SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH TONGOD 2009

Tuesday, May 19, 2009

Daerah Tongod 19 May 2009: Perayaan Pesta Kaamatan peringkat Daerah telah dilangsungkan dengan penuh kesederhanaan namun cukup meriah. Pelbagai aktiviti atau acara yang telah dipertandingkan seperti perlawanan bola sepak, tarik tali, pertandingan sugandoi dan acara yang tak asing lagi ialah pertandingan "Unduk Ngadau". Antara barisan kehormat yang hadir ialah YB Masiung Bana ADUN N47 Kuamut, Mantan YB Kuamut, Johnny Intang, Pegawai Daerah Penuh Tongod, Pegawai2 Kerajaan dan swasta, Ketua-ketua Kampung dan JKKK seluruh Daerah Tongod. Pesta ini diceriakan lagi dengan kehadiran 2 Artis Tempatan KadazanDusun (Artis Jemputan khas) yang juga merupakan Artis Evergreen idola Ocoi... Hahaaa.. siapa lagi kalau bukan....
Saudara George Lian
Francis Landong (GaAd)
George Lian Dengan Francis Landong sedang berentap.. sama-sama hebat, sama-sama mantap.

Persembahan Francis Landong memang mantap habis pada waktu ini. Beliau telah menyampaikan 4 buah lagu-lagu evergreennya secara non-stop sebelum menjemput saudara George Lian naik ke stage untuk berduet dengan Francis Landong dan seterusnya persembahan non-stop diteruskan oleh George Lian dengan beberapa buah lagunya., cukup hebat, tak sia-sia pegerusi penganjur menjemput mereka ni. Memang cukup terhibur sehinggakan VIP2 yang ada naik ke stage untuk menari bersama para peserta Unduk Ngadau.

Inilah sebahagian daripada aksi2 kedua-dua artis idola Ocoi ini. Mantap. Seluruh masyarakat Tongod rasa amat bertuah kerana kedua-dua artis yang amat dikenali oleh penduduk di kawasan ini melalui lagu-lagu mereka kini benar-benar di depan mata mereka. Tahniah kepada kedua-dua artis ini kerana menjadi penggerak utama kepada keceriaan dan kegemilangan pesta kaamatan peringkat Daerah Tongod 2009.

Ini pula adalah barisan peserta Unduk Ngadau sedang menunggu nama pemenang diumumkan oleh pengacara majlis.
Dan akhirnya.. inilah peserta yang mendapat tempat ke 3, ke 2 dan Unduk Ngadau Daerah Tongod 2009. Namanya nanti di Hongkod Baru kamu tahu.


Peserta Unduk Ngadau tempat ke 5,4,3,2,dan Johan.

Yang ini pula adalah Johan Sugandoi Daerah Tongod 2009, namanya kamu tahu juga di Hongkod nanti... heheee...
Yang ini si Ocoi dan kawan-kawan tangkap gambar bersama artis Idola Ocoi
Sempat lagi pi kacau dia orang buat persembahan ni... jangan marah ya george n GaAd. You are the great artis
Kawan-kawan bersama George Lian.

Kenangan Bersama Artis Idola Ocoi ni. Thanks a lot Mr. George and Mr. Francis. All the best a both of you. Sorryla, pic tangkapan guna hp murah ni tak pula terang. Ocoi belum mampu beli camera canggih ni...heheee

DAMPAK KERAKUSAN MANUSIA KE ATAS ALAM SEKITAR

Saturday, May 9, 2009

Cetek dan kabut. Memang tak cantik dipandang
Hujan tak sampai sejam pada waktu malamnya, tetapi air sungai ini sudah luar biasa kabutnya. Apa yang telah berlaku sebenarnya dengan alam ini? Anda pasti tahu sebabnya.

Pertembungan dengan sungai utama. (Sg. Keramuak Tongod)



Ini adalah sebahagian aktiviti memusnahkan alam yang dilakukan oleh manusia. Entahlah, aktiviti ini didorong oleh perasaan tamak haloba ka atau kerana terpaksa. Rasanya kedua-duanya ada. Apa kata anda pula?
Inilah akibatnya jika manusia terlalu mengejar keuntungan. Kalau dalam air atau tengah-tengah sungai itu boleh tumbuh Kelapa Sawit atau Getah, pasti kena tanam juga tu. Sepatutnya keadaan begini tidak berlaku kerana ia akan memusnahkan sungai itu dan penghuninya. Sebenarnya telah ada sukatan atau ukuran sejauh mana seseorang itu boleh meluaskan/membersihkan tanah mereka yang berhampiran dengan sungai. (Rakan Blogger yang tahu dengan pasti ukuran itu tolong gi tahu Ocoi dan mereka yang belum tahu ya)

Inilah dampak atau kesannya bila hutan-hutan di tepi sungai ditebang atau diganggu gugat.
Air yang dahulunya begitu cantik dan dalam tinggal batu-batuan sahaja kini. Tidak sampai sebulan kemarau, air sungai ni pasti menjadi kering kontang.
Sepuluh tahun yang lepas, Ocoi pernah bermandi manda di sungai ini. Airnya jernih dan dalam, anak ikan jelas kelihatan. Jadi persinggahan untuk mandi manda. Kini..., semuanya tinggal kenangan cuma. Waktu ini jangankan mandi, cuci tempurung lutut kaki pun tak dapat.

JANGAN NODAI ALAM INI

Saturday, May 2, 2009

Ini adalah sebahagian sahaja bumi Sabah yang diambil dari sepanjang jalan Ranau- Tamparuli.
Begitu indah sebenarnya bumi kita ini. Tapi adakah ia tetap menjadi milik pribumi Sabah untuk 1000 Tahun lagi? Berdasarkan fenomena dan taburan penduduk luar Sabah yang telah menjadi warganegara Malaysia di Sabah nampaknya bumi Sabah ini bakal menjadi sarat dengan penghuni luar yang turut berkongsi sama dengan keindahan dan keistimewaan yang dimiliki oleh pribumi tulen Sabah. Malah sesetengahnya lebih istimewa dan mewah daripada pribumi Sabah di pedalaman sana. Adakah mereka akan menghargai bumi ini? Adakah semangat patriotik mereka untuk negara ini? Adakah mereka sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negeri indah ini?
Ini jalan kecil peninggalan syarikat Balak di musim lalu. Jalan ini boleh menghubungkan Kg.Sinaron, Kg. Sinua, Tulid, Sook dan beberapa kg. lagi terus ke Keningau dari Kg. Maliau Tongod. Jalan ini juga pernah beberapa kali menjadi laluan konvoi 4X4 dari Keningau /Nabawan seterusnya ke Tawau atau Telupid. Kini jalan ini hanya menjadi jalan pemburu2 berlesen dan pemburu haram.
Ini pula adalah lautan kelapa sawit. Sayangnya ia bukan milik orang tempatan tetapi dimiliki oleh syarikat-syarikat dari luar Negeri Sabah khasnya dari Semenanjung.



Alangkah indahnya jika air ini terus jernih sejernih kaca dan embun pagi.
Sayangnya sungai ini juga telah menjadi mangsa kerakusan manusia. Di muara sungai ini telah diterokai oleh syarikat balak di musim lalu.., menyebabkan sungai ini menjadi cetek.
Selamatkan bumi ini dari kepudaran warna hijaunya.
Biarkan ikan dan burung-burung terus bebas menikmati hidupnya.

 
 
 
 
Copyright © OCOI