APA SETERUSNYA..

Tuesday, November 18, 2008






Suatu ketika pokok-pokok(Getah dan Sawit) ini amat berharga dan dihargai ketika harganya melambung naik. Sehinggakan ada individu yang boleh duduk 24jam di restoran dengan pelbagai warna dan jenama minuman tin di depan meja. Namun bulan sept.2008 yang lepas kedua-dua pokok sandaran kebanyakan penduduk Malaysia amnya dan Sabah khasnya amat terpukul dengan kemerundunan harga pasaran bagi kedua punca pencarian ini.Sebelum itu telah muncul bebarapa jenis tanaman 'alternative' seperti pokok jati,pokok sentang yang sehingga kini belum ada bukti kejayaannya. Timbul pula pokok jarak(Jetropa) terkini pokok gharu(Agarwood)yang dikatakan boleh memberi pulangan puluhan malah jutaan ribu dalam tempoh tidak kurang dari 6 tahun. Apakah penanaman pokok gharu ini boleh berjaya dan memberi pulangan yang diwar-warkan? Harap-harap ia tidak senasib dengan pokok jati yang kini hanya menjadi tumbuhan yang tak diambil peduli di tepi jalan dan hanya menanti ditumbang kerana menyemak jalan dan kawasan rumah sesetengah orang.Apa pula tanaman seterusnya ya??

1 comments:

Don MS said...

ha..ha... ha...
saya setuju sama idea ko ocoi...
dulu dorang bukan mian lagi bila harga getah semua naik... budak-budak skola pun boleh beli motor rempit dan beli kancil gigolo lagi.... pasal semuanya jadi mewah serta-merta. Bukan salah semua tu dorang buat, kan? Cuma... inilah kelemahan orang kita ni mangkali... Belum terfikir tentang "apa seterusnya..." Kebanyakan terlupa yang harga komoditi tu semua pernah jatuh hingga ke paras mo bankrap di seloruh dunia satu ketika dulu... kalau ikut fakta sejarah lah.. kan. Sebaik-baiknya, bila ada peluang... ambilah peluang itu untuk membuka peluang yang lain pula. Barulah boleh untung berterusan. Sekarang ni, ramai yang gigit jari bila semuanya runtuh @ turun semula. Bagi yang yang ada menabung tu... kita ucapkan tahniah lah. Yang mati kutu tu... (Maaf sajalah...) jadikan pengajaran.
Dengar-dengar harga getah tu akan stabil semula minggu depan. Tapi stabil macamana? Tidak tahu lagi... kalau harganya pulih pun, mungkin tidak akan semewah dulu tu.
Tentang tanaman-tanaman baru tu, memang prospek dia besar dan luas. Tapi macam tanaman lain yang sudah "establish" jugalah... memang menguntungkan. Tapi perlukan masa yang lama untuk pulangan yang betul-betul lumayan. Mungkin makan masa lebih 6 tahun. Kecualilah kerajaan bertungkus lumus untuk menyokong 100% industri baru ni. Jika sekadar "hangat-hangat tahi ayam" ja... tidak boleh jadi juga.
Oupppssss... harap tiada yang tersentuh dengan komen ni. :-)

 
 
 
 
Copyright © OCOI