Wajah-Wajah Hijau... SK. Kirunggo 2009.
Ini adalah post Ocoi yang diambil dari dunia realiti. Gambar-gambar ini Ocoi capture di Sungai Karamuok Tongod, di bawah SK. Kirunggo Telupid Sekolah dia orang si Runsab, Tulun Sabahan dan Si Lala bertugas. Sungai ini juga adalah Zon Merah Tagal. Tetapi hutan dan kawasan sekitar sungainya entah bila dapat zon merah untuk tidak ditebang kayu-kayunya. Waktu gambar ini Ocoi capture baru sahaja hujan lebat sehari sebelumnya sebab itu airnya agak kelabu sedikit. Pada hari-hari biasa sungai ini tersangatlah jernih sehingga anak-anak ikan, udang dan ketam yang bermain kejar-kejaran di sebalik batu akan jelas terlihat.
Ocoi memang sudah sebati dengan alam menghijau begini. Malangnya fenomena sebegini sudah semakin pupus di muka bumi ini amnya dan di negeri ini khususnya. Ocoi akan selalu mengunjugi tempat-tempat begini apabila rasa tertekan atau kecewa dengan sesuatu hal, dan terima kasih kepada Sang penciptanya.. Segala bentuk kecelaruan minda selalunya terlerai di sini. Adakalanya Ocoi akan duduk berjam-jam di tempat-tempat begini.. bermeditasi.. dan memerhati sepuasnya, di situ Ocoi temui tenang. Mungkin yang terlihat akan timbul pelbagai persoalan... tak pa.. di bumi merdeka ini kita boleh fikirkan apa sahaja, pokoknya Ocoi belum gila. Tetapi Ocoi amat sakit hati melihat sungai-sungai yang dahulunya amat indah di pandangan mata tapi kini sudah menjadi cetek dan dipenuhi lumpur... sayang sekali ocoi tak ada post untuk sungai-sungai yang sudah mati itu. Tapi pandangan itu 100% tidak menarik.Namun kebanyakan sungai malang itu di tengah-tengah ladang kelapa sawit syarikat-syarikat besar. Seperti Asiatic, IOI, MyCOM, Corak Nakhoda, Samudera, Kim Loong dan entah apa-apa lagi. Tapi itulah antara syarikat ladang kelapa sawit yang banyak menyumbang kepada kemusnahan alam semulajadi di negeri ini.
Budak Hutan:
Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Bersama unggas, di rimba raya..
Aku tak pernah sunyi di sini..
Bertemankan fotomorgana di rimba berbudaya
Biarkan kehijauan ini terus berlagu..
Tapi semalam kudengar lagunya sumbang
Meski tetap jua beralun lembut bersama bayu
Berhembus lesu di lereng-lereng gunung
Mengapa keindahan ini harus diragut????
Sedangkan ia milik yang maha Esa..
Mengapa kerakusan perlu bersalut..
Kemusnahan dan kehijauan yang binasa..
Sedangkan aku setia mendodoikan lagu
Walau kala sendu dan memilu..
Lantaran bayu lembut semakin berlalu
Menjauh, jauh..... di lereng Kinabalu
Buat budak hutan, yang sarat dengan cinta di dada..
Ocoi - Kinabatangan 21.Ap. 09