan sekali (kalau mahu ke kirilah..) dan trus "lajak". Kebanyakan mereka ni cuma ingat siapa langgar belakang, dia salah.... sambil mengharapkan pemandu lain akan berhati-hati untuk tidak terlanggar dorang.
Tapi kes yang ni... lebuh raya. Pemandu di jalan utama mesti jalan laju punya. Kalau jalan terlalu laju dan kurang tumpuan... ditambah lagi dengan keadaan fizikal kereta (brek..alignment..tayar..)tidak sempurna... maka memang nahas jawabnya. Bermakna kedua-dua pemandu dalam kes inipun salah.

Anonymous said...

hahaha..ada nopingut bin nokimik gia dapan c motokar 2..menurut ceta-ceta dorang, mg c dabel cap ni yg laju,padahal c motokar ada pasang signal.. atukoi..apa2pun bilang ni pepatah 'biar lambat asalkn selamat'..bersopanlah sdkt d j/raya...

ocoi said...

Hahaa... betul jga tu MS.Kita sering kali dikelerukan dgn undg2 yg kurang normal di mana kta pengguna,pembeli,pemakai,penumpang,pemandu,ah! apa lagi peng..ya? eh banyak lagi tu tapi tetiba terdelete dlm memory ocoi..pengundi,pemangkah..anaamla yang pting bunyi peng..hehe.. Dengan undang2 siapa langar belakang dia salah ocoipun tak setuju sgt juga.. amacamlah kalau ocoi pandu lori dan sangja nak kenakan@buli kereta kecil..banyaklah jadi mangsanya.. Apapun selalaunya kesilapan terlalu pahit untuk diakui bakan...mahunya menanang terus aja.. Apapun sma2lah kita berhempas, bergolek untuk mengelakkannya dari terjadi. Tapi satu lagi mslahnya, kata orang malang tak tercium, da terhantuk baru terasa.

Haaha.. betulkah itu lala? eisss, jgn cya cakap orglah..biarlah kita dengan nilaian kita sendiri...hehee...

DrKong said...

wooww..speechless sa wooo!!

ocoi said...

hahaa..tak pa ba kong, bukan semua hal/benda kita ada mau cakap/mau comment, ocoi selalu bukan aja speechless tapi wirteless kepada sesuatu hal/perkara...tapi orait nopo bo iri koi kong?

 
 
 
 
Copyright © OCOI