ALAM LEBIH MENGERTI

Sunday, December 6, 2009

Tidak semua peristiwa kita boleh ceritakan dengan kata-kata, kerana bait-bait bicara tak cukup sempurna menjelaskan emosi setiap insan. Ini hanya salah satu sudut mengenai perjalanan hidup dan pandangan hidup ocoi..Ocoi tak akan bercerita tentangnya... lantaran ia bukan satu cerita yang menarik untuk dikongsikan.. hanya satu minat,persoalan kehidupan dan alam semulajadi sebagai rakan kongsi manusia dalam planet bumi ini.
Berceritalah wahai alam...lepaskan resahmu di dada waktu...gantungkan ceritamu pada cengkerang kenangan...selebihnya..biarkan masa yang menentukan..
Biarkan gambar-gambar ini bercerita sendiri... walau bisu seribu bahasa..
Namun ia empunya cerita panjang dalam detik hidup ocoi...ia terlalu sukar untuk dihamparkan dalam kata-kata...lagipun tak akan ada yang mengerti.. tak ada bahasa yang mampu menjelaskan isinya..
Biarkan gambaran ini bercerita...justeru ia tak lebih dari satu diary peribadi...
Biar hanya empunya cerita yang mengerti..
kerana gambar, tempat dan segala sesuatu empunya cerita... biar hanya mereka yang empunya rasa naluri yang mengerti...

 
 
 
 
Copyright © OCOI