JEJAK PEDALAMAN - JAN. 2009

Saturday, January 17, 2009

Awal tahun ini, sekali lagi ocoi berkesempatan meninjau-ninjau keadaan dan pola kehidupan masyarakat peribumi di pedalaman Sabah. Kali ini Ocoi telah pergi ke sebuah kampung dalam daerah Tongod Kinabatangan.Kg. Langkabong Tongod
Seratus hari dah berlalu beratus-ratus hari tetapi masih ada masyarakat di pedalaman Sabah yang belum menikmati kemajuan walaupun sehari. Air bersih tak ada, tenaga elektrik, jauh sekali dinikmati.

Keadaan rumah sekadar boleh berteduh dari simbahan hujan dan terkaman cahaya mata hari.
Namun, apa pun keadaannya, mereka tetap hidup sekadar menghitung hari-hari yang datang dan pergi. Sambil memerhatikan anak-anak yang semakin hari semakin banyak mahunya. Apa kehidupan anak-anak mereka ini akan terus mewarisi apa yang dimiliki oleh ibu bapa mereka waktu ini? Bagaimana kehidupan mereka kelak dalam keadaan keluarga yang serba-serbi kurang ini? Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang menyayat hati yang ocoi tangkap dan abadikan dalam koleksi tetapi malaslah upload di ruangan ini. Siapa juga yang mahu tengok semua itukan? Lainlah kalau gambar dan kisah-kisah artis. Sedihnya, para pemberita, wartawan, dan photograper2 hanya berminat untuk menyiarkan kisah artis di dada-dada media cetak dan elektronik. Sehinggakan artis yang dah mewah semewahnya setiap hari keluar TV, dan berita tv. Nak nikahpun mengalahkan raja dan sultan. Informasi dia setiap jam diiklankan di dalam tv. Sedangkan semua itu tidak lah penting sangat kepada pembangunan negara dan pertumbuhan minda masyarakat. Cubalah sekali sekala highlightkan masalah peribumi yang terpinggir dari arus pembangunan ini.
Gambar ini tak ada kaitan sama ada mati atau pun hidup dengan gambar di atas. Nak rasa wine cap 'Ubi Kayu Sepikul' perisa manis + Pahit = Pening, datang lah ke daerah Telupid-Tongod. Ocoi belanja satu set. Kha..kha..

6 comments:

Don MS said...

Inilah yang sepatutnya kita kena selesaikan dulu... golongan masyarakat seperti mereka ni terlalu sukar untuk diubah kecuali mereka sendiri yang mahu berubah. Oleh itu, kerajaan sepatutnya berfikir bagaimana mengubah kehidupan mereka ini supaya sekurang-kurangnya sama makmur dan sama taraf dengan lain-lain masyarakat di negara ini... khasnya yang sudah hidup senang. Tidak perlulah dahulu berfikir tentang bagaimana cara mengubah hidup mereka supaya setaraf dengan kehidupan masyarakat negara maju AKA masyarakat global....

ocoi said...

Trima ksih MS, sudi tinggalkan komen.Adeeh, lama btul ocoi bru dpt buka ini blog. maklumla banyak kerja yg perlu dibereskan di pedelaman sana. Ocoi setuju dgan pendapat MS.

Lala said...

memanglah kalau c gendut 2..suka ckp lepas n baran..cakap tak serupa bikin aja...

DrKong said...

u knwo OcOi, Telupid and Tongod is my faveret place for my study site project wit Forest. wah...

sa rindu tu siopon...nice entry

ocoi said...

Thanks lala, ya MP Kinabatangan tu mcm langsung tak nampk keprofesionalannya setiap kali Dbt Prlimen diadakan...


Hai kong,di Negri kita ni, kalau bahagian forest memang, Sdkan,Telupid,Tongod,Kinabatagan (selaian Maliau Basin) yang top ba kan? Heee. Siopan? Hehee..mana-manapun ada ba kan kong tapi Siopan di Telupid dan Tongod ini lain sikit rasa dan aromanya. Kong tengok gambar yang ocoi postingkan itu, sampai kena lambang sudah, sudah narasakan pun mau lagi kha--kha..godoot kopio hehee.. tak pa kong, bila kong balik sabah ocoi jadi supir pergi cari siopon (Batol) sana Penangah Tongod..hehe..

DrKong said...

haha...kobihis ni..

 
 
 
 
Copyright © OCOI