KEMALANGAN JALAN RAYA LAGI

Saturday, January 31, 2009

Asyik-asyik kemalangan lagi. Benarlah kata orang bahawa malang tak berbau. Kelmarin 31.01.2009 di KM90 Jalan Sandakan - Telupid satu lagi kemalangan yang melibatkan pacuan 4 roda jenis double cab Toyota Hilux SR Turbo dengan sebuah kereta jenis Toyota GL yang dah agak berumur (Mungkin Seumur dengan kereta Ocoi tu kalau tak silap). Sayangnya ocoi lewat beberapa minit dari berlakunya kemalangan itu. Menurut mereka yang ada di tempat kejadian ini pada waktunya, Kereta pacuan 4 roda ini terlalu laju sehingga pemandunya gagal mengawal kenderaannya apabila tiba-tiba sebuah kereta (warna kuning itu ) keluar dari simpang ke jalan utama Sandakan - Telupid.


Ini dia kereta lawan Hilux double cap tu. Macam takda apa-apa ajakan kereta ni? Cuma nampak basah-basah aja, terkencing kali itu kereta itu terlalu terkejut mangkali itu kan. Ocoi tak sempat ambil maklumat lebih panjang sebab ocoi juga dalam situasi 'rush hours' time tu.

Sayang betul kereta inikan. Apakan daya semuanya tak mungkin termasuk dalam jadual perjalanan mangsa (pemandu). Melihat keadaan hilux ini nampak teruk juga sehinggakan siling atasnya dah rata separas dengan kerusi tempat duduknya. Tapi harap-harap tak ada kemalangan jiwa yang terlibatkan.

Nah itu no pendaftaran dia. Siapa yang suka main nombor boleh cuba-cuba nasib. Sorylah gambar-gambar yang ocoi ambil ni tak clear. Sebabnya 1. ocoi ambil gambar dalam kereta ( semasa memandu ), takut juga ambil lama-lama nanti tak semana-mana kereta ocoi pula ikut baring2 temankan hilux double cab itu...palis-palislah. 2. Ocoi memang tak minat ambil gambar kemalangan. 3. Ocoi memang tak campin mengambil gambar. ( mau berguru dengan rakan-rakan blogger yang da jadi photographer profesional itu ba, seperti si Dodon, Si Kong de Horizon, Si Ronney Bikin panas, si Dusun Aroma, dan banyak lagi. Bolehkah geng? dapat sikit2pun boleh ba..dengan kos lah k..).

LEPASKAN AKU SEMULA KE RIMBA RAYA, KE ANGKASA BIRU

Monday, January 26, 2009

"Aku ingin menjadi angin yang bertiupan..bebas di awan biru seperti insan yang sedang rindu.. aku jua ingin sertai beburung lain, seperti sang rajawali, terbang tinggi di langit biru, berhenti jika perlu dan terus terbang memburu rindu"

"Sudah lama aku tidak menyedut udara kebebasan. Nyaman sekali rasanya. Aku ingin seperti kanak-kanak yang dilepaskan bermain di tepi pantai. Penuh kegirangan memijak pepasir menuju ke gigi air dan menikmati gelak tawa manja ombak-ombak di bibir pantai. Ingin jua menikmati bersama betapa nikmatnya ciptaan Tuhan.
"Beban dunia kurasakan hilang di saat aku sandarkan pengharapanku pada insan bergelar manusia. Mengapa perlu aku terus menagih kasih dari manusia, sedangkan seharusnya aku berusaha mendapatkan cinta mereka yang agung. Aku belajar menerima hakikat bahawa cinta manusia hanyalah nafsu dan kepuasan yang amat menyakitkan. Bilakah masanya aku mampu tersenyum, kerana aku terus terkurung, kebebasan makin menjauh, bersama bayu pergunungan, menghilang di sebalik dedaunan rimbun di lereng pergunungan Trus Madi"
Demikianlah mugkin yang sedang difikirkan oleh burung Serindit@ 'Turipos' (Loriculus) ini jika kita dapat dengar dan memahaminya. Ocoi ambil gambar burung ini dari sangkar yang dibimbit oleh seorang kanak-kanak pada 25.01.2009. Burung ini bukan pertama kali ocoi nampak. Di kedai-kedai burung, di rumah-rumah sama ada di kawasan bandar mahupun di kampung-kampung banyak bergantungan sangkar-sangkar atau mungkin lebih tepat penjara-penjara burung yang berisi makhluk lemah ini. Namun ocoi tidak pernah ambil kisah. Namun pertama kali ini, ada sesuatu yang menggamit naluri ocoi untuk mendekati makhluk kecil tapi amat cantik ini. Entah mengapa manusia suka sangat simpan burung ini dalam sangkar,mungkin kerana kecantikannya. Tapi semuanya akan berlalu begitu sahaja. Ditangkap, dikurung untuk beberapa bulan dan akhirnya burung ini mati begitu sahaja dalam sangkar. Inilah agaknya yang dikatakan kecantikan membawa padah. Ocoi pasti jika burung ini berwarna hitam seperti burung gagak, berwarna kelabu, atau berwarna kuning tahi, pasti tidak akan diburu oleh manusia. Benarlah kata seorang bekas guru psikologi ocoi, bahawa manusia cenderung kepada kepuasan kendiri tanpa memikirkan kesan kepada orang lain/makhluk lain. Apa yang lebih malang, ada pelajar sekolah rendah nun jauh di pedalaman sana yang sanggup ponteng sekolah/kelas kerana ingin menambah koleksi burung Serindit @ 'Turipos' mereka.

"Selasih tumbuh di luar pagar,
Benih dibawa darilah tanjung,
Malangnya burung di dalam sangkar
Mata terlepas badan terkurung"

" CINTAI FLORA DAN FAUNA SEMULAJADI KITA, BIARKAN UNGGAS TERUS BERNYANYI RIANG DI RIMBA RAYA"

JEJAK PEDALAMAN - JAN. 2009

Saturday, January 17, 2009

Awal tahun ini, sekali lagi ocoi berkesempatan meninjau-ninjau keadaan dan pola kehidupan masyarakat peribumi di pedalaman Sabah. Kali ini Ocoi telah pergi ke sebuah kampung dalam daerah Tongod Kinabatangan.Kg. Langkabong Tongod
Seratus hari dah berlalu beratus-ratus hari tetapi masih ada masyarakat di pedalaman Sabah yang belum menikmati kemajuan walaupun sehari. Air bersih tak ada, tenaga elektrik, jauh sekali dinikmati.

Keadaan rumah sekadar boleh berteduh dari simbahan hujan dan terkaman cahaya mata hari.
Namun, apa pun keadaannya, mereka tetap hidup sekadar menghitung hari-hari yang datang dan pergi. Sambil memerhatikan anak-anak yang semakin hari semakin banyak mahunya. Apa kehidupan anak-anak mereka ini akan terus mewarisi apa yang dimiliki oleh ibu bapa mereka waktu ini? Bagaimana kehidupan mereka kelak dalam keadaan keluarga yang serba-serbi kurang ini? Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang menyayat hati yang ocoi tangkap dan abadikan dalam koleksi tetapi malaslah upload di ruangan ini. Siapa juga yang mahu tengok semua itukan? Lainlah kalau gambar dan kisah-kisah artis. Sedihnya, para pemberita, wartawan, dan photograper2 hanya berminat untuk menyiarkan kisah artis di dada-dada media cetak dan elektronik. Sehinggakan artis yang dah mewah semewahnya setiap hari keluar TV, dan berita tv. Nak nikahpun mengalahkan raja dan sultan. Informasi dia setiap jam diiklankan di dalam tv. Sedangkan semua itu tidak lah penting sangat kepada pembangunan negara dan pertumbuhan minda masyarakat. Cubalah sekali sekala highlightkan masalah peribumi yang terpinggir dari arus pembangunan ini.
Gambar ini tak ada kaitan sama ada mati atau pun hidup dengan gambar di atas. Nak rasa wine cap 'Ubi Kayu Sepikul' perisa manis + Pahit = Pening, datang lah ke daerah Telupid-Tongod. Ocoi belanja satu set. Kha..kha..

Kasih Sayang Ada Pada Setiap Makhluk Tuhan

Saturday, January 10, 2009

Lihatlah beberapa aksi binatang ini dan refleks kepada manusia.


Time Ocoi pusing mau cari gambar apa untuk upload dan update ini blog, tetiba aja ternampak posisi dua haiwan bernama kucing @ Cat ini di suatu sudut ruang rumah. Sekali pandang lagsung tak menarik dan biasa-biasa aja. Ocoi tak berminat lagsung pada mulanya, tapi bila fikir-fikir dan buat penilaian rasanya ada yang menarik dalam hal ini. Persoalan yang timbul dalam ruang legar minda ocoi ialah 'haiwan ini pun empunya kasih sayang'.

 
 
 
 
Copyright © OCOI