FAMILY DAY N LAMADOI UBAH 82 YEARS OLD BIRTHDAY

Tuesday, December 30, 2008

23.12.09 Kg. Bongol Tamparuli. Telah dilangsungkan hari keluarga Sakag Pasok Tunsang Sugut sempena hari jadi yang ke 82 tahun bagi Pn. Lamadoi Ubah dan beberapa orang yang paling lama di Kg. ini. Ocoi merupakan generasi ke 3 dalam keluarga ini. Pn. Lamadoi merupakan nenek yang ocoi amat sayangi. Datuk ocoi suami Pn. Lamadoi iaitu En. Kissih Tinggangau sudah lama pergi meninggalkan anak-anak dan kami cucu-cicitnya.
Pn. Lamadoi Ubah 82 Tahun
Pn. Lamadoi memberikan kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada semua para hadiran khasnya kepada anak-anak dan cucu-cicitnya yang telah menganjurkan perayaan hari keluarga sempena hari jadinya yang ke 82 tahun. Saudara-saudara Pn. Lamadoi yang turut diraikan dalam majlis ini.Acara makan bersama. Majlis ini diraikan secara sederhana sahaja namun ia amat bererti dan penuh makna kerana Ocoi dapat berkenalan, bersua wajah dengan suadara handai ocoi dari jauh dan dekat yang pastinya sebelum ini ocoi tidak kenali langsung. Menu juadah dalam majlis ini juga amat sederhana.



Antara menu yang ada.

OCOI-BADADANG-21-12-2008

Wednesday, December 24, 2008

Hahaa.. akhirnya kesampaian juga ocoi bersua dengan bro. Badadang dan terus minta dia design depan ocoi punya yellow pearl Hilux. Kereta lama ba ni (Ln106) tapi kalau kena gayanya mungkin boleh tampil bergaya juga mungkinlaa.. Sebelum si Badadang pasang stiker 'OCOI' kat cermin depan
Haa.. ni bro. baru mula lekat ni.

Untuk lekat stiker ni kena sabar dan penuh hati-hati sebab kalau tak nanti stiker itu mengandung banyak udara dan membuatkan stiker itu tak cantik dan banyak tompok-tompok bulat yang mengandung udara. Naa. baru lekat word 'OCOI' hehee..
Opppp! ada garfield lagi oh..stiker orange colour ni si bro. Badadang order khas ni sebab dia kata jarang orang suka/pakai warna ni. Macam kereta kartun pula d.. Hilux Ocoi ni kan..esh.esh.. siapa punya feel lah ni..kha..kha.. biarlah yang penting tampil berbeza. Ada kelainan kata orang.
Naa.. si Ocoi di sebelah si bro.Badadang itu pun menyibuk aja..
Naa.. ini lah rupanya setelah siap. Bestkan bro. Badadang punya design ni. Kalau cari di kedai stiker ini setahun cari pun tak jumpa ni. Bah apa lagi pi berkunjung ke Badadang Music and Sticker Design (BMSD) untuk design yang memenuhi cita rasa anda. Letaknya?? Letaknya di Muzium Sabah, Pejabat Pusat Persatuan Artis-Artis Tempatan Sabah [PERTISA] Ground Floor, Jabatan Muzium Sabah, Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah. Selain daripada buat stiker Badadang .Com [BMSD] juga menyediakan perkhidmatan live band, menyusun muzik,editing video dan banyak lagi. Keterangan lanjut sila berhubungi terus atau layari http://badadang.blogspot.com/ Email:badadng@yahoo.com H/p:019-8405442

PITOMUAN APIN-APIN

Saturday, December 20, 2008

Pada mulanya Ocoi dan kawan-kawan dah plan nak round seluruh Sabah (Konvoi) sepanjang cuti-cuti Malaysia 2008 ni. Tapi entah apalah malangnya semua kawan sibuk dengan aktiviti masing-masing, apa boleh buatlah. Akhirnya jalan sendiri-sendiri ajalah dan dapat singgah di beberapa tempat aja. Haa ..di bawah ini aktiviti yang dah jadi amalan masyarakat pribumi Sabah sejak lama dahulu.
Tamu merupakan satu aktiviti yang diadakan di semua pekan di seluruh Sabah. Semasa Tamu ini anda boleh mendapatkan pelbagai jualan tempatan khasnya sayur-sayuran tempatan, kraf tangan, buah-buahan tempatan ( jika kena pada musimnya). Inilah masanya para penjual menjual pelbagai hasil tanaman mereka.

Ocoi paling suka membeli belah di Tamu ni kerana sayur-sayurnya segar-segar belaka dan harganya pula amat berpatutan. Ocoi paling suka sayur-sayur hutan seperti pucuk paku pakis,lombiding,tutan, tuhau, topu(kantan) dan apa juga yang boleh dibuat sayur dari hutan.

Hehee.. ini sayur yang ocoi sangat suka ni. Tapi kat Sandakan sayur ni sukar sikit diperolehi.

POKOK KRISMAS MALANG

Thursday, December 18, 2008

Ini POKOK KRISMAS yang Ocoi copy paste dari Blog si Ronny-Blog Bikin Panas ni... Apalah malangnya pokok krismas ni.. Menurut Blog Bikin Panas pokok krismas (dalam gambar) ini adalah hasil collectionnya dan teman-temannya yang merayakan Krismas. Pokok ini diletakkan di salah satu ruang pejabat mereka tetapi malangnya belum sampai 24 jam bos mereka dah suruh buka sedangkan gambar ketupat hari raya masih bergantugan di ruang pejabat mereka. Apalah salahnya pokok krismas itu diberi ruang paling tidak pun 7 hari sahaja. Maksud Ocoi biarlah sampai 25 Des. ini sahaja. Bukannya 7 minggu, 7 bulan atau 7 tahun pun. Ocoi pun tak faham, mengapa masih ada manusia jenis ini di bumi merdeka ini. Ocoi bukan melenting seperti yang dibuat oleh manusia-manusia lain di sebelah sana. Ocoi pasti, hal ini dah lama memanaskan dada akhbar jika bukan pokok krismas itu yang jadi objeknya. Dah banyak coretan dan jeritan BIKIN PANAS yang kita dengar di dada-dada media masa. Kitapun boleh buat macam itu juga tetapi jika kita yang bersuara pasti sahaja kita dicop sebagai memainkan isu sensitif, perkauman, sentimen keagamaan. Tapi Ocoi faham manusia profesional tidak akan berfikir sedemikian, tak profesional pun kalau memang memahami aroma etnik masyarakat Malaysia pun tidak akan bertindak dan berfikiran sesempit itu. Kalaulah semua ketua jabatan, menteri-menteri, atau bos-bos di Malaysia ini bersikap demikian hancurlah negara ini. Tidak hairanlah kalau keluar pelbagai jenama bentuk ketidakpuasan masyarakat minoriti yang wujud di Malaysia ini. Andai anda yang tidak secucuk dengan terpaan minda Ocoi dalam hal ini terbaca kenyataan ini, janganlah cepat melenting, jangan juga cepat memberi pengadilan moral yang cetek, cari punca dan kebenarannya dahulu. Malang sekali nasibmu pokok krismas, hadirmu tidak dialu-alukan malah dipandang sinis oleh manusia-manusia fanatik yang tak holistik hilang realistik tapi kata-kata penuh bombastik.

AKTIVITI YANG AMAT OCOI MINATI

Monday, December 15, 2008

Ini adalah aktiviti yang amat Ocoi minati. Aktiviti lasak ini sudah lama Ocoi idam-idamkan. Namun mungkin belum ada kesempatan beraksi secara terbuka. Aktiviti FWD (4X4) ini telah diadakan pada hari Sunday 14.12.2008 yang lepas di Pekan Telupid.

Para petugas memeriksa Track sebelum game dimulakan


BJ 40 Land Cruiser ini sudah bersedia untuk beraksi

Suzuki Hitam Sedang Beraksi

Meredah belukar berlumpur Sedalam 2 Kaki

Dengan Mudah Melepasi halangan. Masa tak sampai 4 minit.
Land Rover Hijau Tamparuli Team ini juga turut beraksi
Entah bilalah Ocoi dapat beraksi secara terbuka begini . Keahlian untuk 4X4 2008 hanya RM30.00 saja ba. Tapi kereta Ocoi belum memenuhi kriteria ini bah.

SOKONGLAH ARTIS TEMPATAN KITA

Wednesday, December 10, 2008

Dapatkan di pasaran sekarang

Ocoi tak tahulah apa lagi yang hendak diupload dalam blog ini. Tak apalah Ocoi mahu kongsi dengan siapa aja yang sudi kongsi pendapat dan pengalaman dengan Ocoi. Dimulai dengan kisah diri ocoi. Ocoi memang dilahirkan dalam keluarga Kadazandusun dalam daerah Tamparuli Sabah, namun Ocoi membesar di dalam persekitaran rumpun yang berbeza. Kebanyakan rakan sepermainan,teman sepersekolahan ocoi bukan dari suku kaum Kadazandusun tapi 30% dari negara jiran kerana Ocoi membesar di pantai timur Sabah. Apapun Ocoi tak pula pernah hilangkan kehebatan Ocoi dalam berbahasa ibunda yang telah diwarisi sejak lama dahulu walaupun bahasa itu bukan diwarisi tetapi dipelajari.

Dewasa ini Ocoi amat terkilan, kerana ada anak muda (generasi lamapun ada juga) yang bukan tidak tahu bercakap dalam bahasa ibundanya (Kadazandusun) tetapi malu mengungkapkannya (yang benar-benar tidak tahupun ada juga). Lihat latar belakang bukan juga lahir di Eropah (ada juga yang lahir di Eropah tapi masih fasih berbahasa Kadazandusun).

Ocoi pernah menumpang kereta seorang teman dari Sandakan ke K.Kinabalu.Teman Ocoi itu 101% dari suku kaum Dusun. Sepanjang perjalanan dia hanya memainkan lagu-lagu Inggeris, Ocoi rasa bosan (bukan kerana tidak faham) lalu meminta dia pasangkan lagu tempatan. Malang sekali jangankan ada satu cd atau kaset, sepatah perkataanpun tak ada. Ocoi tanya kenapa tak beli? Dia kata memalukan saja kalau pasang lagu tempatan.. muziknya asyik sama saja.

Pernah pula Ocoi menumpang bas lanun (Pirate) milik bugis dari Telupid ke Sandakan. Ocoi hairan kerana lagu 'Proton Saga Kelabu','Sayang Kinabalu', 'Adaa' dan beberapa lagu tempatan yang lain yang Ocoi tak ingat tajuknya asyik berkumandang sepanjang perjalanan. Entahlah mungkin itu satu taktik business mereka kerana kebanyakan penumpangnya orang kampung. Hehee..mana silapnya orang kita ini????

Ocoi bukan artis, Ocoi juga buta muzik, dengan kata lain Ocoi tidak tahu apapun tentang lagu dan muzik, tetapi Ocoi masih boleh mendengar, boleh menilai, dan sekurang-kurangnya mata belum buta untuk melihat, belum bisu untuk berkata-kata, jari-jemari masih sempurna untuk menulis ( walaupun jari bangku untuk memainkan sebarang alat muzik)

Teman-teman artis dan yang berkemahiran tetapi belum terungkap dalam penghasilan karya, janganlah pula cepat lupa diri. Gunalah, ungkapkanlah, suarakanlah bahasa ibunda semanis dalam lagu yang pernah anda lagukan. Jangan berat hati menjawab SMS rakan dan peminat, jangan sesekali tak balas tanpa alasan. Jangan terlepas kata kerana butir bicara anda sentiasa jadi halwa di telinga pendengar khasnya peminat anda.

Sekali lagi, Ocoi bukan artis dan mungkin tak layak untuk berbicara tentang artis tetapi Ocoi rasakan Ocoi masih ada hak untuk berkata-kata kerana Ocoi adalah peminat di atas nombor 1 lagu-lagu tempatan Sabah. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah hakikatnya bahawa ocoi tak pernah tak beli album terbaru artis Kadazandusun di Negeri ini. Tak kiralah siapa artisnya. Ocoi juga mempunyai koleksi kaset lagu-lagu lama Kadazandusun yang jarang sekali kita dengar hari ini. Ocoi pasti artis-artis muda Kadazandusun yang ada sekarang ini sendiri tidak milikinya.



Syarikat-syarikat rakaman pula janganlah memilih bulu dalam mempromotekan artis-artis keluaran mereka. Jangan kerana artis A lebih dikenali, lebih dekat dengan pihak syarikat maka promosinya lebih-lebih daripada si artis B yang baru mencuba arus dalam industri muzik. Janganlah kerana lagu-lagu si B tidak berapa sedap didengar maka ia tidak perlu dipromotekan.

Bagi para pendengar lagu-lagu Kadazandusun di seluruh Malaysia amnya dan negeri Sabah khasnya, marilah kita sama-sama menyokong industri muzik tempatan kita khasnya muzik dan lagu-lagu Kadazandusun. Memanglah, terlalu banyak lagu-lagu dalam pelbagai bahasa yang sedap-sedap di halwa telinga kita tetapi jika kita cintakan bahasa ibunda kita beli dan dengarlah lagu-lagu dalam bahasa ibunda kita ini. Ini kerana, kalau bukan kita siapa lagi yang mahu membeli dan mendengarnya? Harapkan mereka yang tidak memahami makna dan erti lagu-lagu itu membelinya?

Sokonglah artis-artis tempatan kita, kerana kalau bukan kita siapa lagikan? Dapatkan CD Audio, VCD MTV Karaoke di atas (sebahagian sahaja), dapatkanlah di pasaran sekarang. Jangan hairan CD tempatan pun dah ada yang copysusu sekarang tetapi dapatkanlah yang ori demi kesihatan industri muzik tempatan kita.

Hahaa.. yang ni sebahagian lagi VCD Artis2 tempatan Sabah (Selain di atas) yang terdapat dalam koleksi Ocoi.

Naaa..kan, nilailah, kan Ocoi walaupun bukan artis tetapi masih menyumbang kepada perkembangan industri muzik tempatan di negeri ini.. sebab artis keluarkan album pun kalau takda pembeli tak ke mana jugakan? hehe..sorrylah Ocoi da melalut-lalut ni.. Ori? hehe..semua VCD dan kaset yang Ocoi ada tak da yang main bakar-bakar punya tauuu.. tak caya? silakan berkunjung ke mini CD Ocoi..hehe.. Saudara/saudari artis-artis yang lain amacam? ada tak beli album teman artis lain selain album sendiri? Hehe.. jangan begitu saudara/saudari, belilah juga album teman-teman artis lain walaupun mungkin lagu atau individu itu tak sepopular/sehebat anda.

 
 
 
 
Copyright © OCOI